RAWATAN UNTUK SIHIR DAN SANTAU
Setelah penulis disahkan terkena sihir atau santau, keadaan gangguan semakin hari semakin parah, sampai satu ketika penulis akan menjadi cemas dan takut akan mati apabila sahaja mendemgar berita kematian orang yang dikenali atau saudara rapat.
Kebiasaannya apabila sahaja penulis mendengar berita kematian, secara tiba-tiba akan berlaku satu perasaan terdapat tekanan di dalam kepala, kekadang perasaan di kepala ada benda yang menekannya sehingga mata berpinar dan badan akan terasa seperti ditimpa oleh benda berat. lutut akan mengigil untuk berjalan. Badan akan berpeluh dan mengigil .
Kebiasaan perasan ini berlaku pada waktu hampir tengah hari - hampir dengan waktu solat fardu Zohor, Oleh kerana kekerapan yang terlampu banyak berlaku situasi ini, penulis mengambil keputusan untuk mendapat rawatan dari Ustaz yang boleh merawat secara Islam. Penulis pernah pergi mendapat rawatan di Darul Syiffa, di Bangi Kuala Lumpur.
Prosidur rawatan, biasanya pesakit diminta duduk di atas sejadah, dimintaa membaca al fatihah dan diikuti bacaan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ustaz akan membaca beberapa ayat-ayat suci Al Quran dan juga diberi "Air tawar". diminta minum dengan beberapa petua yang perlu dipatuhi.
Pengalaman penulis dalam usaha merawat terkena sihir atau diganggu makhluk halus, Kaedah rawatan melalui ubatan yang di sediakan oleh Doktor perlu di patuhi pemakananya. Apa yang saya alami semasa gangguan begitu kuat, kadang kala kita tidak dapat menahan gangguan dengan menggunakan air tawar (air jampi). Maka tindakan memakan ubat penenang fikiran yang disediakan oleh Doktor perlu dipatuhi sepenuhnya.
Pengalam saya ubat menenangkkan fikiran spereti Alpazolam 5mg atau 0.5 mg (zanex) perlu juga digunakan secara bersama dengan ubatan lain. Ini amat penting jika gangguan emosi yang kuat apabila sihir atau santau masih kuat menyerang kita, Jika kita tidak makan ubat yang disediakan oleh doktor, takut-takut akan berlaku gangguan yang amat kuat jika kita seorang yang tidak kuat ketahanan minda, akan menyebabkan berlaku kepada penyakit yang boleh mengurangkan minat dan tanggung jawab, Berlaku kemurungan. Jika situasi ini dibiarkan berpanjang boleh menjadikan seseorang itu gila .... semoga dijauhkan Allah.
Melalui pengalaman saya, jika kita pergi berubat melalui bomoh tradisional, penyakit dapat di kawal untuk seketika sahaja kadang kala berlaku di masa saya minum air tawar yang di sediakan oleh bomoh dapat menahan perasaan takut untuk seketika sahaja. selepas beberapa minggu berubat sakit akan kemhali semula.. Menyebabkan kita terpaksa ulang alik ke rumah bomoh untuk beberapa kali. panyakit bukannya sembuh 100 % hanya dapat bertahan sahaja......
Salah satu cara untuk merawat penyakit akibat di sihir atau di ganggu makhluk halus, Pesakit perlu kerapkali membaca ayat ayat suci al Quran. diantara ayat-ayat atau surah yang perlu diamalkan, jika boleh setiap hari seperti surah Al Bakarah, Al Mulk, 'Ar Rahman, Surah Jin, disamping selalu membaca surah pendek seperti 3 kul. Penggalam saya jika gangguan termat kuat saya akan membaca surah A Bakarah. msa yang di ambil lebih kurang satu jam s.etengah. Apabila sudah membaca surah Al Baqarah, saya rasakan lebih berkayakinan, perasaan berdebar-debar mula berkurangan.
Satu lagi amalan yang saya dapati berkesan untuk menghalang gangguan sihir atau santau menganggui diri kita ialah dengan membaca zikir sebanyak 10 ribu kali. Berzikir Lailahhaillah sebanyak 10 ribu kali pernah saya amalkan. Untuk mengamalkannya ianya mengambil masa hampir tiga jam. Pernah saya melakukan zikir ini pada jam 2 pagi dan disempurnakan samapi pukul 5 pagi.
Alhamdulillah dengan izin Allah gangguan mula berkurangan, perasaan takut dan berdebar telah dapat di kawal. Mengikut ustaz yang memberitahu kepada saya supaya mengamalkan zikir ini, kerana katanya bila kita berzikir dengan penhu khusuk ianya akan menjadikan badan kita kuat dari dimasuki oleh iblis atau syaitan. Jika ia masukpun hanya untuk seketika sahaja, kemudian mereka akan keluar kembali kerana kepanasan.
Alhamdulillah dengan izin Allah gangguan mula berkurangan, perasaan takut dan berdebar telah dapat di kawal. Mengikut ustaz yang memberitahu kepada saya supaya mengamalkan zikir ini, kerana katanya bila kita berzikir dengan penhu khusuk ianya akan menjadikan badan kita kuat dari dimasuki oleh iblis atau syaitan. Jika ia masukpun hanya untuk seketika sahaja, kemudian mereka akan keluar kembali kerana kepanasan.
Daripada apa yang saya alami itu dapat dirumuskan bahawa jika kita diganggun oleh makhluk halus maka kita mestilah mempunyai kekutan mental untuk melawannya. kita juga perlu sentiasa bersolat tanpa tinggal 5 waktu, perbanyakan berzikir dan membaca Quran setiap hari. Membaca ayat-ayat Quran "Rukyah" dan juga sentiasa mengambil wudud.(seboleh-bolehnya wudud sentiasa ada). Disamping itu ubat yang diberi oleh doktor perlu di makan untuk mengawal emosi supaya tidak tertekan dan mengelakkan berlaku kemurungan
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.