BUAT RENUNGAN KEPADA SUAMI YANG MENGABAIKAN ISTERI
v Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu. Berlaku adillah kerana isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu. Isterimu adalah ratu bagi mu semasa malam pertama dahulu dan sebab itulah kamu memilihnya untuk dijadikan isterimu.
v Jika engkau marah boleh tidak menegur isterimu, boleh tidak berbicara dengan isterimu, boleh tidak menemani tidur isterimu, tapi berusahalah untuk tidak memukulnya.Marah bilarlah berpada kerana setiap insan pasti ada silapnya bahkan diri kita sendiri pun pernah buat silap sekali sekala.
v Ingatlah jantung rumah tangga adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti murah dan tidak bermaya. Sepi kerana tiada canda tawa, manja, perhatian. Sayangi isterimu agar dia bahagia. Maka engkau akan merasa seperti di taman surga. Isteri yang bahagia akan membuatkan anak-anakmu terjaga dengan sempurna dan membesar hingga menjadi insan yang soleh dan solehah, ingatlah anak-anak soleh akan menjadi pembela kita semasa di alam kubur dimana doanya dapat meringankan seksa azab kubur.InsyaAllah.
v Besar kecilnya penghasilanmu, jangan pula membuat besar kecilnya kasih sayangmu kepada isterimu. Seorang isteri tetap ingin diperhatikan seperti ketika isterimu selalu menyambutmu kepulanganmu dengan penuh kasih sayang.Isterimu adalah insan yang sering berdoa untuk kejayaan mu, sebab itulah Islam menetapkan dalam harta suami ada bahagia sepencarian isteri.
v Hidup dalam satu atap yang telah diikat dengan akad, tidak perlu merasa lebih tinggi, suka bertingkah ketika kaya, bukan juga siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kerana hidup bersama bukan bertujuan untuk bertanding melainkan sebagai teman hidup yang selalu mesra bersanding. Kebahagian rumah tangga dalah terletak kepada saling kasih sayang suami isteri dan saling cintai mencintai. Contohilah Rasulullah SAW bagaimana untuk melayan isteri saban masa.
v Diluar sana mungkin masih ada wanita yang mencintaimu atas dasar apa yang sudah engkau punya sekarang. Bukan seperti isterimu yang selalu setia menemanimu dikala masa sulit. Jika kamu temukan wanita seperti itu maka abaikanlah. Lebih baik rawatlah apa yang sudah engkau miliki yaitu isterimu. Dan insaflah semasa dijabkabulkan dahulu isterimulah yang telah bertekad untuk bersama mu pada setiap masa walapun pada masa itu kamu belum ada apa-apa kekayaan seperti hari ini. Insaflah .
v Mungkin diluar sana masih banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mungkin mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan. Kerana jika itu terjadi maka akan sulit sekali untuk kembali. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
v Jagalah isterimu dengan sebaik-baiknya. Kerana dia adalah tulang rusukmu yang selalu setia mendampingimu. Menjaga yang dikandung adalah lebih mudah daripada menjaga yang belum pasti dan masih dalam ilusi.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.