TERAPI MELALAUI SOLAT DAN DOA DAPAT HILANG STRESS DAN
KEMURUNGAN PESAKIT STROK
Pengalam saya dalam membantu isteri yang lumpuh selama 15
tahun lebih, salah satu alternative terapi yang dapat memberi kesan kesmbuhan
yang amat cepat untuk hilangkan stress adalah melalui solat pada malam hari
(Tahajjud) dan berdoa kepada Allah Yang Maha Esa.
Ini terbukti kerana isteri saya yang lumpuh pada peringkat
awal sememang dia mengalami stress yang amat sangat sehingakan kadang kala
ianya menjadi murung.
Setelah saya menasihatkan beliau supaya bangun solat malam
dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT terdapat perubahan yang amat ketara.
Alhamdulillah sekarang ini telah hampir 15 tahun ianya mengamalakan keadah ini
telah dapat menghilang hampir 100% stress yang dialaminya. Dengan itu kehidupan
beliau lebih ceria dan dapat membantu proses pemulihan kerak anggonta kaki dan
tangan yang lumpuh untuk beransur baik.
Doa yang dibacanya adalah seperti dibawah ini:
DOA YANG DIBACA OLEH
ISTERI SETIAP HARI SELEPAS SELESAI SOLAT LIMA WAKTU
BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM
ALHAMDULILLAH HIRRABILALAMMIN WASOLATUWASSLAM MUALAI ASROFIL ANBIA
WARMURSALAM WALAHAM DULILLAHIRRABBIL ALAMIN.
Ya Allah Ya Tuhan
kami, ampukanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.
Ya Allah ampukanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang
telah mati dan masih hidup.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohon
oleh Rasulullah SAW dan kami minta perlindungan apa yang pernah dimita
perlindungan oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan
berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya dapat kami melakukan
sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkanlah kami ya Allah dari
sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui
kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah
kepada kami supaya kami dapat memperbaiki dri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hiduplah
kami dalam Islam dan matilah kami dalam Islam.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon kepada Engkau Iman yang
sempurna, Ilamu yang memberi manafaat, rezeki yang halal, anak yang solih dan
solihah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang
tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia
ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui
segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini
kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada dalam hati kami,
selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari
perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadialah hati kami hati yang sentiasa
menyedari akan hakikat ketuhanan dan kerajaan Engkau dan masa depan kami di
akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadilah kami ini hambu Mu yang
mengabdi diri kepada Engaku dengan sebaik-baiknya; berilah kekuatan, taufik dan
hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan segala yang diperintahkan oleh
Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadialah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti
dan jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapai masa
depan kami selepas mati.
Ya Allah ya Tuhan kami, hidupakanlah kami dalam Islam dan
matikanlah kami dalam Islam, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan
syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir
Ya Allah ya Tuhan kami. Selamatkanlah kami semasa berada
didalam kubur, jadikanlah kubur kami
salah satu dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segalah angkara
azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubagn dari
lubang-lubang neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah semasa kami dalam
perjalanan menuju Mahsyar, selamatkan kami ya Allah semasa berada di Padang
Mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan
naungan Arsy Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan
kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisablah kami ya
Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapt
syufaat nabi kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadilan hambaMu ini hamba yang
berjaya menerima suratan dengan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kesempatan kepada kami
meminum air kolam Nabi kami al Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangai
titian Siratulmustaqim.
Ya Allah ya Tuahn kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga
Engakau bersama sama dengan orang yang dimasukki ke dalamnya.
LAHAULAWALAKHUWATAILLAH BILLAH HILALIM YILAZIM.
RABANA ATINAR FILDUNIA HASANA WAFIRAKHIRTIL HASANAH WAKINAR
AZABBARNAR
SUBHANARABBILKA IZZATI AMMA YASIFUN WARSALAM MURSLALIM
WALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN.
Walahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.