RAMAI ISTERI CURNG DI AKHIR ZAMAN SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN
Zaman Ini Ramai Isteri Curang ?
Akhir zaman ini sering dipaparkan masalah wanita khusus menceritakan masalah suami curang dengan wanita lain, tetapi kisah kali lain, cukup menarik untuk perhatian kaum isteri, kerana bukan suami yang curang, tetapi isteri - Zurina, itu cerita Om dalam emelnya panjang lebar lengkap dengan data dan gambar.
“Om percaya kes isteri buat hubungan sulit dengan lelaki lain zaman dulu, memang kurang tetapi sekarang terdapat banyak kes isteri berzina dan sembunyikan dari suami. Bila suami dapat tahu mereka nafikan malah salahkan suami sebagai jahat dan kaki pukul.
“Om sudah berkahwin dengan Zu lebih 15 tahun, sepanjang 14 tahun Om rasa hidup mereka cukup bahagia, hingga mendapat dua orang anak. Mereka berjaya mengumpulkan wang dan membeli sebuah rumah di Shah Alam dan menabung untuk masa depan anak-anak.
“ Sepanjang perkahwinan, mereka juga pergi berhibur bersama anak-anak, seperti ke Freazer Hill, Cameron Highland, gunung Jerai, Singapura, Thailand, Langkawi dan banyak lagi. Tetapi kepada Zu itu semua tidak cukup, dengar cerita kawan-kawan dia hendak panjangkan langkah ke luar negara. Pada Om pelajaran anak-anak lebih penting.
“Dalam pada itu Om ingatkan Zu bahawa dia harus bertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya yang sering tak berduit, bantuan bulanan mereka masih tak cukup terutama setelah mereka berhenti kerja. Ayah Zu laburkan duit KWSPnya bermain saham termakan pujukan jiran. Kalau duit setakat puluhan ribu, jawabnya hanguslah apa lagi tak berilmu.
“Lepas tu nak dapatkan permit bawa teksi pula yang memerlukan RM3,000 dalam akaun banknya. Siapa lagi membantu kalau bukan Om.
“Beli apartmen kerana tak bayar bank pulak nak lelong. Om berusaha menjualnya atas permintaan emaknya dalam jangka masa setahun . Tapi setelah dijual mereka kata Om jual terlalu murah. Bukan nak ucapkan terima kasih pun.
“Dalam pada itu Zu ingin menyambung pelajaran buat Diploma luar kampus, Om izinkan dan dia berjaya. Tapi malangnya dia memang tak ambil perduli untuk mendidik anak-anak semua dilepaskan pada Om, di samping masalah ibu bapanya pun Om kena bantu. Emaknya buat medical check up pun Om kena hantar ke Klinik Kesihatan.
“Masalah ayahnya bila teksi rosak, tak bayar pada syarikat teksi yang disewanya akhirnya teksi ‘ditarik’. Kata emak Zu barang kemasnya banyak tergadai sebab suaminya terjebak hutang Ah Long. Pernah tak bayar ansuran apartmen kerana bayar ah long. Akhirnya ayahnya tak tahan melarikan diri ke kampung jadi penoreh getah.
“Awal tahun lepas Zu terpilih menghadiri kursus di Korea selama seminggu. Om turut bangga. Masalah mengurus keperluan anak-anak selama ini pun jadi tugas Om seperti mencuci pakaian, mengampai kain, melipat dan seterika baju. Kerana dia tak pernah buat kerja rumah, apa lagi memasak. Sejak kahwin dia tak pernah ke dapur, walaupun nak masak sardine, buat telor mata atau goring sayur.
“Biasalah alasannya badan tak sihat kerana lelah, kerana itu semua tugas Om bereskan. Om berusaha menjadikan bilik dan rumah mereka bebas dari abuk. Kemudian beli alat pembersih udara dalam bilik tidur berharga lebih seribu ringgit. Om jugalah selalu lap abuk yang melekat pada bilah kipas, dan mencuci/service econ dari segala abuk/sawang.
“Om lakukan semua itu kerana terlalu sayangnya Zu, hinggakan apa sahaja yang diperlukan akan disediakan. Kerana hendak kuruskan badan ikut program kuruskan badan RM4000 hangus. Tapi Zu makan separuh jalan sahaja. Pendek kata apa saja tersiar di tv dia nak cuba tapi tak kesampaian.
“Awal tahun ini Zu hendak berkursus ke China. Di sinilah bermula segala-galanya Zu bertemu bekas kekasihnya. Patutlah sebelum itu dia juga pernah melancong ke Shenzen dan Hong Kong, katanya melancong dengan kawan-kawan. Kelainan sifat Zu membuat Om berfikir dan membuat sedikit penyelidikan.
“Terutama bila Zu selalu sangat berkursus, kata nak ke Langkawi. Entah mengapa malam itu terlintas di fikiran untuk trace lokasi hp Zu sedang aktif. Rupanya Zu ada di genting bukan di Langkawi. Bila ditanya lagi Zu segera matikan talian. Bila balik kau bercerita kau ke Genting menemani kawan kau Ayu. Memang tak masuk akal.
“Beberapa hari selepas itu, dia bertugas malam. Dari tempat kerja, Zu hantar sms meminta dilepaskan dengan cara baik. Alasan Zu, Om adalah suami yang baik tetapi dia bukanlah perempuan yang baik. Berdebar jantung Om kerana benda ini tak boleh dibuat gurauan, tetapi sms seterusnya menampakkan kesungguhan Zu meminta cerai.
“Keesokkan harinya, Om ambil cuti kecemasan ajak Zu balik kampung untuk bercerita depan ibu bapanya. Ketika bercerita Om lebih banyak menangis. Tetapi Zu banyak mendiamkan diri. Emak Zu menasihatkan anaknya jangan bercerai, kerana dia tidak akan mendapat suami sebaik Om. Fikirkan kau ada dua orang anak. Tapi Zu tetap membisu.
“Sejak itu Om mula jalankan siasatan, Om minta rekod Touch & Go untuk melihat pergerakan Zu, Om juga ke rumah Ayu bertanya sama ada dia pernah tidur di genting bersama Zu, tetapi Ayu diamkan diri. Om melihat misteri di sebalik cerita Genting ini.
“Malam itu Zu balik ke rumah. Dia cuma melihat Om menangis. Untuk menenangkan fikiran Om solat. Selesai solat anaknya berbisik katanya `Pa, cuba periksa hp mama mesti ada banyak rahsia’ kata anak Om dia tahu password mama. Om terus bangun dan mengambil hp, Zurina cuba merampasnya, berlaku pergelutan dan Om terlanjur menampar Zu. Tapi Zu semakin agresif cuba merampas kembali. Om lantas memberikan hp Zu pada anak untuk dibuka. Kerana Zu masih berkasar Om membawa anak menaiki kereta untuk membuka hp Zu dan membaca apa yang terkandung dalam hp misteri itu.
“Berdiri bulu roma Om ketika membaca sms mereka. Dan terbukti Ayu bukanlah orang yang pergi ke genting, tetapi bersama lelaki bekas kekasih lamanya Wan. Om cuba membuat laporan polis tentang ketelanjurannya melempang Zu, tetapi Zu terlebih dahulu telah buat aduan.
“Kemudiannya Om ke Jabatan Agama Islam untuk mebuat adaun dan meminta sessi kaunseling rumahtangga. Om cuba hubungi Wan tetapi dia telah menutup talian hp. Zu akhirnya beritahu Wan hanya kawan biasa.Kenapa baru kini bercerita setelah terperangkap.
Sebenarnya Wan seorang yang bijak dalam teknologi selular phone terutama mengenai LTE. Tapi Zu mendakwa Wan seorang warak dan bijak dalam soal agama.
“Tapi kalau orang beragama tentu dia tak mahu lepak di Starbuck dengan isteri orang, dan memanggil sayang setiap kali bersms. Setelah diselidik jelas Zu kerap mengambil MC tetapi bermalam ke Genting, dan beberapa buah hotel sekitar, KL, KLIA dan Putrajaya. Semakin di teliti semakin banyak pembohongan terbongkar akhirnya Om suruh Zu bersumpah tetapi Zu enggan. Ketika itu tanpa Om sedar dia terus menampar Zu.
“Beberapa hari kemudian Om dikejutkan kedatangan kereta peronda polis mengarahkan Om pergi ke balas polis. Om di soal bagaikan penjenayah diugut akan diberhentikan kerja, dan macam-macam lagi tanpa sekali pun memberi Om peluang menceritakan keadaan sebenar. Om terfikir kalau hilang pendapatan bagaimana anak-anaknya akan meneruskan kehidupan?
“Om pernah ke rumah Wan tetapi dia tidak ada di rumah Om tinggalkan nota meminta dia bersemuka tetapi dia enggan. Kerana tidak ada persepakatan dan Zu masih menafikan walaupun pelbagai bukti dibentangkan termasuk dia pernah menjalani ujuan kehamilan setelah balik dari China, sebaliknya dia bungkus pakaian mahu keluar rumah.
“Ketika itu Om beri amaran kepadanya `jika Zu keluar dari rumah juga pada malam ini juga maka jatuhlah talak.’ Zu tetap keluar dan setelah kes di bawa ke mahkamah syariah, maka jatuhlah talak. Kini Om faham, perasaan Zu terhadap Om telah mati. Kini dengan rezeki yang Allah kurniakan padanya, akan Om jaga dan besarkan dua anak mereka kerana mereka adalah amanah yang wajib Om pikul,’’ Itu cerita Om tentang kehidupannya kini.
Ulasan Saya:
Berdasarkan cerita yang dibentangkan di atas saya merumuskan bahawa Om adalah seorang suami yang tidak berperanan sepenuhnya untuk menangung amanah sebagai suami seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Situasi ini berlaku mungkin berpunca Om merupakan seorang suami yang kurang ilmu agama ini didasarkan semenjak perkahwinan mereka 15 tahun lepas, Om merasa amat bahagia untuk tempuh 14 tahun. Cuma tahun-tahun kebelkangan ini dia mula mencuragai isternya Zu.
Kelemahn Om sebagai suami dia tidak berperanan untuk mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang solehah. Kerana mereka berdua terlampu mementingkan harta dunia Om membiarkaan sahaja perlakuan Zu yang suku melancung keluar Negara tanpa di temani oleh Om, sebaliknya pergi dengan rakan-rakan sekerja Zu. Bila tidak ada tegoran dan Om juga tidak ada perasaan ceburu semenjak awal lagi memyebabkan Zu naik toncang. Dia selalu menggunakan kelembutan dan sifat penyayang Om untuk melepaskan tugasnya sebagai seorang isteri . Ini di tegaskan oleh Om semenjak kahwin 15 tahun Zu tak pernah memasak dan mengemas rumah atas alasan letih bekerja. Om membiarkan saja kerana terlalu sayangkan Zu.
Disinil bolehlah disimpulkan Om adalah seorang suami yang “dayus” kerana membiarkan isteri keluar tanpa muhrim kemana sahaja dan boleh bermalam di mana sahaja. Oleh itu Om terpaska menjaga dua orang anak mereka yang sedang membesar. Zu tidak berperanan sebagai seorang ibu yang sepatutnya memberi kasih sayang dan membesar anak dengan didikan yang berpandukan ajaran Islam.
Om juga saya berpendapat seorang yang tidak romatik dan kurang bijak dalam hubungan intim dengan isterinya Zu. Ini didasarkan tempuh perkahwinan mereka telah berlalu 15 tahun tetapi mereka memperolehi dua orang anak sahaja. Sedangkan mengkikut kelaziman suami isteri di Malaysia kebiasaanya merek akan memperoleh anak seorang dalam tempoh tiga tahun. Malah ada yang dua tahun seorang jika suami seorang yang pandai memainkan peranan semasa hubungan intim suami isteri.
Boleh juga dibaut andaikan Zu cari keseronakan di luar secara bersembunyi-sembunyi kemungkinan dianya tidak puas semasa hubungan intim dengan Om. Dan Om juga tidak ambil kisah untuk memberi kepusasan yang terbaik kepada isterinya. Ini juga Om perlu di persalahkan kerana kurang mahir mengurus hubungan cinta suami isteri terutama berhubung kemahiran dalam hubungan seks.
Yang paling ketara kelemahan Om ialah dia telah gagal membimbing isterinya supaya patuh kepada ajaran syariah dalam meneruskan hidup sebagai isteri kepada Om dan ibu kepada dua orang anak mereka. Sikap tak peduli dan tidak mentarbiahkan isteri dengan ilmu agama menyebabkan isteri hanyut dan galamor dengan kedudukan pangkat di tempat kerjanya dan lebih menumpukan mencari harta dunia tetapi mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak mereka.
Kesimpulannya dari cerita yang di bentangkan di atas dapat di ambil kitibar bahawa suami perlu memaikan peranan utama untuk meneraju perjalana rumah tangga. Ia jua perlu ada ilmu agama dan ilmu keduniaan untuk membolehkan menjadi suami yang berjaya menerajui rumah tanggan untuk berjaya di dunia dan juga mendapat kejayaan akhirat dengan semuanya keluarga hidup dalam bimbingan agama dan sentiasa mematuhi syariat dalam segala tindkan seharian.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.