RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 1 April 2015

PERANAN SUAMI ISTERI UNTUK CAPAI KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA BAHAGIA:


Menjadi idaman semua suami dan isteri yang berkahwin adalah untuk mencapai matlamat pembentukan Keluarga Bahagia, sungguh pun begitu tidak semua pasangan mencapai kejayaan dalam perkahwinan mereka. Malah dalam melayari bahtera perkahwinan banyak ranjau dan rintangan yang terpaksa ditepuhi sebagaimana sebuah kapal yang berlayar di lautan dalam akan menghadapi rintangan angin , ribut, gelora dan  pelbagai cabaran lagi. Bagi suami yang tidak kaut ketahanan minda dan siasah untuk mengurus keluarga akan kecundang di pertengahan jalan.

Oleh itu untuk memcapai matlamat yang murni itu, suami dan isteri mestilah mempunyai ilmu serta sikap yang positif dan proaktif untuk membolehkan mereka berdua saling bantu-membantu dalam menjalankan kehidupan berumah tangga. Salah satu cara memperolehi ilmu ialah dengan menjalani kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, serta mendapat iktibar daripada mereka yang berpengalaman dan telah berjaya mencapai matlamat pembentukan keluarga bahagia.

Artikel ini mengemukakan beberapa petua yang telah diamalkan oleh mereka yang berjaya membentuk keluarga bahagia disepanjang kehidupan mereka sebagai suami isteri. Diantra petua-petua yang disarankan ialah:

1.       Anggap Pasangan Seperti Diri Sendiri:

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, disayangani, dikasihi dan dihormati. Menjadi naluri setiap insan untuk mendapat kasih sayang dan belaian lebih-lebih lagi  bagi pasangan suami isteri. Jika suami isteri dapat menghayati petua ini, ia akan saling berhati-berhati dalam melakukan apa jua tindakan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan pasangan masing-masing.
Kelazimannya bagi rumah tangga yang bermasalah suami dan isteri dengan ego masing-masing dan cuba menegakkan benang basah perasaan hormat kepada orang lain telah luntur. Berlainan sekali semasa merekan dalam  alam percintaan dahulu, keutamaan menjaga hati pasangan di amalakan dalam setiap gerak geri dalam pergaulan seharian. Oleh itu perlulah dikekalkan sikap saling menjaga hati pasangan.. Pasangan kita adalah cermin diri kita sendiri. Kemanapun kita pergi potret wajah pasangan kita perlu dibawa bersama. Tidakan sebegini jika diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2.       Isteri Kita Bukan Pembantu Rumah:

Majoriti suami beranggapan kerja-kerja rumah adalah tanggung jawab isteri sepenuhnya. Sedangkan dalam Islam tidak ada nas yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma ajaran Islam mengatakan  wanita yang berkahwin perlu taat Allah dan suami. Menjaga maruah dan harta suami dengan sebaik-baiknya akan dimasukkan ke dalam syurga. Atas jaminan inilah ramai wanita yang tidak ambil berkira dengan kerja-kera rumah yang mereka lakukan selama ini. Sedangkan pihak lelaki pula mengambil kesempatan situasi ini untuk menjadikan satu budaya bahawa kerja-kerja rumah perlu dilakukan sepenuhnya oleh isteri.

3.       Isteri Adalah Manusia Biasa:

Isteri adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan  emosi. Jika mereka gembira dengan apa yang dilakukan maka perasaan dan emosi mereka akan tenang dan berada dalam suasana riang  dan gembira. 

Sebaliknya jika mereka dalam keadaan tertekan dan tidak reda dengan apa yang berlaku, maka perasaan akan berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang dihadapi. Jika suami tidak pandai amabil hati dan menjaga perasaan isteri sewaktu begini. Berkemungkinan orang ketiga akan mengambil kesempatan untuk masuk campur, sekiranya orang ketiga itu dari kalangan keluarga atau ipai duai maka akan timbul ketegangan perhubungan diantara isteri dan suami, dan lebih parah lagi jika orang ketiga itu adalah lelaki lain seperti rakan sekejra atau rakan seperniagaan maka akan berlakulan luahan perassan kepada rakan yang simpati dengan tekanan yang dihadapinya , jika tidak dikawal perasan boleh berlaku perbuatan menumpang kasih dan akhirnya berlaku perhubungan yang rengang diantara suami isteri dan jika dibiarkan berlarutan boleh memporak perandakan rumah tangga.

Oleh itu suami sebagai peneraju utama dalam memimpin rumah tangga perlulah sentiasa mengambil berat tentang masalah dan tekanan yang di hadapi oleh isteri dan cuba mengatasinya dengan sebaik mungkin dan dalam kadar yang segera. Jika tindakan ini diambil oleh suami pada setiap masa kerukunan rumah tangga dapat dikekalkan dan Keluarga Bahagian dapat direalisasikan.

4.       Suami Bantu Ringankan Tugas Isteri:

Suami perlu turun padang dan ‘bercawat kotel’ untuk sama-sama membantu isteri di rumah, terutamnya pada hari minggu dan cuti umum. Jika pada hari-hari biasa isteri bertungkus lumus untuk menyaipkan kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih lantai, mencui pakaian dan berkemas rumah untuk keselesaan keluarga. Sekali sekali pada cuti hujung minggu jika suami turut sama membantu isteri mengemas rumah dan mencuci kawasan rumah adalah satu bentuk kerjasama yang akan mengembirakan isteri. Jika suami tidak padai memasak, boleh membantu isteri memasak seperti goring ikan atau telor. Cuba kita perhatikan bagaimana kegembiraan isteri apabila makan masakan yang disediakan oleh suami.

5.       Sentiasa Ingat Tarikh Penting:

Menjadi naluri manusia suka dihargai dan dipuji, Jika suami membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada isteri pada tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkawinan, hari ibu dan sebagainya, betapa gembiranya isteri. Tindakan ini boleh mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang dan rasa cinta isteri kepada suami. Untuk mengigatinya tak perlu kepada hadiah yang berharga, cukup dengan sekuntum bunga atau kad ucapan telah memadai, tetapi jika suami orang berada adalah lebih baik memberi hadiah istemewa  mengikut kemapuan.

Amalan sebegini akan memberi kesan yang mendalam di naluri isteri. Cinta dan kasih sayang isteri kepada suami akan bertambah kukuh dan jitu. Situasi sebegini amat membantu dalam membina Keluraga Bahagia.

6.       Bawa Isteri Berehat:

Telah menjadi kebiasaan bagi suami untuk meninggalkan isteri kerana mempunyai tugas di luar kawasan. Sekali sekali bawalah isteri untuk berihat di tempat percutian dan peranginan. Bila suami dan isteri bersama berehat di temapat sebegini akan melahirkan perasaan kegembiraan kepada isteri kerana suami menghargai segala penat lelah isteri menjalankan kerja-kerja rumah. 

Percutian ini juga akan memberi keyakinan kepada isteri bahawa suaminya seorang yang bertanggung jawab kepada isteri dan keluarga. Apabila suami ada tugas luar untuk beberapa hari, isteri tidak ada perasaan cemburu atau syak wasangka. Suasana sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri setiap masa.

7.       Ciuman Kahs Untuk Isteri:

Cuba kita tanyakan diri sendiri berapa kerapkah kita mencium isteri yang sendang berihat kerana kepenatan setelah melakukan kerja rumah. Jika jawabnya sering dilakukan, maka kita adalah suami yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggung jawab. Jika jawabannya sudah lama tidak dilakukan atau tak pernah lakukan, maka kita perlu buat perubahan segera untuk lakukanya. Tahukah kita bahawa ciuman suami samada di dahi atau dibibir semasa isteri rehat akan dapat menghilangkan perasaan penat isteri. Begitulah anjaibnya kuasa ciuman suami terhadap isterinya.

8.       Dengar Pendapat Isteri:

Suami isteri perlu amalkan sikap terbuka dalam membincangkan sesuatu isu keluarga. Bawa bebincang dengan isteri untuk selesaikan sesuatu masalah, bila isteri memberi pendapat suami patut mendengarnya dan laksanakan pendapat isteri jika ianya satu pendapat yang baik dan praktikal. Sentiasa berbincang bersama dalam merancang masa depan keluarga. Beri peluang kepada isteri untuk sama-sama memberi sumbangan idea tidak kira ianya seorang yang berkelulusan tinggi atau sekolah menengah sahaja. 

Jika isteri sering diberi peluang untuk memberi pendapat akan menjadikan ianya berkeyakinan diri dan bertambah matang dalam menyelesaikan masalah keluarga. Pada masa-masa tertentu jika ketiadaan suami di rumah dan berlaku sesuatu masalah rumit  akan membolehkan isteri membuat keputusan yang tepat dalam mencari penyelesaian.

9.       Beri Pujian Kepada Isteri:

Amalan memberi pujian kepada isteri seperti memuji kecantikan dan kekemasan dirinya adalah satu tindakan yang dapat menaikan semangat isteri. Pujian suami yang dilakukan saban masa dapat memperbaharui perasaan cinta dan kasih sayang isteri kepada suami. Pujian ini lebih bermakana kepada isteri apabila ianya telah dimamah usia  dan kekuatan dirinya semakin luntur.

10, Penuhi Hajat Isteri:

Tidak semua hajat isteri dapat dipenuhi oleh suami. Namun begitu bukan semua hajat isteri itu memerlukan perbelanjaan yang besar untuk ditunaikannya. Kadangkala hajat isteri hanya inginkan suami becuti dan tinggal di rumah seharian bersamanya, itu saja. Jika suami yang perihatin sekali-sekala bila ada permintaan isteri untuk sesuatu perkara dia akan sedaya upaya menunaikannya. Alangkan gembiranya isteri bila hajatnya ditunaikan oleh suami tersayang, dia merasakan dirinya di hargai dan disayangi oleh suami.Ini akan meningkatkan lagi aura kasih sayang isteri kepada suami. Jalinan kasih sayang yang amat kuat dan jitu ini adalah salah satu faktor penting untuk capai matlamat Keluarga Bahagia

Tip-tip di atas pernah menjadi amalan dalam kehidupan penulis dalam hidup berumah tangga. Saya telah amalkan semenjak 35 tahun lalu sehingga kini.. Apabila tempoh perkahwinan kami menjangkau usia 20 tahun, isteri di serang stroke dan lumpuh sebelah tubuh. Oleh kerana saya telah amalkan tip-tip di atas, saya mampu menempuh dugaan perit ini untuk menjaga isteri yang lumpuh yang memerlukan pertolongan sepanjang masa.. 

Alhamdulillah. setelah menjaga isteri lebih  15 tahun, beliau beransur pulih dan kini telah dapat kembali sembuh sebagai manusia normal (90%). kecuali jari tangan sahaja yang tidak didapat  digerakkan. Pemikiran dan ingatan isteri telah kembali normal.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.