RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 30 March 2015

BERHEMAH DAN BERHIKMAH APABILA MEMBERI NASIHAT KEPADA ISTERI

SUAMI MITHALI :  Mendidik isteri dengan memberi nasihat secara hikmah



Tip 16:  Mendidik isteri dengan memberi nasihat secara hikmah.

Jadikan tindakan dan amalan kita sebagai contoh teladan yang cemerlang.  Berkomunikasilah dengan cara lemah lembut dengan isteri dan keluarga. Elakan cakap tak serupa bikin.

Amalan ini ianya telah  lama diamalkan oleh saya semenjak awal perkahwinan kami  lagi. Saya sememangnya  tahu bahawa isteri mempunyai sifat mudah tersinggung dan  sensitif apabila medapat kritikan atau teguran dari saya. 

Sebagai satu contoh bagaimana saya  telah memujuk isteri saya yang tidak memkai tudung pada ketika kami baru kahwin dahulu. Sememangnya saya berhasrat  supaya isteri memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Mengarahkan  isteri supaya memakai tudung oleh seorang suami adalah satu fardu yang perlu dibereskan jika tidak mahu di gelar sebagi suami dayus yang akan mendapat azab neraka yang amat pedih. Untuk itu sebagai seorang suami yang komited terhadapt perintah Allah, saya  dengan penuh tanggung jawab  untuk menjaga kerukunan rumah tangga yang telah dibina, saya sangat berhati-hati dalam mencari ruang untuk memaklumkan kepada isteri supaya memakai tudung hijab. Maklulamlah pada masa itu tahun 80an masih sedikit wanita yang berhijab, malah keluarga saya sendiri masih ramai yang tidak berhijab ( pada masa itu masyarakat masih jahil dan tidak bergitu sensitif tentang amalan menutup aurat sebagaimana disyariatkan).

Bagaimana saya telah menasihatkan isteri supaya memakai hijab?.  Saya terpaksa mencari satu masa yang paling sesuai untuk memberi nasihat kepada isteri.  Ditakdirkan Allah pada tahun 1983 iatu pada pertengahan bulan June. Saya telah ditakdirkan Allah mengidap  penyakit bengkak sendi lutut sebelah kanan. Penyakit yang saya alami itu merupakan kesan penyakit lama yang pernah saya alami pada tahun 1969 dahulu. Saya telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan yang memakan masa selama satu bulan. Setelah discaj dari wad hospital, diikuti dengan rawatan lanjutan dirumah selama 5 bulan. Doktor telah memberi cuti sakit selama 6 bulan. Kaki kanan terpaksa dibalut dengan simen “Plaster of Paris”( POP) selama satu tahun . Setelah tamat tempoh cuti sakit 6 bulan, saya terpaksa pergi bekerja dengan mamakai tongkat.

Dengan suasana keuzuran yang begitu ketara sekali,  saya telah mengambil kesempatan untuk menasihati isteri supaya memakai hijab, Semasa mula-mula membuka mulut untuk meminta isteri memakai hijab, secara emosional saya memberi kesedaran kepada isteri bahawa kesakitan dan kesusahan yang  dialami oleh  saya,  mungkin Allah hendak memberi pengajaran kepada kami, oleh itu saya membeitahu kepada isteri yang disayangi, bahwa kita perlu menghisbah diri dimanakan kesalahan yang telah kita  lakukan selama ini , mungkin Allah murka kerana tidak mematuhi syariatnya. Setelah saya mendapati isterinya mula menyedari dan insaf saya memberitahu kepada isteri supaya memakai hijab, kerana ianya adalah perkara wajib ditaati oleh setiap orang beriman, dan juga saya nayatakan  kepada isteri yang saya telah bernazar dengan Allah, mohon agar sakit saya disembohkan dan saya akan pastikan isteri saya akan memakai hijab.

Alhamdulilah, saya bersyukur, kerana dengan nasihat berkenaan isteri saya  telah mula memakai hijab setiap kali keluar rumah, dan ianya telah mejadi satu amalan sehingga ke hari ini.Bila strtegi itu telah mengena sasaran, saya mula mengambil iktibar bahawa dalam memberi nasihat kepada isteri perlu ada strategi, untuk itu sebagai suami kita perlu ada ilmu dalam pelbagai bidang. ia memberi pengajaran kepada saya yang mencari ilmu perlu di lakukan dari masa ke semasa. Kerana ilmulah yang dapat memandu kehidupan kita untuk mendapat kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat, InsyaAllah.

Satu sifat buruk isteri saya adalah seorang yang terlampau sensitif, jika tersilap cakap ianya boleh merajuk serta merta sahaja, air mata akan mengalir dan hidung berwana kemerehan. Ketika dia merajuk sukar untuk di pujuk secara percakapan normal, saya terpaksa mencari akal utuk melakukan sesuatu bagi membolehkan ianya di pujuk kembali.

Pernah pada suatu hari saya baru sahaja membeli kereta untuk kegunaan keluarga. Ianya adalah kereta yang pertama dalam kehidupan saya, setelah dipakai untuk tempoh hamper tiga hari, saya dan isteri hendak ke kedai membeli makanan untuk makan malam. Semasa isteri menaiki kereta dia terbawa bersama seliparnya sedikit pasir, dengan sepontang saya berkata denga nada agak kuat “Sebab apa tak ketuk selipar dahulu sebelum masuk kereta”. Bila saja dia mendengar teguran saya, isteri dengan serta merta keluar dari kereta dan naik semula ke rumah dan terus masuk bilik dan menangis. Saya tergaman dan timbul kekesalan di hati bahawa tersalah tegur dengan nada suara yang agak tinggi. Saya cuba memujuknya dan meminta maaf. Tapi isteri membatu diri dengan tidak berkata apa-apa sambil menagis terisak-isak. Untuk memulihkan suasana tegang itu saya terpaksa membuat” joke” menyanyi lagu “ KEKASIHKU MARAH-MARAH,MARAH-MARAH LAGI”..sambil kedua-dua belah tangan memeluk erat isteri dari belakang, dan seterunya berbisik” sayang abang minta maaf, bukan maksud abang untuk marahkan sayang tadi. Maafkanlah abang." Ianya mengambil masa hampir semalaman untuk memulihkan perhubungan saya dan isteri kembali normal, dari itu saya sentiasa berhati-hati dalam memberi terguran kepada isteri, supaya teguran dapat mencapai matlamat untuk perbaiki kekurangan tapi tidak menyebabkan perhubungan kami suami isteri boleh terganggu.

wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.