SUAMI MITHALI : Tip 7 - Rancang masa untuk berbual atau bermesra dengan isteri setiap hari.
TIP 7 : Rancang masa untuk berbual atau bermesra dengan isteri setiap hari.
Saya hampir setiap hari akan meluangkan masa untuk bermesra dengan isteri. Satu amalan yang telah dikekalkan sehingga kini ( lebih 34 tahun), setiap pagi sebelum meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat kerja, saya akan bertemu isteri untuk beberapa minit, semasa pertemuan itu kebiasaanya di beri pujian seperti mengucapkan “You ni cantiklah, I Love Your darling” di ikuti dengan ciuman mesra. Ini membuatkan isteri merasai dia dicintai dan disayangi sepenuhnya oleh suami sepanjag masa. Bila kita sentiasa ulangi perbuatan sebegini akan melahirkan perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri sentiasa membara. Ia akan jadi salah satu faktor kebahagiaan rumah tangga.
Tindakan ini juga akan menjadikan jalinan kasih sayang akan bersemarak setiap masa dalam rumah tangga kami. Ini akan menjadikan perhubangan bertambah mesra. Perkara sebegini sebenarnya adalah amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulallah S.A.W.
Masa yang paling sesuai untuk berbual mesra dengan isteri ialah pada malam hari, saya biasa akan mengambil masa yang terluang pada sebelah malam terutamanya selepas solat isyak. Menjadi kebiasaan saya duduk disofa bersama isteri semasa menuntun TV, saya akan duduk berhampiran dan bersebelahan, sentuhan anggota badan akan melahirkan perasaan kasih sayang yang kuat diantara suami dan isteri. Kekadang kami di lihat seperti belangkas setiap kali berada di rumah bila tidak ada tetamu. Anak-anak telah menjadi kebiasaan melihat suasana saya dan isteri setiap hari sebegini. Bagi saya masa berada di rumah perlu diurus dan digunakan sebaik mungkin. Bagi saya jika masa yang ada ruang untuk bermesra dengan isteri saya akan gunaka semaksima mungkin.
Satu lagi masa yang paling baik untuk berbual mesra dengan isteri ialah pada waktu malam semasa kita bersiap untuk tidur,selalunya pada masa lebih kurang 5 hingga 20 minit sebelum mata terlelap, saya akan berbual mersa dengan isteri dan berinteaksi dengan penuh kasih sayang. Amalan ini menjadi rutin dan bersama-sama saya dan itsteri membaca ayat suci Al Quran dan doa seblum tidur. Telah menjadi rutin saya dan isteri membaca Basmallah sebanyak 21 kali pada setiap kali untuk lelapkan mata. Petua ini telah di ajar oleh bapa saya semasa saya masih di sekolah rendah lagi, katanya fadilat membaca Basmallah ini akan dapat menghindar kita dari berlaku perkara yang tak baik seperti rumah di masuki pencuri,berlaku kebakaran semasa sedang tidur dan sebagainya. Pesanan arwah ayah ini amat berkesan sekali dalam kehidupan saya. Wallahualam.
Jika saya mempunyai urusan di luar untuk beberapa hari, hubungan dengan isteri akan diteruskan melalui perbualan telefon. Sudah menjadi kelaziman saya akan menghubungi isteri pada setiap pagi setelah selesai solat subuh, bertanyakan tentang kesihatan isteri, makan minum dan ubat yang perlu dimakan setiap hari. Semasa perbulaan saya sering menyelitkan denga senda gurau yang boleh menyeronokan isteri. Saya lakukan itu semua sebagai salah satu terapi minda bagi menjaga emosi isteri supaya tidak diselubungi dengan perasaan stress. Kerana doktor telah menasihati saya supaya sentiasa mengaja emosi isteri bagi mengelakkan berulangnya pendarahan dalam otak.
Semasa keluar bersiar-siar diwaktu petang bersama isteri juga saya gunakan untuk berbual mesra. Saat ini sesaui kerana kita dalam keadaan santai dan mempunyai emosi yang agak tenang. Sambil berehat didalam kereta di tepi pantai atau di kawasan taman perbualan secara peribadi tanpa ada gangguan luar amat berkesan untuk menjalinkan semula hubungan kasih sayang suami isteri. Jika ini sering dilakukan akan menjadikan hubungan suami isteri bertambah erat dan ikatan dapat diperkukuhkan. Perbuatan ini akan dapat menyemarakankan perasaan kasih sayang dan cinta suami isteri.Jika ianya diulangan secara berterusan alangkan bahagiannya sesebuah rumah tangga.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.