RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 3 April 2015

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ISTERI BILA SUAMI DIDAPATI CURANG

Suami Curang?  Apakah Tindakan Yang Perlu Isteri Lakukan


Apabila Suami Berlaku Curang? Isteri Perlu Ambil Tindakan Positif Berikut:

Kenapa suami mula berlaku curang terhadap isteri, sedangkan semasa mula berkahwin dahulu suami dan isteri telah berjanjai untuk sehidup semati dalam membahterai rumah tangga mereka. Apakah puncanya suami berlaku curang ?

“Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati bahawa; antara punca utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curangatau isteri enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.”

 Kajian ini menjadi salah satu sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan seorang suami. Dek kecurangan suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Berhati-hati dengan suami curang jika terus di biarkan boleh meruntuhkan rumah tangga dan kesan yang paling ketara adalah penderitaan dan tekanan kepada anak-anak pasangan yang bercerai.

Beberapa  Langkah Yang Perlu Isteri Lakukan Apabila Berdepan Masalah Kecurangan Suami.
Awas suami curang. Hati mana yang tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Namun, jangan sesekali mudah putus harapan dan terus ingin berpisah. Perkahwinan anda masih boleh diselamatkan. Cuba anda buat anlisa apakah puncanya adakah disebabkan oleh sikap anda sendiri yang mengabaikan segala keperluanya atau ada unsur-unsur luaraan yang mempengaruhi suami anda.

Berikut 5 langkah yang boleh anda lakukan jika berdepan dengan masalah ini:
·        Dekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berdoa mohon hidyah-Nyal
·        Jangan ikutkan hati dan ingin terus meninggalkannya
  • Jangan ambil sikap tidak peduli
  • Ambil masa redakan tekanan perasaan
  • Dapatkan sokongan dan nasihat


Dekati Allah dengan memperbanyak doa dan mempertingkat amalan
Kadang-kala kita mungkin tidak sedar bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Tuhan yang  Maha Agung iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang dan bahagia hidupnya. Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung dengan-Nya.
ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menyeru agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya,
“…Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)

 Jangan ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya
Sebagai seorang isteri yang masih sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap akan mengekori.

Jangan ambil sikap tidak peduli
Bersikap tidak peduli seolah-olah menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal mereka sudah tahu akan perkara tersebut.

Si isteri beranggapan dengan cara membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu. Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil peduli.

Ambil masa redakan tekanan dan perasaan terhadap suami curang
Jiwa mana yang akan tenang bila menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.

Dapatkan sokongan dan nasihat daripada orang yang berpengalaman
Jika keadaan makin rumit dan sukar untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti  akan menerangi kembali. Wahai suami curang, kasihanilah isteri kamu yang telah berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat kamu.

Dan ingatlah jika pada hari ini kita menzalimi isteri dengan berlaku curang dengan wanita di luar sana, tetapi nantilah masanya suami juga akan di beri kifarah oleh Allah pada suatu masa nanti dan beekemungkinan ianya lebih parah daripada apa yang dirasai oleh kita pada masa ini.

Wallahu'alam.

Sumber: Bidadari.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.