Sebab Mengapa Perempuan Curang
Fitrah manusia sememangnya perlu kepada pasangan untuk hidup dengan sempurna. Allah jadikan semua makhluk di dunia ini berpasangan. Bertujuan supaya kehidupan yang berpasangan itu dapat melahirkan zuriat dan seterusnya meramaikan umat manusia di dunia supaya meraka dapat saling bantu di natara satu sama lain bagi membolehkan kehidupan manusia dengan keperluan individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
Sebab Mengapa Perempuan Curang | Kenapa Perempuan Curang?
Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum perempuan.walaupun ada juga kaum lelaki yang curang , tetapi kali ini saya ingin bercerita mengenai kenapa perempuan curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab perempuan berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa perempuan sering curang dengan pasangannya..
1. Merasakan dirinya terlalu cantik .
Merasakan diri terlalu cantik dan over konfiden selalunya terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya terlalu cantik apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka cantik bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan suami isteri. Setia kerana muka cantik? Tidak mungkin berlaku jika perempuan itu tidak pandai menjaga hati suami. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan cantik atau lawa untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa, janganlah terlalu merasakan diri terlalu cantik
2. Terlalu ego dengan perasaannya
2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang perempuan. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri manusi, tapi bagi perempuan lebih kuat egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.
3. Ramai lelaki lain menyukainya.
Perempuan akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai lelaki lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai lelaki lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu juga,perempuan juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh” untuk mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.
4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai perempuan yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.
5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh lelaki juga antara penyebab perempuan membalas dendam. Mereka merasakan lelaki patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat membalas dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh ayahnya dan sebagainya.
6. Kurang ilmu agama
Diantara punca mereka yang berlaku curang dengan pasangannya adalah cetek ilmu agama, bagi mereka bersiafat curang dalam perhubungan bukanlah satu kesalahan. Mereka bebas melakukan apa sahaja mengkut keinginan nafsu mereka. Sedangkan dalam Islam perbuatan curang adalah satu perkara yang dikutuk dan ianya merupakan dosa, apatah lagi curang itu berlaku diantara pasangan suami isteri. Bagi mereka yang beriman tidk akan beralaku curang kerana takut akan azab Allah di akhirat kelak.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.