RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 3 April 2015

CARA MERANGSANG ISTERI SEBELUM HUBUNGAN INTIM


Cara Merangsang Isteri Sebelum Jimak.

Diantara perkara yang penting untuk mengekalkan hubungan kasih sayang suami isteri ialah memberi kepuasan yang maksima semasa mengadaka hubungan intim (seks). Perkara ini boleh di capai jika suami dan isteri sememangnya bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan penuh bersemangat dan tahap nafsunya yang paling maksima. Oleh itu suami sebagai pemain utama semasa di ranjang mestilah tahu dan arif bagaiman cara untuk meransang isteri sebeldum jimak.
Untuk pengetahuan anda, wanita akan melakukan hubungan seks apabila perasaan mereka ingin melakukannya. Berbeza dengan lelaki, mereka lakukan hubungan seks sebab dorongan nafsu. Kadangkala isteri anda tidak mahu adakan hubungan seks atau prestasi mereka tidak memuaskan ketika berhubungan kerana mereka tiada mood untuk lakukannya.
Untuk merangsang isteri anda untuk melakukan hubungan seks, anda perlu masukkan perasaan mereka ke dalam zon terangsang. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda cuba
Tip pertama : Perbualan mesra dan memberi ransangan
 Suami perlu bijak untuk memulakan perbualan yang boleh memberi rangsangan kepada isteri untuk menaikkan nafsunya sebelum memulakan hubungan seks.  Anda perlu tahu dimasa mana yang sesui untuk lakukan perkara ini. Sebagai contoh ketika isteri anda sedang basuh pinggan di dapur, peluk dia dari belakang dan katakan pada dia bahawa anda inginkan dia pada malam ini. Perbualan mesra yang penuh dengan kasih sayang pasti akan merangsang isteri anda .
Perbuatan memperlihatkan romantisnya anda dengan isteri hendaklah sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Antara perbuatan yang boleh merangsang perasaan romantis ialah sentiasa bersentuhan secra manja dan duduk berdampingan setiap masa bila mempunyai kelapangan. Semasa anda bersamanya selalulah bisikkan perkataan yang memuji kejelitaan isteri, dan berbisik secara romantis yang anda sayang padanya, sekali sekala buat flashback kisah diranjang yang memberi kepuasan bersama pada masa lepas.
Tip kedua : Jangan lakukan perkara yang sama sahaja.
Jangan rangsang isteri anda menggunakan teknik yang sama sahaja. Anda perlu pelbagaikan teknik dan cara anda untuk meminta hubungan seks dari isteri anda. Tunjukkan pada dia bahawa anda hargai dia sebagai pasangan anda. Anda boleh goda dia melalui sms ketika di tempat kerja atau anda boleh mandi bersama dan lain – lain cara. Fikirkan satu cara godaan yang boleh membuatkan isteri anda rasa sayang pada anda. Apabila dia rasa sayang, dia pasti akan layan anda dengan baik dan cuba memberi kepuasan yang maksima.
Tip ketiga : Suasana persekitaran.
Ketika isteri anda sedang marah, dia pasti tidak mahu adakan hubungan seks dengan anda. Begitu juga jika suasana tertekan menyelubungi keluarga anda. Anda perlu kawal suasana dan berikan dia perasaan selesa. Apabila isteri anda selesa dengan keadaan dia, dia akan lebih cepat terangsang.
Cubalah ketiga – tiga tip di atas. Anda tidak perlu risau lagi jika permintaan anda di tolak kerana anda tahu bagaimana hendak memperolehnya. Apabila hubungan intim suami isterik sentisa mencapai kepuasan berasama ianya adalah satu faktor utama yang akan mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. Jika ini berlaku akan membuatkan pasangan anda sentiasa hormat kepada anda kerana pandai berperanan untuk memberi kupuasan yang terbaik kepadanya setiap kali anda mengadakan hubungan seks.

Wallahu alam

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.