Sememangnya setiap orang mempunyai
idaman untuk mencari pasangan yang paling baik dan ideal untuk di jadikan suami
atau isteri. Dalam memilih pasangan hidup yang akan menjadi teman disepanjang
hayat selepas berkahwin adalah satu perkara yang perlu dilakukan dengan penuh
hati-hati dan memerlukan kepada ilmu yang mantap. Jika tersilap pilih mungkin
akan memberi kesan yang mendalam kepada pasangan lebih-lebih lagi dalam
hubungan sebagai suami isteri. Oleh itu semasa membuat pilihan bakal pasangan
yang akan di kahwini mestilah dibuat secara tepat. Di bawah ini di senaraikan
ciri-cir seoarang lelaki yang layak dipilih untuk dijadikan sebagai suami. Beberapa
ciri lelaki yang layak bergelar suami mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:-
1.
Sentiasa Patuh Pada Agama:
Ciri patuh dan taat kepada perintah
agama adalah paling utama, kerana lelaki yang mempunyai ilmu agama dan mematuhi
perintah agama, akan menjadi suami yang baik dan bertnaggung jawab. Setiap
tindakan dalam memimpin isteri dan keluarga dia akan berpandukan kepada hokum
agama yang telah digariskan seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh.
Kehidupan mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan membolehkan
mereka mencapai kebahagaian di dunia dan juga memperolehi kesejahteraan di
akhirat.
Suami yang patuh kepada ajaran agama
tidak akan tergelincir dalam amalanya sehingga melanggar hokum hakam Allah.
2.
Penyayang:
Bersifat penyayang adalah penting
bagi memupuk cinta dan kasih sayang kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
Lelaki yang penyayang akan membimning isteri dan keluarga dengan cara bijaksana
dan bersabar. Tidak melakukan perbuatan zalim dan mendera pasangan/ Anak-anak
yang dibersarkan dengan sifat penyayang dan kasih sayang akan membersar dengan
penuh keyakinan diri dan mempunyai keperibadian yang tinggi dan berkeyakinan
diri.
3. Bertanggung jawab :
Lelaki yang bertanggung jawab akan
mempastikan segala peranan sebagai suami akan dilkukan sebaik meungkin. Dia
mempunyai komiten yang tinggi untuk menjalankan segala amanah yang ditetapkan
Allah sebagi seorang suami dan bapa. Kebajikan seperti nafkah zahir dan batin
untuk isteri di sempurnakan sebaiknya. Dia tidak akan bersikap lepas tangan
terhadap tanggung jawab mengurus rumah tangga.
Sebaliknya bagi lelaki yang tidak bertanggung jawab ia
akan bersikap mudah terhadap keperluan rumah tangga. Jika isterinya berkerja
dan mempunyai pendapat sendiri dia akan bersikap tidak kisahk dan buat tak tahu
tentang keperluan belanja rumah tangga. Jika sister seorang yang pemudah dia
akan ambil kesempatan untuk melepaskan tanggung jawab dan dibairkan isteri yang
menlakukanya. Ahkirnya akan lahir suanasan keluarga yang lingtang pukang kerana
kurangkannya peranan suami sebagai ketua keluarga .
4. Stabil Kewangan:
Ini sangat penting. Jika tiada
sumber kewangan macam mana nak hidup berkeluarga. Perlukan rumah untuk
menginap, perlukan wang untuk beli makanan dan pakaian serta perbelanjaan
persekolahan anak-anak juga. Jika rasa
gaji lelaki tu haya mencukupi untuk mereka sendiri saja dan perlu tambahan wang
dari poket isteri untuk isi perut sendiri nanti…fikir masak-masak. Jangan
menyesal di kemudian hari. Kebahagiaan bukan dari wang ringgit. Tapi wang
ringgit menjamin kehidupan yang sempurna.
5. Pandai memujuk:
Wanita ni kuat merajuk bila terasa
diabaikan. Bila rasa nak perhatian pasti mereka mula merajuk. Jika lelaki yang
tak pandai memujuk, bila isteri merajuk dia ambil sikap tidak kisah, malah
boleh jadi dia marah-marah. Maka akan makan hatilah si isteri. Bukan susah pun
memujuk wanita ni, tapi biasanya ego lelaki sangat tinggi untuk memujuk. Kalau
pujuk kan tandanya sayang dan prihatin. Suasan hubung suami isteri akan menjadi
bertambah intim.
6. Penyabar:
Sifat penyabar sangat penting.
Kadang kala berlaku pertelingkahan, salah faham atau apa saja yang memungkin
kan berlakunya pertengkaran manja antara suami dan isteri. Andai kata suai seorang
yang panas baran beberapa kemungkinan akan berlaku mungkin dipukul, ditumbuk,
dibaling ke dinding, di ceraikan atau mungkin juga dibunuh…siapa tau kan. Minta
dijauhakan.
7. Boleh terima keluarga Isteri:
Jika dia nak nikahi perlulah dia terima keluarga isteri seadanya.
Jangan hanya sayang isteri sahaja tapi
tak suka bertandang ke rumah keluarga isteri. Tak suka adik beradik isteri. Tak
suka mak ayah isteri. Dari awal perkenalan lagi perhatikan bagaimana dia bergaul dengan
keluarga kita. Adakah dia mesra atau merasa kekok.
8. Matang:
Lelaki itu perlulah matang dalam
tindakannya. Matang tak bererti lebih tua atau berusia dari isteri. Biar lebih muda sedikit tapi matang membuat
keputusan dalam hidup dari lelaki yang lebih tua tapi keanak-anakan. Orang
matang apabila mengadapai masalah dapat berfikir dengan waras sebelum membuat
keputusan untuk merespon terhadap masalah dan mecari penyelsaian yang terbaik
bagi keluaraga. Bukanya bersifat tidak matang yang terlalu terburu-buru membuat
sesuatu kepurusan yang kadangkala tidak memberi natijah yang baik kepada
pasangan dan membuatkan masalah bertambah rumit. Malah boleh menhancurkan rumah
tangga.
9.Jangan pilih lelaki ‘anak mak’:
Faham istilah ‘anak mak’? Anak mak
ni adalah lelaki yang manja sangat
dengan mak dia sampaikan segala keputusan pasti dia rujuk pada emaknya. Nak
beli kereta mak kena setuju, gaji hampir semua bagi kepada mak dia. Nak beli rumah tanya mak suka
ke tidak. Nak kahwin kena tanya mak warna tema mak suka ke tidak. Semua kena
tanya mak, kalau mak tak suka dia tak berani tentang walau dia pun tak setuju.
Walau syurga di bawah tapak kaki
ibu, tapi jika lelaki itu ‘anak mak’ AWAS! anda akan merana seumur hidup jika
berkahwin dengan lelaki seperti ini. silap-silap nama anak pun mertua yang pilih. Baju raya suami pun nanti mertua yang belikan…makan pakai semua dia yang aturkan.
Makan hati berulam jantuglah buatnya.
10-Suka anak-anak kecil:
Wajiblah dia sukakan anak kecil. Dah
kahwin pastilah perlu ada zuriat. Ada juga orang yang tak sukakan anak kecil
kata mereka serabut dan merimaskan. Sanggupkah hidup dengan dia saja tanpa anak? fikirkan
lah. Sedangkan Islam menggalakan umatnya meramaikan anak. Semoga akan menjadi
penjuang kepada Islam di masa hadapan. Allah juga telah berfirman bahawa setiap
orang anak yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri itu Dia yang akan memberi
rezeki. Oleh itu janganlah menghadkan bilangan anak apabila berkahwin,
Banyak lagi ciri-ciri lelaki yang
perlu ada untuk kita nilai layakkah dia menjadi suami kita. Bolehlah kita cuba
teliti sifat-siafat lelaki yang positif untuk dijadikan garis panduan dalam
mencari pasangan hidup, kerana pemilihan yang tepat terhadap lelaki yang mempunyai
ciri-ciri yang baik itu adalah penting untuk merancang masa depan seorang
isteri bagi membolehkan dirinya mendapat kasih sayang yang sempurna daripada
lelaki yang dikahawininya dan semoga kehidupan suami isteri akan aman damai dan
berkekalan hingga ke Jannah. InsyaAllah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.