SUAMI MITHALI: Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri
Tip 20 : Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Sebagai seorang yang membesar dengan didikan agama oleh ayah dan ibu, saya sememangnya mempunyai hasrat untuk amalkan akhlak yang di ajar oleh Islam. Terutamanya sikap kami untuk memuliakan semua keluarga saya dan isteri Dimana kami menganggap setelah diijab kabulkan, maka kami berdua dan semua keluarga kedua-dua belah pihak telah menjadi satu keluarga besar. Umapanya saya sebagai suami tidak akan terbatal air sembahyang jika bersentuk dengan ibu mertua, begitulah juga si isteri tidak akan batal wududnya jika bersentuh dengan bapa mertua.
Atas hakikat ajaran agama inilah, saya telah meletakkan status ibu, ibu mertua, bapa dan bapa mertua adalah sama rata. Oleh itu kedua-dua mereka perlu di muliakan, kerana syurga terletak di bawah kaki ibu. Oleh itu untuk mendapat hidayah dan keredaan Allah dalam kehidupan kita, maka kita perlu mendapat restu dari mereka semua.
Ika amalan yang baik yang telah digariskan oleh agama Islam diikuti akan menjadikan perhubungan keluarga sentiasa harmoni dan penuh ukhwah Islamiah. Jadi bagi saya, amalan yang ditunjukan oleh Islam telah menjadi sebati dengan saya dan Alhamdullihan sehingga kini pertalian diantara keluarga sendiri dan mertua sentiasa aman damai.
Oleh kerana saya pandai mengambil hati ibu mertua, menjadikan ibu mertua telah tinggal bersama lebih 14 tahun semenjak isteri mengalami kecacatan kekal selepas menjalani pembedahan kepala. Malah ibu mertua pernah mengeluar kenyataan bahawa dia telah menganggap menantu sebagai anaknya sendiri, kerana telah menjaga dirinya dengan sebaik mungkin dalam usianya yang telah menjangku lebih 90 tahun.
Semenjak setahun lepas ibu kandung saya pula datang tinggal bersama kami, oleh kerana adik saya yang bongsu yang tinggal di Kuala Lumpur, menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang telah menjangku usia lebih 80 tahun dan mula mengalami lupa ingatan sekli sekala (nyanyok). Saya memberi tawaran untuk mengambil alih tugas menjaga kedua-dua ibu dan mertua yang sudah lanjut usia. Alhamdulilah, dengan penuh keinsafan bagi mencapai hasrat untuk mendapat keredaan Allah melalui berbakti kepada mereka berdua, Alhamdulilah saya diberi kesihatan dan keupayaan oleh Allah untuk menjaga kedua-dua ibu.
Pernah saya tidak tanya tidakkah terasa satu bebanan untuk menjaga kedua mereka yang telah lanjut usia, dengan senyum saya memberi jawapan bahawa bagi diri saya tidak menjadi keberatan, malahan ianya bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada mereka berdua yang telah lanjut usia memandangkan Islam telah memberi tanggung jawab kepada anak lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah tua, dan Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak. Sebenarnya bagi anak-anak yang tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua adalah satu kebodohan, kerana bukan mudah untuk mendapat pahala secara percuma setiap hari, memandangkan Islam meletakkan taraf ibu bapa amat tinggi sekali, ajaran Rasullah mengatakan dengan melihat ibu bapa yang telah lanjut usia dengan penuh kasihan sayang, anak akan mendapat pahala. Apatah lagi jika kita menjaga makan minum dan semua keperluan sehariannya, maka ganjar pahalanya lebih besar lagi. Lagipun ibu yang kita jaga dengan sempurna akan sentiasa berdoa kehadrat Allah supaya anaknya mendapat kerahmatan Allah pada setiap masa.
Dengan bersikap positif dan meletakkan persamaan taraf diantara keluarga saya dan juga keluarga isteri, Allah telak kurniakan hidayahNya kepada saya. Sehinggakan saya boleh menjaga, isteri yang sakit (OKU) dan kedua-dua ibu yang telah lanjut usia dengan sempurna. Dan yang lebih menyeronokan saya merasakan begitu bertuah sekali kerana dapat berbakti kepada mereka demi menjalankan amah Allah di dunia ini. Allahdulilah, saya kini diberi kesihatan yang lebih baik (walaupun usianya telah melebihi 61 tahun) mungkinkah ini semua berkat doa kedua-dau ibunya saban hari.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.