SUAMI MITHALI: Sentiasa menyimpan rahsia isteri
Tip 19 : Sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Perbuatan sebegini juga boleh merenggangkan perhubungan suami isteri.
Bagi saya isteri adalah yang terbaik dalam kehidupan keluarga kami, namun begitu setiap insan yang bergelar manusia mesti ada kelemahanya, Cuma bezanya peratus kelemahan seseorang adalah berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Secara reality dalam kehidupan hanya Baginda Nabi Muhammad SAW yang sempurna segala-galanya. Pun begitu baginda sentiasa beristighfar lebih 70 kali dalam sehari semalam (hadis).
Bagi mempastikan perhubungan diantara suami dan isteri sentiasa aman, damai dan harmoni, saya mengamalkan tabiat suka menyimpan rahsia tentang kelemahan dan keburukan isteri.. Semua rahsia ini disimpan untuk diri saya sahaja dan sebagai pedoman untuk saya mencari kaedah terbaik bagaimana untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada isteri. Semoga dia akan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dan tidak lagi mengamalkan perangai yang buruk dalam hidupnya di masa hadapan.
Satu amalan yang saya sentiasa praktikkan ialah saya tidak memberi tumpuan sangat sifat buruk isteri, kerana bagi saya sifat itu hanya dalam lingkuan kurang 10 - 15% sahaja daripada keseluruhan sifat-saifat baik yang terdapat pada isteri. Islam juga mengajar umatnya untuk melihat kebaikan bukan keburukan seseorang. Lagipun agama Islam mengajar umatnya supaya menjadi pemaaf. Kerana Allah semanagnya mempunya sifat Maha Pemaaf dan Pengampun. Apabila kita menjadikan diri kita sebagai seorang yang sentiasa berfikiran positif, jika ada kelemahan yang dilakukan oleh isteri, saya akan membuat analisa terlebih dahulu dan dapatkan punca kenapa ianya berlaku, kah faktor yang menyebakan isteri membuat perkara yang tak baik, juga dianalisa kesalahan itu sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Sehingga kini tidak ada kesalahan dosa besar yang dilakukan oleh isteri saya. Sekali sekala ada dilakukan kesalahan kecil yang boleh dimaafkan. Disamping itu saya akan bertindak untuk memberi nasihat secara bijaksana supaya isteri dapat memperbaiki dirinya. Sebagai seorang suami, jika kita berjaya mendidik isteri yang melakukan kesilapan, untuk balik ke pangkal jalan dan bertaubat terhadap kesilapan yg dilakukan. Mungkin ia lakukan tanpa disengajakan atau disebabkan oleh kejahilannya. Suami patut beri peluang kepada isteri untuk memperbaiki kesilapan, dan bantulah isteri untuk memperbetulan kesilapannya itu supaya dapat dikembalikan kepada landasan agama yang betul.
Hasil amalan sebegini menjadikan hubugan suami isteri kami berdua selalu intim dan mesra, malah suasana kehidupan seharian kami ibarat sumi isteri yang baru sahaja mengalami kehidupan malam pertama perkahwinan dan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang tidak pernah pudar di telan zaman. Sungguhpun perkahwian kami telah melewati tempoh 34 tahun.
jika kita sentiasa mengamalkan sikap berpandangan positif, hidup kita menjadi ceria pada setiap masa. Kerana bagi saya jika terdapat sesuatu masalah dalam rumah tangga saya lebih cepat membuat tindakan untuk menghisbah diri – direnungi kepada diri saya dahulu, tentang apakah kesalahan yang dilakukan menyebabkan Allah memberi musibah. Setelah itu barulah dilihat keluar tentang kelemahan isteri dan anak-anak. Kita juga mestilah mempunyai sangkaan baik terhadap musibah yang Allah berikan kepada kita dengan tanggapan bahawa Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan kita, bagi membolehkan Allah meningkatkan lagi darjat kita. Kerana firman Allah. “ Adakah manusia itu akan memperolehi kebaikan nikmat dari Ku sebelum mereka di uji “ (Quran). “ Selepas kesusahan akan tiba kerahmatan dan kenikmatan Allah.” Ini diantara prinsip yang dipengang oleh saya dalam kehidupan ini. Oleh itu, bila kita sentiasa berserah diri kepada Allah setelah kita berikhtiar untuk lakukan sebaik mungki. InsyaAllah kita akan memperolehi hasil yang baik dengan pertolongan dari Allah.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.