SUAMI MITHLI : Tip 15 - Penampilan diri yang kemas, bersih,wangi, sihat dan ceria setiap masa..
Tip 15 : Penampilann diri yang kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria setiap masa.
Penampilan segak, kemasa, bersih dan wangi merupakan satu amalan yang telah menjadi sebagai satu budaya bagi saya. Mungkin saya mewarisi sikap ayah yang merupakan seorang bekas Penyelia Imam di sebuah Mukim Masjid di satu Daerah awal tahun 60an hingga 70an dahulu.
Penampilan kemas ini lebih terserlah setelah saya dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri (ADO) pada tahun 1980. Amalan penampilan kemas dan bersih serta segak adalah satu etika kerja yang perlu dipatuhi, lebih-lebih lagi semasa saya bertugas di daerah sebagai ADO ianya juga dilantik sebagai Majestrit, dimana pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat, kadangkala Pegawai Polis berpangkat Inspektor akan datang ke kediaman rasmi saya untuk membuat tahanan reman bagi tertuduh yang melakukan kesalahan jenayah. Oleh itu saya semestinya berada dalam keadaan bersiap sedia dengan pakaian yang kemas dan rapi, bagi memperlihatkan reputasi sebagai pegawai awam yang mempunyai intergriti.
Amalan ini telah menjadi sebagai satu budaya dalam keluraga kami.. Isteri umpamanya walaupun ianya seorang suri rumah sepenuh masa dengan tujuh orang anak, tetapi pakian seharian sentiasa kemas,rapi dan bersih. Satu amalan yang saya amat menyanjungi tabiat isteri saya ialah suka berhias untuk suami, pada waktu pagi setelah selesai solat subuh dia akan mempastinya dirinya dalam keadaan berhias sentiasa, terutamanya pada masa dia mengucapkan selamat jalan kepada saya yang hendak ke pejabat. Amalan ini mebuat saya sentiasa ceria bila hendak menigalkan rumah untuk kepejabat atau berurusan di luar rumah. Hati saya sentiasa teringat tentang keanggunan isteri dan ia tersemat di naluri pada setiap masa. Suasana sebegini dapat menghindar diri saya daripada menaruh perasaan minat kepada perempuan lain diluar sana. Syaitan telah dapat digagalkan dripada mempengaruhi saya untuk melakukan perkara maksiat apabila saya menjalankan kerja luar ‘outstation’.
Satu peristiwa yang masih menjadi ingatan saya sehingga ke hari ini ialah pada tahun 1985 saya ditugas di sebuah daerah yang bersempadan dengan negeri Thailand. Ketua Jabatan saya telah mengajak saya dan beberapa orang pegawai lain untuk melakukan lawatan kerja ke salah satu Wilayah di Selatan Thailand. Pada satu malam kami dibawa untuk melawat ke pusat hiburan di sekitar bandar utama Wilayah bereknaan. Semasa dipelawa supaya saya memilih wanita yang akan dijadikan teman setidur di hotel, saya dapat mengawal nafsu syaitan yang bertopengkan mausia. Alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan satu sikap bahawa semua permpuan yang ditunjukkan untuk dipilih oleh saya adalah tidak secantik isteri yang dicintai dan disayangi yang berada di rumah. Sehinggakan saya dikatakan sebagai seorang lelaki yang kurang siauman kerana seramai wantia yang ditunjukkan telah tidak memberi sebarang minat.
Kisah itu adalah satu kisah detik hitam sepanjang lebih 16 tahun saya bertugas sebagai penjawat awam. saya juga amat terkejut dengan perbuatan ketua jabatan saya yang kaki perempuan itu, walaupun sudah mempunyai seorang isteri yang cantik di rumah. Bermula dengan peristiwa hitam dan menjijikan itu, saya mula kurang hormat kepada ketua yang mempunyai sikap buruk yang bertentangan dengan syariat Islam. Namun begitu saya masih merahsiakan peristiwa itu kepada pengetahun orang lain kerana berpegang kepada prinsip “ jika kita menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita”. Islam melarang kita membuka rahsia dan keburukan orang lain.
Bahawa amalan untuk menjaga keterampilan diri ini telah menjadi satu sikap pegangan oleh semua ahli keluarga saya. Kesemua tujuh orang anak sya mempunyai tabiat dan sikap yang sama seperti ayahnya. Mereka akan sentiasa berketrampilan kemas pada setiap masa apabila keluar dari rumah, semaada untuk ke tempat kerja atau berjalan santai di waktu petang dan sebagainya.
Sikap saya yang tidak merokok telah menjadi ikutan anak-anak lelaki ssaya seramai lima orang itu. Malah dua orang menantu saya yang merupakan perokok, apabila ia pulang bercuti di rumah saya mereka tidak akan merokok di depan saya dan juga dalam rumah kami, sekirannya mereka ingin merokok, mereka akan keluar dari kawasan rumah.Tabiat semua keluarga saya yang membenci rokok telah menjamin rumah kami bersih dari bau asap rokok yang kurang elok seperti di alami oleh para perokok dan keluarga mereka. Sikap proaktif saya tentang keburukan merokok, telah memberi kredit yang amat tinggi kepada isteri saya. Isteri dan keluarga kami tidak pernah menghidu asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis narkotik yang boleh membahaya kesihata. . Sifat benci rokok yang saya amalkan mendapat sanjungan yang amat tinggi oleh isteri dan sahabat saya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.