RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 31 March 2015

TEGUR ISTERI DENGAN HIKMAH DAN KASIH SAYANG

SUAMI MITHALI : Sentiasa tegur isteri dengan hikmah dan kasih sayang



Tip 23 :  Sentiasa tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.

Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, kebingungan, hiba dan memberontak. Silap strategi menegur boleh meruntuhkan kebahagian rumah tangga, akan  berlaku cerai berai.

Amalan menegur isteri secara hikmah telah saya amalkan sememjak awal perkahwinan kami lagi. Sifat menegur kesilapan isteri dengan hikmah ini dilakukan keranan saya telah mengenali dan memahami jiwa isteri yang amat sensitif dan bila saya marah saya mempunyai perasan dendam yang agak lama untuk dilupai. Jika silap-silap haribulan teguran yang membina terhadap kesilapan kecil yang dilakukan oleh isteri, akan bertukar menjadi satu “perang besar” kepada rumah tangga kami. Jika situasi inilah yang berlaku, boleh di ibaratkan sebagai “tikus membaiki labu”. Oleh itu setiap suami perlulah mempunyai ilmu dalam pelbagai aspek kehidupan jika ingin menjadi suami dan pemimpin keluarga yang Berjaya untuk memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan juga kebahagian di akhirat nanti.

Sikap suami yang sentiasa berfikir panjang dan berhikmah serta berhimah dalam memberi teguran kepada isteri atau juga kepada keluarga, menjadikan hubungan saya sebagai suami dapat bertahan sehingg ke hari ini tanpa sebarang pergaduhan  besar dalam rumah tangga kami. Situasi sebegini hanya boleh berlaku jika suami adalah seorang yang berilmu, terutamanya berilmu tentang saikologi rumah tangga. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam saikologi rumah tangga ialah bagaimana mempunyai kemahiran untuk membolehkan komunikasi berkesan. Iaitu satu kemahiran untuk berkomunikasi dengan isteri dengan mengambil kira suasana persekitaran dan juga keberkesanan komunikasi, lebih lebih lagi semasa suami hendak menasihati Isteri yang telah melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja .

Amalan menegur isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang akan mengelakkan diri si suami untuk memberi teguran secara seborono atau kasar yang boleh menimbulkan ketengan perhubungan sumai dan isteri. Jika tindakan mengur isteri oleh suami yang tidak berhemah , akan menjadikan teguran itu sebagai sebutir bom yang boleh meletup dan membakar kegemilangan dan keutuhan ikatan rumah tangga. Jika silap hari bulan teguran si suami tidak memberi pengajaran untuk si isteri berubah, sebaliknya akan menimbulkan perasaan benci, marah dan dedam kesumat isteri terhadap si suami. Jika situasi ini berlaku a akan memberi kesan yang begitu bersar terhadap perhubungan dan kasih sayang rumah tangga. Kebahagian dan kerukunan rumah tangga boleh runtuh dibuatnya. Mintak dijauhkan Ya Allah.

Alhamdulillah saya memanjat kesyukuran ke hadarat Allah SWT setelah ianya menganugerahkan rahmat dan hidayah  kepada dirinya dan keluarga sehingga membolehkan kami hidup dengan keceriaan dan kebahagian.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.