SUAMI MITHALI : Sentiasa berubah secara positif
“Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang”.
Bagi saya sememangnya saya mengamalkan sikap buat perubahan kepada diri sendiri dahaulu sebelum meminta orang lain berubah. Oleh itu saya sentiasa melihat dan membuat cermin diri sendiri sebelum melihat kelemahan orang lain. Sikap sebegini memang menjadi prinsip hidup saya semenjak saya berusia belasan tahun lagi.
Lahirnya sifat sebegini dalam kamus kehidupan saya mungkin kerana di diuji oleh Allah dengan kehidupan yang penuh mencabar semenjak saya di sekolah menengah lagi. Pada masa saya di tingkatan tiga pada tahun 1969 di sebuah sekolah menengah, saya telah mengalami sakit sendi lutut kanan, menyebabkan saya ke sekolah setiap hari dengan lutut berbalut dengan “cripe bandage”. Malunya tidak terhingga kerana pada masa itu pakaian seragam sekolah adalah baju kemeja dan seluar pendek, bagi murid tingkatan empat dan lima sahaja dibenar memakai seluar panjang. Saya terpaksa menepuhi segala itu dengan penuh sabar dan tabah kerana cita-cita saya adalah untuk mendapatkan ilmu dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan LCE (sekarang ni PMR).
Kemuncak kepada dugaan Allah terhadap saya apabila hampir 2 bulan untuk menduduki peperiksaan saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius, terpaksa berulang alik dari asrama ke hospital setiap hari untuk mendapat suntikan, setelah saya di discaj dari hospital. Nasib baik pada masa itu Pengetua sekolah yang juga seorang warder asrama sangat baik hati, tolomg menghantar saya tuk mendapat suntikan di hopistal setiap hari. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yang memberi kemudahan melalui seorang pengetua yang begitu perihatin dan baik hati. Mungkin Allah ingin menguji saya lagi kerana pada saat hampir tarikh peperiksaan saya dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius. Sehinggalah tiba hari peperiksaan LCE saya terpaksa menjalini peperiksaan di dalam wad hospital. Setelah sampai keputusan peperiksaan LCE, saya telah mendapt keputusan grade A dengan agregrate 29, agregate yang terakhir untuk grade A adalah 31. Saya bersyukur yang amat sangat kerana Allah telah memberi kejayaan dalam pepriksaan LCE walaupun tidak cemerlang sebagaimana diharapkan oleh saya dan keluarga.
Setelah tiba masa permulaan penggal sekolah di tahun berikutnya (1970) saya telah berjaya ke tingkatan 4 sains. Saya hanya sempat bersekolah selama satu minggu sahaja, kerana sakit lutut semakin merebak dan terpaksa mendapat rawatan di hospital. Kaki saya telah di simen POP untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun bagi membolehkan sendi yang rosak dapat dipulihkan. Sehubungan itu saya telah diberi cuti sakit selama tempoh satu tahun.
Semenjak dari tarikh tersebut, satu sejarah baru dalam hidup saya bermula, saya hanya duduk dirumah berehat dengan kaki di simen. Setaip hari ke klinik untuk mendapat suntikan ubat. Dalam suasana kesakitan yang berpenjangan inilah telah mendidik saya menjadi seorang yang begitu tabah dalam menghadapi dugaan Allah.
Oleh kerana masa depan saya tidak menentu hujung pangkalnya. Saya telah berusaha melengkapkan diri dengan mengambil kursus membaiki radio dan tv melalui pos, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Saya masih ingat alamatnya di No. 29 Owen Road, Singapura. Namun hasrat saya itu tidak kesampaian, setelah mengikuti kursus selama tiga bulan, sakit lutut saya serius kembali. Terpaksa saya menguburkan hasrat itu.
Sekali sekala saya berlinangan air mata bila memikirkan masa depan yang begitu suram tanpa menentu kerana tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan penyakit berpanjangan yang di alami, masa berlalu dengan pantas, pada tahun 1972, kawan-kawan di sekolah dahulu,i telah mendapat keputusan SPM masing-masing. Boleh dikatakan semua kawan sekelas berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Pada tahun 1973, saya telah bertekad untuk meneruskan pelajaran bagi menduduki peperiksaan SPM. Saya memasang hajat untuk mengambil peperiksaan SPM sebagai calun persendirian. Bermula dari tarikh itu saya telah mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual ulangkaji setiap hari, sehinggalah sampai tarikh peperiksaan sebenar. Alhamdulillah berkat kesungguhan usaha dan tinggi disiplin diri, saya telah berjaya mempoleh SPM dengan pangkat Dua. Keputusan yang agak baik itu telah menjadi kejutan oleh keluarga kerana hanya belajar seorang diri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tusyen. Semenjak tarikh intu telah memberi pengajaran yang mendalam dalam minda saya, bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu cita-cita kita mesti berubah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kuat berusaha, mendisiplin diri dan sentiasa bergantung kepada kuasa Allah , Bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya mungkin. InsyaAllah kejayaan akan menunggu di hadapan.
Bermula dari tarikh berkenaan saya telah menjalani satu pembelajaran yang amat berharga dalam kamus kehiidupan. Saya telah menjadai seorang belia yang mempunyai semangat jitu yang tinggi dalam menentukan masa depan kehidupan saya. Mempunyai keyakinan bahawa seseorang akan beroleh kejayaan dalam cita–cita hidupnya jika ia mempunyai keyakinan diri untuk berjaya di masa hadapan. Mendisiplin diri, kuat berusaha pasti akan mencapai kejayaan.
Setelah memperolehi SPM dengn Pangkat 2, Ayah telah menghantar saya belajar di Sekolah Menengah Swasta untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Berbekalkan semangat ingin berjaya yang tinggi, saya telah mendapat kejayaan dalam perperiksaan STPM memperolehi keputusan 4 Prinsipal. Keputusannya adalah di antara yang terbaik di sekolah saya dan diseluruh Negeri Kelantan pada masa itu (1975).
Seterusnya saya telah melanjutkan peljaran ke peringkat Universiti di USM dan setelah empat tahun saya berjaya memperolehi ijazah Sarjan Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancang) Dengan Kepujian.
Daripada rintitan peristiwa yang diceritakan di atas, dapat di ambil iktibar bahawa dengan memiliki sifat yang positif dan tidak mengenal putus asa, serta menganggap segala cabaran dan kepritan hidup yang dialami adalah salah satu ujian yang ditentukan oleh Allah untuk melihat sejauhmana kita mampu menerimanya dan dapat mengatasinya dengan IzinNya. Jika kita mempu mengalami segala dugaan dan cabaran kesukaran itu, maka kita akan membawa obor kejayaan dalam kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Insya Allah kehidupan kita akan beroleh kejayaan di masa-masa hadapan. Kerana Allah berfirman “ sesiapa yang bersabar pasti akan memperolehi kejayaan’ dengan pertolonganNya dari punca yang tidak diduga sama sekali.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.