RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 30 March 2015

GURAU SENDA SUAMI ISTERI DAPAT ERATKAN JALINAN CITA

SUAMI MITHALI : Tip 9 - Seringkali bergurau senda dengan isteri.



Tip 9  Seringkali bergurau senda dengan isteri.
                                                        
Apa yang saya amalkan berkaitan dengan tip ini ialah semasa saya dan isteri berduaan dalam perjalanan jauh secara berkereta, saya akan memuji  isteri,  iaitu tentang  kecatikannya, kadang kala ada juga saya memegang jari jemari atau tangan isteri sambil mengusap manja, ini mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi oleh suaminya. Keadah ini juga dilakukan untuk membolehkan perkongsian masalah anak-anak di antara suami isteri  bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami yang dihadapi dari masa ke semasa.

Alhamdulilah, kaedah ini telah mebuahkan banyak hasil untuk mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan juga dapat mengatasi segala kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini merupakan satu keadah bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam secara lebih berkesan. Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa yang paling efektif dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang lain.

Bergurau senda sebelum kami tidur setiap malam juga adalah amalan runtin yang di amalkan oleh saya. Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah paling sesuai kerana pada masa ini saya akan memeluk isterinya dan memberi kata-kata pujian tentang kecantikan dan kebaikan isteri. Jika ini dilakukan akan membolehkan isteri terasa dia disayangi dan apabila kami tidur dalam keadaan kegembiraan akan melahirkan aura positif dalam diri dan diikuti dengan mimpi yang indah-indah yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan kita apabila bangkit dari tidur ke esokan harinya. Saya dapat merasi betapa tenang dan sihatnya tubuh badan saya, Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmatMU yang Allah.

Jika kita sentiasa bergurau senda bersama isteri setiap malam, akan dapat mengurangkan perasaan stress yang kita alami pada sebelah pagi dan petang sebelumnya. Gurau senda yang dilakukan di antara suami dan isteri akan melahirkan hormon positif dalam tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang baik untuk kesihatan kita suami dan isteri.

Kekadang saya pernah juga menggunakan kesempatan masa yang ada semasa kami berhubungan  
melalui telefon, biasanya saya akan selit perbualan yang bersifat gurau senda dan joke diantara suami isteri apabila selesai  sahaja perkara utama yang kami ingin bincangkan. Keadah ini saya dapati hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat di pupuk saban masa bagi mengekalkan kebahagian yang telah kami kecapi dan nikmati selama ini. Alhamdulillah.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.