RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 4 April 2015

SUAMI MITHALI : Pamer kematangan yang tinggi.

SUAMI MITHALI :  Pamer kematangan yang tinggi.



Tip 29 :  Pamer kematangan yang tinggi.

“Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah “.

Saya mungkin dinugerahkan Allah  sentiasa mempunyai kematangan  dalam menangani sebarang masalah dalam keluarga. Ini mungkin pengalaman kesukaran dalam menempuh kehidupan yang sentiasa mencabar dan diduga dengan penderitaan sakit berpanjang membuatkan saya membina pengalaman dan matang untuk membuat sesuat kuputusan di saat getir. Di samping itu juga pengetahuan agama yang  saya ada agak mendalam  hasil daripada didikan Almarhum ayah dan juga pergaulan saya dengan beberapa orang alim ulama yang dikenali seperti SSM Mufti, Timbalan Mufti, TGNA, Dr Othman Muhammadi- Almarhum.

Salah satu dugaan yang dialami saya dalam menangani masalah besar yang dihadapi oleh isteri yang berlaku pada bulan Mac 2001.  Pada satu pagi saya telah menerima panggilan telefon oleh anak yang memberitahu bahawa isteri  yang dirawat di hospital telah koma, waktu itu lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah mendapat berita yang cemas itu, saya terus menunggu waktu subuh dan setelah selesai solat subuh terus bergegas ke hospital yang terletak lebih kurang 3km dari rumah. Sesampai di hospital doktor memaklumkan bahawa isteri saya koma kerana mengalami pendarahan dalam otak. Ianya perlu di bedah segera untuk menyelamatkan  nyawanya.

Setelah berbincang dengan keluarga, ada pelbagai pendapat  di antaranya mengatakan tidak perlu dibuat pembedahan di kepala kerana risikonya amat tinggi dan mengikut pengalaman hospital kebanyakan pesakit yang mengajalani pembedahan lebih 80% meninggal dunia atau jika hidup pun tidak akan sempurna malah akan terlantar di katil untuk menunggu ajal sahaja. Setelah mendengar pandangan dari beberapa pihak termasuk seorang doktor pakar yang menasihatkan supaya tidak menjalani pembedahan. Saya selaku suami telah menggunakan pendapat dan pemikiran sendiri dan setelah melakukan solat hajat mohon pertunjuk dari Allah, dengan penuh yakin bahawa perlu dibuat pilihan yang tepat, iaitu isteri mesti menjalani pembedahan, kerana jika menjalani pembedah berkemunkinan akan selamat adalah 50%. Sebaliknya jika tidak lakukan pembedahan juga  50% untuk terus hidup dan lebih kepada hanya menunggu ajal tiba sahaja.Jikal tidak membuat pembedahan bermakna kita telah tolak kebarangkalian untuk Berjaya 50%. Degan kata lain di saat yang getir dan putus ikhtiar sebegini hilang kebarangkalian 50% adalah satu kerugian yang bersar. Oleh itu saya meyakinkan diri, setelah solat hajat, bahawa perlu di buat pembedahan kerana kita ada lebihan kemungkinan untuk selamat, saya membuat andaian jika diizinkan Allah setelah pembedahan ada peluang 25% bermakna peluang untuk selamat lebih. Oleh itu saya membuat persetujuan untuk isteri menjalani pembedahan kepala. Alhamdulillah setelah pembedahan dikurniakan oleh Allah peluang lebih 45%, kini isteri masih hidup dan dapat meneruskan kehidupan bersama keluarga walaupun mempunyai sedikit kekurangan iaitu cacat sebelah tubuh.

Setelah menjalani pembedahan Allah Maha Berkuasa telah memberi kelebihan kepada kami yang begitu mengharapkan pertolongan Allah, isteri telah dapat diselamatkan, dan ianya hanya mengalami lumpuh sebelah kaki dan tangan kanan sahaja, dan fungsi lain-lain anggota badan adalah seperti biasa. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang masih memberi peluang kepada isteri untuk menghirup udara dan melihat pembesaran anak-anak dan cucu-cucu.

Kini telah melewati  masa lebih14 tahun dari peristiwa yang cemas dan gentir itu. Saya kini mampu untuk meneruskan khidmat bakti kepada isteri dan keluarga sebagai seorang suami dan bapa yang penuh bertanggung jawab.  Pengajaran yang dialami dari peritiwa  itu, ialah kita perlu yakin kepada diri sendiri dan juga pertolongan Allah dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah penting dalam hidup kita. Pandangan orang lain boleh didengar, tapi keputusan muktamad adalah terletak di bahu kita sendiri. Setelah itu bertawakalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang.InsyaAlah kejayaan akan datang.

wWallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.