CIRI-CIRI MERTUA YANG AKAN MEMUSNAHKAN KEHARMONIAN ANAK MENANTU
Ciri-ciri Mertua Perusak Rumah Tangga
Menjadi niat pasangan suami isteri apabila mereka berumah tangga adalah untuk menjadikan rumah tangga mereka sebagai mahligai yang bahagia untuk seisi keluarga. Kebahagian ini akan hanya tercapai jika suami dan isteri sering menunaikan tanggung jawab masing-masing denggan sebaik-baiknya.
Sungguhpun begitu kebahagian rumah tangga akan berkecai jika ada pihak ketiga yang campurtangan dan cuba menjadi pengarah dalam sesebuah rumah tangga supaya mengikut cara dia mengendalikan rumah tangganya. Ini kerap berlaku kepada ibu mertua (ibu kepada lelaki) yang sering mengah anaknya supaya mengikut telunjuknya setiap masa. Si anak lelaki pula kebiasaannya akan akur kepada arahan ibunya kerana takut dikatakan “mendurhaka” kepada ibu dan tidak akan masuk syurga.
Tak semua mertua boleh menjalin hubungan baik dengan menantunya. Ramai wanita yang sudah berkahwin mengeluhkan tentang hubungan dengan mertuanya. Jika hubungan mertua dan menantu tidak baik, maka boleh menimbulkan pertengkaran dengan suami. Bahkan, hubungan rumah tangga boleh runtuh akibat hubungan yang tidak baik dengan mertua.
Sebenarnya ada beberapa cara agar Anda boleh menjadi seorang menantu yang disayang oleh mertua. Cara yang boleh Anda lakukan, diantara lain memperhatikannya, sering berbual dengannya, dan lain-lain tindakan yang disukainya.
Tetapi, terkadang mertua tetap juga tidak mahu menerima Anda seadanya. Jika sudah begitu keadaanya, maka berhati-hatilah dan teruslah bersabar. Mertua yang seperti itu boleh menyebabkan hubungan rumah tangga Anda dan suami menjadi hancur dan berantakan.
\
Selain itu, ada ciri-ciri lain mertua yang boleh merusakkan kebahagian rumah tangga Anda. Berikut disenaraikan ciri-ciri mertua perusak rumah tangga:
1. Menganggap menantu salah
Apapun yang Anda lakukan, selalu dianggap salah oleh mertua. Meskipun Anda sudah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik, namun mertua tetap menunjukkan rasa tidak suka. Akibatnya anda selalu diritik dan diceritakan keburukan kepada suami anda dan keluarga..
2. Terlalu banyak menasihati
Ciri lain iaitu seorang mertua terlalu banyak menasihati kehidupan rumah tangga Anda. Mertua selalu masuk campur perhal rumah tangga anda setiap kali Anda dan suami mengunjungi rumahnya. Padahal, semua itu adalah hal peribadi anda dan suami yang selayaknya di uruskan oleh anda berdua sahaja.
3. Selalu masuk campur
Si mertua selalu masuk campur urusan anak dan menantu dalam segala hal. Bahkan, urusan pribadi antara Anda dan pasangan pun mertua ingin selalu mengetahuinya dan berusaha untuk mencarikan penyelesaian mengikut kaca mata dan seleranya sendiri. Sedangkan dalam hakikat kehidupan cara hidup di zaman ini jauh berbeza dengan cara hidup di zaman mertua anda muda-muda dahulu. Pastilah cari mengursnya adalah amat berbeza.
4. Ingin selalu diutamakan
Si mertua ingin selalu diutamakan. Apapun yang dikatakan atau keinginannya itu harus didahulukan tanpa mementingkan orang lain. Selain itu, terkadang si mertua juga lebih manja pada suami Anda agar mendapatkan perhatiannya. Menyebabkan suami anda menjadi serba salah dan rasa terkonkong untuk mengurus rumah tangga sendiri. Situasi ini membolehkan suami anda menjadi stress dan lama-kelamaan akan menjadi perhubungan anda dan suami tidak bahagia. Sumi di hambat oleh bayang-bayang ibunya dan anda pula tersa tidak tenteram kerana rumah tangga selalu di campur oleh mertua.
5. Suka gosip
Mertua suka menceritakan hal buruk menantu pada semua orang yang dikenalnya. Termasuk, para kerabat, tetangga, bahkan orang yang dipercayainya. Jika Anda mendengar hal-hal yang tidak baik mengenai diri sendiri, maka berhati-hatilah. Boleh jadi bualan dari orang lain tentng anda itu berasal dari mertua Anda sendiri.
6. Memaksakan kehendak
Si mertua selalu memaksakan keehendaknya tanpa melihat atau menerima keputusan Anda ataupun pasangan. Mertua seperti ini biasanya tak boleh untuk diajak berbincang dan ingin menang sendiri. Lebih mementingkan diri sendiri sahaja. Ini membolehkan suasan tertekan kepada suami anda dan anda.
7. Menjadi pemicu pertengkaran
Perrtengkaran yang terjadi di rumah tangga Anda salah satu pemicunya adalah mertua. Misalnya, pasangan mendapat cerita yang tidak baik dari ibunya tentang Anda. Lalu, pasangan akan memarahi Anda dan membenarkan perkataan ibunya.
Itulah ciri-ciri mertua perusak rumah tangga. Jika mempunyai mertua yang seperti itu, maka seboleh mungkin Anda harus tetap bersikap baik dengannya. Hadapilah sikap mertua yang menyakiti kehidupan anda itu dengan cara yang tepat agar kehidupan rumah tangga bisa berjalan harmoni.
Mertua perlu ingat terlampau masuk campur tentang hal rumah tangga anak menantu adalah satu tindakan yang amat bertentang dengan ajaran agama. Tindakan kita menjaga tepi kain anak menantu, membuat gosip, mementingkan diri sendiri dan memaksa anak kita mengikut kehendak kita adalah perkara yang boleh meruntuhkan rumah tangga anak menantu kita. Sedangkan semasa kita mengatur perkahwinan mereka dahulu adalah satu usaha murni yang di anggap membina sebuh masji, jadi adakah anda tergamak mengaggu gugak kehidupan mereka suami isteri ibarat cuba meruntuhkan sebuah masjid. Bukankan itu satu tidakan yang kurang bijak dan akan merosakkan keharmonian dan masa depan anak cucu kita juga.. Perlu di ingat jika suami isteri bercerai berai maka yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka yang juga dalah cucu-cucu kita.
Walahu alam.
Sy mengalami situasi dimana ibu mertua sy msuk campur.. Sy tngal bersama keluarga suami sy dan usia perkhwinan kami berusia 1thn.. Apa yg sy lakukan smua slah dimatanya shinga sy meminta izin untuk pulang kerumah ibu bapa sy sndri dia mnghalang dngn mengatakan dia akn susah menguruskan rumah krna tiada org drumah.. Kdg2 sy balik sndri kerumah tanpa suami krna sy fham akn keadaanya... Sy hnya mnta blik pd hari mngu mnjenguk ibu bapa sy... Adakah slah??
ReplyDeletePn perlu berbincang dengan suami untuk selesaikan secara baik dan berhemah masalah yg dihadapi. Pn juga perlu banyak bersabar dan sentiasa membuat hisbah diri kenapa masalah dengan ibu mertua terjadi, mungkin ada hikmahnya. Cuba buat perbetulkan apa-apa kelemahan diri jika ada dan cuba lihat kebaikan ibu mertua, Seeloknya jika tidak ada persefahaman bila tinggal sebumbung, bincang dengan suami untuk tinggal di rumah sendiri yang tidak jauh dengan rumah ibu mertua bagi membolehkan Puan dan suami menjengok ibu mertua setiap hari. Untuk minta izin suami balik kerumah pd hari minggu bagi menjenguk ibu bapa puan adalah perkara baik yang perlu di teruskan. Jika suami sibuk tak dapat bersama tak mengapa asalakan perjalan ke kampung itu selamat .
ReplyDeleteDoakan semoga kehidupa puan suami isteri akan bahagia , masa satu tahun perkahwinan adalah masa penuh dengan cabaran dan dugaan berumah tangga.kerana masa matang bagi sesebuah rumah tangga adalah di antara 7 hingga 10 tahun selepas perkahwinan. . Wallahu'alam.