RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 2 April 2015

SUAMI PERLU MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENGURUS STRES

SUAMI MITHALI : Mahir mengurus stress.

Tip 31 : Mahir Mengurus stress:

Saya amat besyukur kerana semasa menjawat jawatan sebagai Penyelaras Projek Kanan di salah satu agensi kerajaan pada tahun 1989-1990 dahulu telah dilatih untuk menjadi Jurulatih atau fasilitator. Berperanan sebagai Fasilitator kepada pegawai awam untuk mengikuti kursus seperti Kepimpinan, Pengurusan Projek, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja. Kerja Berpasukan, Inovatif dan Kreatif, dan pelbagai tajuk lagi. hasil pengalaman ini amat membantu saya dalam mengurus stress dalam rumah tangga saya, ini amat penting apabila saya terpaksa mengurus dan menjaga isteri yang lumpuh sejak 14 tahun lalu.

Dengan sedikit ilmu mengurus stress yang dikurniakan oleh Allah kepada saya, Alhamdulillah saya dapat menghadapi segala kerumitan dan kesusahan tanpa mengalami stress yang begitu ketara.
.
Salah satu sikap yang saya amalkan dalam mengurs stress ialah meletakkan segala kejadian yang berlaku ke atas saya dan keluarga,  atas kehendak dan takdir Allah. Disusuli dengan tindakan saya menghisbah (audit diri) sendiri dahulu sebelum hendak meletakkan sesuatu kejadian berlaku disebabkan oleh orang lain. Bila saya mempunyai tabiat sebegini, fikiran lebih tertumpu kepada kehendak Allah. Bila meletakkan sebab mus terhadap dosa-dosa kita yang lampau, maka kita tidak akan ada perasaan untuk memarahi orang lain. situasi sebegini bila jadi budaya dalam kehidupan kita, maka kita dapat mengawal marah terhadap orang lain.  bila kita tidak suka memarahi orang lain, kadar hormon yang boleh menyebabkan kita stress akan berkurangan.

Pernah satu hari kereta saya telah di langgar dari berlakang, kemalangan itu menyebabkan kereta saya rosak di bonet belakang. Setelah saya memberhentikan kereta di bahu jalan, dan tuanpunya kereta yang melanggar kereta saya datang menemui saya untuk berbincang.  Penyelesaian kami adalah masing-masing membuat laporan polis dan membuat tuntutan kepada syarikat insurance yang berakaitan.  Kami hanya memerlukan masa kurang 20 minit untuk selesaikan kes kemalangan kami berdua. Cuba bayangkan jika saya mengambil sikap menuntut kebenaran dimana mengikut amalan biasa, kereta yang melanggar dari belakang adalah yang bertanggung jawab untuk menganggun kos baiki kereta  yang di langgarnya. Sudah tentu akan mengambil masa yang lama dan juga timbul suasana tegang semasa pebicangan. Kerana tuapunya kereta yang melanggar akan memberi pelbagai alasan dan juga akan cuba mencari kesalahan kereta di hadapan seperti menekan brek secara mengejut. jalan licin dan berbagai alasan lagi.Pertengkaaran sebegini akan menimbulkan stress.


Semasa saya bekerja di syarikat swasta, pergolakan dalaman syarikat berlaku di peringkat pengursan, dimana ada satu kumpulan cuba mengugat kedukan Pegarah Urusan dan memberi memorandun kepada Pihak Berkuasa Negeri, Bila situasi menjadi semakin rumit dan tegang, saya cuba dipengaruhi oleh kedua-dua belah pihak untuk menyokong kumpulan masing-masing. Dalam situasi sebegini saya mengambil sikap berpihak kepada yang benar,  dalam kes ini saya berpihak kepada kumpulan yang menyokong Pengarah Urusan, memandangkan beliau telah membawa banyak perubahan untuk kepetingan syarikat semenjak menerajuinya. Bagi menyelesaikan perbalahan itu saya mengambil inisiatif menjadi pihak ketiga yang menegakkan kebenaran dan membuat memorandum balas kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Alhamdulillah dapat diselesaikan  dan ditegakkan kebenaran setelah PBN telah mengekalkan status Pengarah Urusan. Saya juga dapat mendamaikan di antara dua belah pihak. Kes ini sebagai satu iktibar bagi saya jika kita mengambil sikap bertenang dan sentiasa merujuk kepada perintah agama dalam usaha menyelesaikan masalah . ianya dapat diselsaikan dengan baik dan kita dapat kurangkan stress dalam kehidupan kita.

Dapat disimpulkan dalam masalah mengurus stress ini seorang saumi mestilah mempunyai kemahiran bagaimana hendak mengurus stress dalam keluarga, oleh itu suami mestilah  bersikap terbuka dan mempuyai minda yang menerima konsep pembelajaran sepanjang hayat. Sekiranya suami tidak mempunyai ilmu dia hendaklah memberi kesanggupan untuk belajar dari masa ke semasa.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.