RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday 30 March 2015

NAFKAH KEPADA ISTERI MENGIKUT KEMAMPUAN SUAMI

SUAMI MITHALI : Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suami dan keperluan keluarga,




Tip 17 :  Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suamidan keperluan keluarga.

Memberi nafkah kepada isteri samada nafkah zahir dan nafkah batin adalah menjadi tanggung jawab suami. Islam telah mengariskan  suami mestilah memberi  nafkah batin seperti kasih sayang  dan hubungan sek dan nafkah zahir sperti wang, pakaian, makan minum, kenderaan dan tempat tinggal secukupnya berdasarkan kemampuan suami.

Saranan ini telah diamalkan oleh saya semenjak mula-mula saya mendapat  kerja dahulu lagi.  Apa yang dilakukan oleh saya   dimana pada  setiap bulan saya telah sediakan bajet untuk nafakah isteri dan  keluarga serta juga untuk membantu ibubapa saya..

Ppada setiap bulan saya akaniberikan kepada si isteri RM100.00 dan untuk ibu dan bapanya juga RM100.00 dimana hampir 10% untuk nafakah isteri dan 10% untuk ibu dan bapanya, pada masa itu pendapatan saya sebanyak RM1,000.00. sebulan. Setiap bulan saya akan memberi amanah kepada isterinya untuk menyimpan sebahagian duit perbelanjaan keluarga kami untuk tempoh sebulan. Bila diperlukan saya  akan meminta  daipada isteri sejumlah wang belanja mingguan. Anda mahu tahu apkah rasionalnya saya melakukan kaedah ini, Sebenarnya rasional saya amalkan kaedah ini kererana ia dapat memberikan isteri satu tanggung jawab menjaga kewangan keluarga (menteri kewangan keluarga) lebih-lenbih lagi isteri saya adalah surirumah sepenuh masa. Situasi sebegini memberi kesedaran kepada isteri perlunya berjimat cermat dalam berbelanja dan perlu berbelanja mengikut kemampuan si suami.

Cara ini telah dapat meberi keyakinan kepada isterisya bahawa suaminta adalah seorang yang begitu yakin dan sayang kepada isterinya sehinggakan duit belanja setiap bulan isterinya yang menyimpan. Lagipun katanya saya lakukan sedemikan rupa setelah pada bulan pertama saya memberi amanah kepada isteri menjaga kewangan keluarga didapai isteri saya seorang yang cukup amanah dalam menyimpan akaun perbelanjaan keluarga.

Disamping itu saya melakukan taktik  sebegini adalah untuk menjalinkan hubungan mesra diantara isterinya dengan ibu mertua dan bapa mertua ( iaitu ibu dan bapa sisuami) pada setiap bulan wang yang akan diberikan untuk menampung perbelanjaan kedua ibu bapa si suami , saya memberi amanah kepada isterinya untuk menyampaikan wang berkenaan setiap bulan. Cara ini katanya akan timbul perasaan kasih sayang sayantara isterinya dengan kedua ibu dan bapa si suami.Kerana di kaca mata ibu dan bapa si suami akan wujud satu tanggapan positif yang menantunya adalah seorang yang yang amat penyanyang dan ambil berat tentang orang tua mereka. Katanya lagi petua ini menjadikan hubungan kekeluagraan di antara isterinya dan ibu bapa si suami  sentiasa  dalam keadaan amat baik sehingga ke hari ini.

Sekali sekala apabila mempunyai wang lebih sedikit, si suami pula akan memaklumkan kepada isterinya yang ia akan memberi sedikit wang kepada ibu bapa isterinya, dan si suami sendiri akan menghulurkan wang berkenan kepada mertua mereka. Tindakan ini dilakukan oleh si suami adalah untuk memberi keyakinan kepada mertuanya bahawa menantu lelakinya adalah seorang yang baik hati dan pemurah bilamana mempunyai lebihan kewangan akan diberi kepada mereka berdua. Amalan ini telah menjadikan ikatan kemesraan keluarga di kedua-dua belah pihak suami dan isteri dapat dikekalkan dalam keadaan aman damai dan sentiasa mesra dan ceria saban masa.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.