SUAMI MITHALI : Jadilah suami yang pemaaf
Tip 22 : Jadilah suami yang pemaaf.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami apabila seorang wanita telah berkahwin. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan suami isteri mudah masuk syurga.
Tip ini merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan berumah tangga, namum begitu, dalam realiti kehidupan ianya amat sukar untuk dipratikkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Memandangkan memang tabiat semula jadi orang lelaki egonya amat tinggi. Lebih- lebih lagi peranannya sebagai suami yang di amanahkan sebagai ketua keluarga yang mempunyai tanggung jawab yang bersar terahadap kebajikan dan kepentingan keluarga. Lebih payah lagi apabila suami seorang yang berpelajaran tinggi dan isterinya pula berkelulusan sekolah menengah sahaja.
Memang amat payah bagi seorang suami untuk membuang sifat “bengisnya” yang telah menjadi naluri lelaki. Kadangklan bila dalam kes-kes tertentu suami merasakan ianya betul dalam semua perkara dan akan memarahi isteri yang telah melakukan kesilapan. Isterinya pula mempunyai sifat amat sensitif yang melapau, sebagai contoh suami yang baru pulang dari kerja dengan perasaan letih dan stress dengan masalah di pejabat, bila tiba di rumah belumpun sempat duduk, isteri telah meleter marah-marah kerana si suami terlupa membeli barang yang dipesan oleh isteri. Kesilapan sedikit itu boleh menjadi kecoh bila masing-masing cuba menegak kebenaran masing-masing.
Berkaitan isu menjadi pemaaf ini si suami mestilah mempunyai kemahiran dan faham aspek saikologi wanita. Jika ianya mempunyai kemahiran untuk mengatasi perasaan marah yang berlebihan, maka akan mudahlah bagi suami menjadi seorang yang pemaaf. “:Lagikan nabi maafkan umatnya”.
Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa sifat pemarah adalah kawan syaitan yang mempunyai peranan untuk melalaikan manusia dari mematuhi perentah Allah. Untuk itu jika kita dalam keadaan marah, maka kita perlu mengikut petua-petua yang di ajar oleh Rasullah SAW bagimana untuk mengawal marah. “ Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah nescaraya perasan marah dapat di kawal. Jika telah duduk, ubah posisi supaya berbaring. Jika perasaan marah juga tidak dapat dikawal, kita disarankan supaya pergi mengambil wudud, kerana air wudud yang sejuk itu dapat mengawal perasaan marah bara api yang dinyalakan oleh syaitan.
Suami yang pemaaf akan mendapat kasih sayang yang jitu daripada anak-anak mereka. Kerana orang yang pemaaf dapat mengawal perasaannya bila menghadapi sesuatu isu. Orang pemaaf akan membuat kajian lebih terperinci berkaitan sesuatu isu yang berbangkit. Jika di analisa berlakunya sesuatu masalah di kalangan anak-anak disebabkan oleh beberapa faktor ada yang boleh dikawal dan juga yang diluar kawalan. Jika kita sebagai ketua keluarga seorang pemaaf akan memberi maaf kepada kesalahan pertama. Situasi sebegini amat diperlukan bagi membaiki perilaku anak-anak yang sedang membesar dalam persekitaran yang penuh cabaran mutakhir ini.
Anak yang pernah melakukan kesalahan perlu diberi kaunseling yang sebaikannya oleh bapa dan ibu kerana dengan memberi nasihat yang rasional dapat memberi kesedaran kepada anak-anak supaya tidak melakukan kesalahan yang sama di masa hasapan. Setelah anak mengaku yang ianya tersilap dan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan itu, ibu bapa perlulah mengambil sikap pemaaf dengan memberi maaf terhadap keselahan anak-anak. Bila kita memberil maaf ia akan dapat memulihkan hubungan kekeluargaan di antara Bila kita memberil maaf ia akan dapat memulihkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Orang yang pemaaf akan mendapati ianya disukai oleh ramai orang dari kalangan pelbagai lapisan. Jika kita pemaaf hidup kita menjadi tenang, kerana sifat pemaaf yang ada pada diri seserong menyebaban dia akan mempunyai ramai kawan. Hidup yang dikelilingi ramai kawan itu akan memudahkan segala urusan yang akan kita lakukan, kerana jika timbul kesulitan akan ada sahaja orang yang sanggup membantu kita.
Wallahu;alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.