RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday 30 March 2015

GURAUAN SEMASA MANDI BERSAMA SUAMI ISTERI AKAN MENJADIKAN KASIH SAYANG SENTIASA SEGAR

SUAMI MITHALI :  Sekali sekala ajak isteri mandi bersama (Mandi Berjemaah)



Tip 13  Sekali sekala ajak isteri mandi bersama. “Mandi berjemaah”

Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Aamalan ini saya lakukannya semenjak mula-mula berkahwin dahulu lagi, pada mulanya adalah untuk meluahkan kasih sayang kepada isteri, maklumlah kerana kami berdua tidak saling kenal mengenali begitu lama seperti mana yang biasa alami oleh kebanyakan teruna dan dara yang kebiasaanya telah menjalin hubungan cita untuk tempoh yang agak lama sebelum mereka berumah tangga.

Saya pernah mendengaar ceramah agama dimana ustaz memberitahu  bahawa Rasullah SAW juga pernah mengamalkan mandi bersama isteri baginda (terutama Aisyah R.A.). Bila saya mendapat maklumt ini saya meneruskan amalan mandi bersama isteri ini sebagai salah satu ikutan sunnah yang diutamakan dalam kehidupan kami suami isteri. Malahan dalam keadaan mutakhir ini bila isteri saya memerlukan saya membantu dirinya untuk mandi pada setiap masa.

Pangalaman  mandi bersama ini akan melahirkan persaan cita dan kasih sayang yang lebih intim diantara suami isteri. Semasa mandi bersama ini kadangkalan berlaku senda gurau yang membuatkan belaian kasih sayang semangkin jitu. Tindakan ini boleh menambahkan lagi keyakinan isteri kepada suaminya bahawa dia adalah satu-satunya isteri yang menjadi kesayangan suami.  Mengikut kajian dari segi pehubungan ‘aura’ diantara sumi isteri akan menjadi bertambah intim lagi apabila kesan  air mandian diantara mereka akan mengenali badan di antara satu sama lain. Ion-ion positif dan negetif dari suami dan isteri akan menjadi recharge yang boleh menambahkan imun kesihatan mereka. Situasi ini akan mengakibatkan mereka berdua akan merasai kesegaran badan yang luarbiasa setelah selesai mandi dan juga melahirkan perhubungan yang romantik.

Dari pengalaman hidup saya semasa kecil dahulu, bapa dan ibu saya menjadikan mandi bersama ini adalah satu kebiasaan. Mereka biasa manda di telaga yang berada di luar rumah kami yang jaraknya dalam lingkungan 10 meter. Saya pernah terdengar ibu dan bapa bercakap-cakap semasa mandi dan kadang kala diikuti dengan gelak ketawa mereka. Cuma pada masa itu saya masih lagi kanak-kanak tidaklah ambil kesah sangat topik apa yang mereka bincang.

Amalan mandi bersama ini juga akan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa ibu bapa mereka merupakan pasangan yang paling bahagia, selalu bersama dalam kebanyakan  aktviti kehidupan seharian. Suasana sebegini merupakan satu pendidikan minda kepada anak-anak bahawa mereka juga bila berumah tanggati nan mestilah membentuk satu hubungan kasih sayang yang jitu diantara suami siteri. Bila perasaan sebegini telah wujud di naluri seseorang pemuda atau pemudi, menjadikan mereka dalah insan yang didik untuk salig berkasih sayang diantara ahli keluarga. Stuasi ini akan melahirkan budaya hidup berkeluarga yang mantap di kalangan ahli-ahlinya.

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.