RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday, 29 March 2015

BERCINTA SAMPAI SYURGA: Sifat Ringan Tulang Membantu Isteri di Rumah

Tip 5  :  Sentiasa bantu isteri melakukan kerja rumah
Pernah saya diajukan soalan bagaimana amalan membantu isteri membuat kerja rumah telah menjadi tugasan rutin. Sebenarnya  pada mulanya saya melakukan perkara ini adalah kerana kesian melihat isteri yang ‘alahan’ semasa mengandung anak sulung kami. Kerana ditakdirkan kami berdua begitu subur sekali, setelah berkahwin satu bulan isteri saya telah  hamil dan sering pening dan muntah-muntah, tak berselera nak makan.
Pada mulanya timbul perasaan kesihan yang amat sangat, saya langsung membantu kerja rumah seperti menyiang ikan, membersih sayur, mengosak kain-baju, mencuci dapur, halaman rumah. – Memasak nasi dan lauk pauk untuk dimakan olih seisi keluarga terutamanya pada hari cuti hujung minggu atau hari cuti umu. m. Saya tidak kekok melakukan kerja sebegini kerna saya telah mempunhai pengalaman semasa bujang dahulu. pernah membantu ibu di dapur pada hari pasar minggu, kerana hari  itu ibu saya amat sibuk sekali melayajn pelanggan yang membeli di kedai kami.. Saya sebagai anak lelaki tunggal terpaksa membantu ibu, kerana adik-adik pada masa itu masih kecil. mula-mula bantu memasak nasi, kemudian masak sayur, goreng ikan, gulai ikan dan pelbagai menu masakan. akhinya saya ada sedikit kemahiran untuk memasak. syukur kepada Allah atas hidayahNya.
Rutin ini menjadi satu tugas berterusan setelah mendapat anak kedua, ketiga dan seterunya hingga anak ke tujuh. Malah  hasrat awal hanya untuk membantu isteri bagi meringankan kerja-kerja rumah. Telah menjadi tugas sampingan yang utama kepada saya setelah isteri menjalani pembedahan otak pada awal tahun 2001. Kerana kesan daripada pembedahan berkenaan isteri  yang saya anggap wanita yang kedua tercantik selepas  ibu kandung, telah mengalami lumpuh sebelah tubuh (bahagian kanan) yang mengakibatkan tangan kanan tidak dapat berfugsi sepenuhnya dan kaki kanan tidak dapat berjalan, saat  itu isteri  telah jadi OKU.  Bermula pada peristiwa itu saya terpaksa membantu kesemua aktiviti penjagaan diri  isteri seperti, menyuapkan makan dan minuman, mandi manda, mebersih diri semasa baung air kecil dan besar, memakai pakaian  nmengambil wudu dan memakai kain telekung semasa hendak solat lima waktu.
Saya lakukan ini semuanya hampir dua tahun, setelah kesihatan isteri semakin bertambah baik (melalui rawatan hospital dan rawatan bomoh – tukang urut tradisional) dia mula boleh ke tadas dan berjalan perlahan-lahan dalam rumah.  

Rakan-rakan pernah juga  bertanya kepada saya, bagiamana perasaan saya melakukan kerja sebagai suri rumah dan juga tugas sebagai suami seperti mencari nafkah untuk keluarga ( pada masa itu saya memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di sebuah syarikat swasta).  Saya memberi tahu rakan bahawa, tugas yang agak berat itu menjadi rutin dan biasa sahaja kerana ianya mempunyai perinsip berikut:
1.    Dilakukan secara ikhlas sebagai satu amanah yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut syariat Islam. Bila dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab kepenatan dan keletihan tidak terasa walaupun pada masa itu umur saya telah menjangkau 50an. Malahan timbul satu keseronokan pula di sanubari saya atas dasar terpaksa menaggung ujian yang diberikan Allah kepada saya sebagai ketentuanNya bagi menguji sejauh mana keimanan, kesabaran dan ketaqwaan diri yang kerdil ini. Saya lebih komit untuk melakukanya bila ustaz memberitahu saya, setiap ujian Alllah terhadap hambaNya adalah salah satu cara yang dilakukan olehNya untuk menghapus dosa-dosa kita di masa lalu, jika kita dapat hadapi ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Subahanallah... 
2.  Setelah timbul kesedaran sebegini, minat dan komitmen saya untuk melakukan kerja-kerja  rumah semakin bertambah. apabila dah menjadi rutin, timbul perasaan kerajinan dan komitmen untuk buat semua kerja rumah. Sekarang ini timbul perasaan gembira dan seronok bila menu masakan yang dibuat  oleh saya mendapat pujian “sedap” oleh isteri, mertua, ibu dan anak-anak kami.. Malahan saya saban hari mengurus masa dengan begitu berkesan sekali, (sayak cuba mempraktikkan keadah pengurusan masa semasa belajar di Universiti dahulu. Iaitu semasa mengikuti ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek (1991).
Sikap suka membantu isteri membuat kerja rumah, terutamanya memasak menjadikan ianya satu hikmah bagi saya,  mungkin Allah telah mengtakdirkan diri saya suka memasak dan akhirnya mampu memasak pelbagai menu masakan, dan Allah telah menguji diri saya dengan memberikan kesakitan kekal kepada isteri  semenjak 2 Mac 21001 ( seluruh tangan dan kaki sebelah kanan isteri telah lumpuh). Semenjak tarikh itu saya telah mengambil alih segala tugasan rumah terutama kerja-kerja memasak di dapur untuk makanan seharian kami sekeluarga. Sehingga kini tugasan itu telah menjadi rutin seharian dan saya begitu bersyukur di atas rahmat Allah yang memberi ketabahan, kesabar dan keikhlasan untuk melaksanakan kerja-kerja rumah yang saya ambil alih dari isteri dan dapat di sempurnakan, kini telah menjangkau masa hampir 15 tahun. Alhamduliah atas hidayahMu Ya Allah.
Melihat kepada kesabaran dan ketabahan saya dalam menjalani bahtera rumah tangga kami, saya bergitu bersyukur dan berdoa agar Allah terus memberi hidayah kepada saya  untuk terus berkhidmat kepada ibu dan ibu mertua , isteri anak-anak dan cucu-cucu . Semoga sisa-sisa hidup yang tak seberapa tahun tinggal lagi ( Junjungan besar Nabi Muhammad telah mengatakan bahawa umatnya di akhir zaman akan hidup dalam lingkungan umur 60an hingga 70 an).
Perangai saya yang begitu rajin untuk membantu lakukan kerja-kerja rumah sebagai satu tugas rutin seharian, telah menyebabkan timbul perasaan negetif kepada anak-anak perempuan. Natijah dari sikap saya yang gemar membuat kerja-kerja di dapur menjadikan anak peermpuan kami, terutama anak yang bongsu mempunyi sikap lepas tangan dan kurang komitmen untuk melakukan kerja di dapur, Biasanya dia akan melengah-lengahkan kerja, menyebabkan saya terpaksa melakukannya. 

Sekali sekali timbul juga perasaan marah di hati saya. Tapi bila dihalusi kembali bahawa timbul sikap sebegitu adalah salah didikan saya sendiri semasa anak-anak masih  kecil dahulu, Saya tidak begitu memberi galakan  kepada mereka  untuk melakukan kerja-kerja memasak di dapur. Oleh itu para ibu bapa yang mempunyai anak perempuan perlu memberi tugas kepada mereka untuk berjinak-jinak dengan kerja-kerja rumah bagi memberi pendedahan dan membiasakan dirinya sebagai persiapan masa dewasa kelak.

Kesimpulannya suami sepatutnya sentiasa membantu isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerana sifat suka membantu isteri itu akan melahirkan perasaan hormat isteri kepada suami. Situasi ini akan memberi kebaikan dalam hubungan rumah tangga di antara suami dan isteril. Situasi sebegini akan timbul perasaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri dengan lebih jitu lagi.. Ia dalah salah satu kunci utama untuk melahirkan susana kerukunan dan kebahagian rumah tangga. - rumah ku syurga ku. InsyaAlllah.
Untuk lebih terperinci boleh didapati dari  buku saya "Bercinta Sampai Syurga"
 
Wallahu'lam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.