SUAMI MITHALI : Suruh isteri dirikan solat dan ibadah lain,
Tip 25 : Suruh isteri dirikan solat dan ibadah lain.
“Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan solat. Wasiatkan isteri untuk solat fardu dan sunat.”Solat adalah amal ibadat yang pertama diadili di padang mahsyar , jika sempurna solat kita, maka amalan lain akan mendapat ganjarannya. Tetapi jika solat kita ditolak, bermakna kita akan menghadapi keadaan yang sukar…………
Tip ini sememangnya menjadi amalan saya sepanjang hayat, kita selaku suami dan ketua keluarga adalah diberi amanah untuk mendidik isteri dan ahli keluraga supaya menjadi manusia yang soleh dan solehah, Itulah yang di ajar oleh Islam yang ditunjukkan oleh Rasullah S.A.W. Sebagai suami saya merasa amat takut bila di akhirat nanti saya tidak dapat disegerakan hisab di depan Allah kerana tidak mempastikan semua keluarga di bawah pimpinan dan jagaan saya mendirikan solat, atau solat tidak sempurna.
Oleh itu saya akan cuba mepastikan isteri akan mengerjakan solat pada setiap waktu. Untuk itu saya mebiasakan diri mengerjakan solat berjemaah bersama isteri di rumah, terutamanya pada masa kami masih baru mendirikan rumah tangga dahulu dan masa itu kami belum lagi dikurniakan anak. Setelah dikurniakan anak sehingga memperolehi 7 orang zuriat, telah menjadi kelaziman dalam keluarga kami menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Bagi suami sedaya upaya solatnya akan ditunaikan di masjid. Manakala si isteri akan menunaikan solat di rumah. Bagi anak-anak kami pula menjadi pilihan masing-masing sama ada solat di rumah atau di masjid.
Setelah isteri sakit semenjak 14 tahun lepas, saya terpaksa membantu isteri untuk mengambil wudud dan memakai telekong solat. Biasanya selepas saya telah selesai menunaikan solat berjemaah di masjid. Bila kawan-kawan menayakan soalan bagai mana saya selaku suami dapat membahagi masa untuk mengambil wudud isteri setiap hari dan tidakkah ianya terasa penat melakukannya sejak 14 tahun lepas. Saya menerangkan kepada mereka bahawa petua yang paling utama untuk melakukan sesuatu tugas tanpa rasa penat dan jemu ialah dengan memasang niat yang ikhlas dan menaggap segala tugas itu adalah satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh suami apabila isterinya mengalami kesakitan dan sukar untuk melakukan sendiri.
Bagi saya itu tugas yang wajib saya sendiri selsaikan. Jika anak-anak atau saudara mara lain mahu tolong ianya merupkan satu tugas sampingan mereka. Bukan tugas utama. Dengan memasang niat sedemikan serta dengan izin Allah saya mampu menyempurnakan tugas rutin setiap hari untuk mengambil wudud isterinya untuk solat setiap waktu. Bagi menambahkan lagi dorongan untu melakukan tugas rutin berkenaan dengan lebih bersemangat, saya telah meletakan harapan yang tinggi kepada Allah swt yang tugasan membantu isteri sakit dalam mengerjakan amal ibidat itu, akan dicatat sebagai salah satu kerja amal soleh yang akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.
Bagi saya ganjaran pahala yang dijanjikan olerh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kebajikan dan amal soleh itu dengan nilai syurga yang tidak ada tolak bandingnya dengan nilai kekayaan dan kesenangan di dunia ini. Ini mendoring diri saya untuk melakukan dengan cara yang terbaik, semoga ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak juga adalah yang terbaik. Saya juga memasang harap supaya kerja yang dilakukan ini akan menjadi penambahan pahala jika timbagan dosa saya melebihi timbangan pahala, Ya Allah jauhkan diriku dari situasi sebegini.
Sekali sekala saya selaku bapa yang menjadi ketua keluarga yang diberi amanah untuk mendidik dan mempasitkan semua keluarga yang baligh, sempurna akal akan diberi SMS sebagai peringatan bahaw solat adalah wajib dan perlu disempurnakan pada waktu yang ditetapkan. Saya sering kali menghantar SMS kepada semua anak-anak melalui media sms. Isi SMS yang biasa dihantar : “ Salam, anak-anak yang dady n mama sayangi, solat adalah tiang agama, tunaikanlah pada waktunya semoga kita semua akan mendapat ganjara syurga Allah di ahikrat nanti” .” solat adalah kewajipan yang perlu dilakukan pada awal waktu”.
Selain solat , ibadah lain yang diberaktan oleh saya kepada keluraga ialah menutup aurat, saya selalu mengiganti kepada isteri, anak-anak bahawa kewajipan menutup aurat adalah perkara utama dalam kehidupan seharian. Bila saya menasihati keluraga tentang keperluan menutup aurat dikatakan bahawa jika kita tidak menutup aurat, bermakna kita hidup seharian dalam kemurkaan Allah, bila Allah murka kita bukan sahaja dicatat oleh malikat dengan dosa, tetapi kehidupan kita sehiran juga tidak mendapat keredaan dan keberkatan Allah. Jadi sebagai satu analog yang mudah, jika kita benci atau tidak suka seseorang yang datang ke rumah kita adakah kita layan dia dengan baik atau layan dengan ala kadar sahaja. Sebaliknya jika orang yang berkunjung ke rumah kita itu adalah orang yang kita muliakan dan hormati, atau kita sangat-sangat kasihi, sudah tentu kita akan memberi layanan yang paling istimewa untuk memberi keselesaan dan kesukaan kepada tamu kita itu. Cuba - cuba kita renungkan.
Satu lagi ajaran agama yang diberi penekanan oleh saya kepada keluraga, Saya juga memberi penekanan aspek menjaga amanah, kita mesti sentiasa ikhlas dan tidak menipu. Bercakap benar dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan masyarakat. Bila sifat-sifat baik ini telah menjadi pakaian dalam pembetukan imej peribadi kita dalam kehidupan bermasyarakat, maka kita akan dikenali sebagai seorang yang mempunyai hati budi yang baik dan mulia.
Satu lagi perkara yang diberi penekan ialah sentiasa menjaga penampilan periabadi dan menjaga maruah dalam pergaulan dengan masyarakta. Mesti berkelakuan baik dan dihormati oleh masyarkat.
Sentiasa memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan sekadar kemampuan kita.
Selain itu amalan yang menjadi kebiasaan dalam keluarga saya ialah membaca Al-Quran. Saya dan isteri telah membuat contoh kepada keluaga untuk menjadikan kebiasaan bagi diri saya dan isteri membacara Al-Quran pada setiap hari, sekurang-kurangnya satu muka hingga dua muka surat , jika pada hari cuti hujung minggu dan cuti am akan diberi ruang masa untuk membaca Al-Quran satu jusuz . Kebiasannya dalam tempoh setahun saya dan isterinya akan khatam Al-Quran dua hinga tiga kali.
Setengah orang memberi alasan tidak begitu mahir untuk membaca Al Quran. Pada mulanya saya dan isteri juga tidak begitu lancar membaca Al-Quran, untuk mengatasinya saya melantik guru Quran datang mengajar isteri dan anak-anak tiga kali seminggu, program ini mengambil masa dua tahun barulah isteri dan anak-anak mengenal dan boleh membaca lebih lancar. Untuk memberi minat yang lebih mendalam kepada isteri supaya mebaca Al-Quran saya telah membeli “Pen Read Quran” yang mampu membaca Al-Quran melalui system touch and read, dan kita boleh mengikuti bacaan sambil menyemak tajwid Al-Quran, dengan cara ini dari hari ke sehari pembacaan akan menjadi bertambah lancar, apabila kita membaca Quran dengan lancar akan timbul keseronokan dan ketenangan membaca Al-Quran. Sekrang ini saya dan isteri telah menjadi satu tabiat jika tidak membaca akan timbul perasaan tidak sempurna kehidupan hari berkenaan. Mukingkan ini dikatakan hadayah dari Allah kepada hambaNya yang telah berusaha untuk mengabdikan diri bagi mendapat keredaan Allah. Alhamdulillah kami panjatkan jutaan kesyukuran kepada mu YA Allah Yang Maha Agung di atas kurniaan rahmatmu kepada kami sekerluarga. Amin Ya Rabillalamin
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.