SUAMI MITHALI : Amalkan makan bersama isteri dan keluarga setiap hari
Tip 12 : Amalkan makan bersama isteri dan keluarga setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Allah dan mengeratkan hubungan salitulrahim di kalangan keluarga. Elakkan berbual perkara yang melalaikan atau perkara yang boleh mengakibatkan isteri terasa tersinggung semasa makan. Jangn sekali-kali marah kepada isteri atau anak-anak semasa makan.
Saya telah amalkan makan bersama isteri dan keluarga semenjak mula kahwin sehingga sekarang ( lebih 34 tahun). Kecuali jika saya tidak sempat balik makan dirumah kerana ada urusan luar. Amalah sebegini dapat mengeratkan perhubungan suami isteri dan keluarga. Disamping itu makan bersama akan menjimatkan makanan terutama lauk-pauk kerana dengan makan bersama setiap orang dalam ahli keluarga dapat merasa semua menu makanan , jika ianya banyak , setiap orang boleh makan lebih, sebaliknya jikak menu sedikit, masing-masing dapat makan sedikit untuk merasai kenikmatan menu tersebut.
Semasa makan bersama ini juga dapat terapkan budaya makan yang betul sebagaimana di ajar oleh budaya orang Melayu yang di amalkan oleh datuk nenek moyang kita, dan juga dapat menerapkan cara makan yang di ajar oleh sunnah Rasulallah SAW. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi teguran kepada anak-akan jika didapati mereka makan secara gelojoh, suka mendahuli menu yang sedap walaupun letaknya agak jauh dari tempat duduknya. Kerana Islam mengajar kita makan secara bersopan, dahulukan menu yang berada dihadapan kita, tidak kira sama ada ianya kita suka atau tidak, kemudian barulah diikuti mengambil menu-menu lain yang agak jauh dari pinggan kita.
Amalan makan bersama ini juga dapat mengeratkan salitulrahim di kalangan ahli keluarga, situasi masa makan bersama ini akan membolehkan saling bantu membantu diantara satu sama lain, terutamnya semasa mengaggihkan lauk pauk yang di hidangkan. Makanan yang berdekatan dengan kita boleh di beri kepada orang lain yang duduk agak jauh, begitulah sebaliknya kita dapat pertolongan orang lain untuk mendapatkan makanan yang jauh dengan tempat duduk kita.
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.