RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 30 March 2015

MESYUARAT KELUARGA DAPAT LAHIRKAN SIFAT TANGGUNG JAWAB SEMUA PIHAK

SUAMI MITHALI:  Sentiasa amalkan mesyuarat keluarga




Tip 14 :   Sentiasa amalkan mesyuarat keluarga.

Amalan bermesyuarat menarik hidayah Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Amalan mesyuarat keluarga pernah juga saya  adakan walaupun tidak sekerap mana. Biasanya saya mengadakan mesyuarat keluarga apabila ada isu penting yang perlu kepada pandangan dan pendapat daripada ahli keluarga semua. Tujuannya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.  Lazimnya mesyuarat saya adakan pada ulang tahun hari kelahiran sama ada saya atau isteri.

Apa yang dilakukan pada makan malam bersama semua keluarga saya akan mengucapakan terima kasih kepada anak-anak kami yang telah memberi kerjasama dalam mewujudkan keharmonian keluarga, saling bantu membantu antara satu sama lain. Seterusnya saya akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk membuat teguran terhadap pencapaian saya dalam menerajui keluarga dalam tempoh setahun yang lepas. Biasaya teguran dibuat secara tulus ikhlas untuk menyatakan sikap yang kurang disukai  oleh anak dengan memberi alasannya sekali. Saya akan mengambil segala teguran anak-anak sebagai satu feedback untuk saya memperbaiki diri demi menjadi bapa  yang lebih baik dan dapat memenuhi kehendakan sunnah.

Situasi sebegini dilakukan setelah anak-anak kami telah mencapai umur remaja dan dewasa. Kak Long kini telah berumur 33 tahun dengan empat orang anak, Abang Idan anak keduanya berusia 32 tahun masih bujang, Kak Esyah anak ketiga berusia 29 tahun dengan 2 orang anak, Abang Ewan telah mencapai umur 27 tahun belum berkahwin, dan Abang Mat anak kelima telah mencapai usia 24 tahun tamat pengajian kolej peringkat diploma dan abang Rafie anak keenam sedang menuntut di kolej berumur 21 tahun dan Adik Bihah anak yang bongsu berumur 19 tahun lepasan SPM dalam proses memilih  ITP yang sesuai dengan minatnya.

Setelah diamalkan mesyurat keluarga, banyak isu yang timbul dapat diselesaikan degan sebaik mungkin, Tindakan ini juga dapat mengeratkan lagi kerjasama diantara keluarga. Satu keseronokan yang dapat dirasai oleh kami, setelah diamalkan mesyuarat keluarga saya dapat merasai kepuasan dan lebih tenang.  Sebagai ketua keluarga  maklumbalas yang diberikan oleh semua anak-anak dapat dijadikan “KPI” baginya membuat penilaian prestasi dan juga melakukan penambahbaikan bagi kritikan yang dibentangkan.

Amalan mengadakan mesyuarah untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam keluarga adalah salah satu sunnah yang diamalkan oleh Baginda Rasullah SAW. (hadis).

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.