SUAMI BERLAKU CURANG SIAPAKAH PATUT DISALAHKAN ?
SUAMI CURANG – SIAPA PATUT DI SALAHKAN ?
Bila di sebut bab suami curang pasti ramai antara kita yang melenting, cuba menuding jari kea rah orang lain dengan pebagai tomohan dan andaian. Tap tidak terfikarkah yang patut disalahkah kerana membuka ruang suasana kepada; suami untuk berlaku curan adalah isteri.
Pernah seorang isteri memberi bukti sebab utama suami curang adalah kerana isteri, memmbuatkan aku sendiri tersentak dan terfikir.. "kalau suami curang aku takkan salah kan dia, tapi aku salah kan diri aku sebab aku isteri yang gagal" kata Anita semasa berborak dengan ku pada satu petang.
Yes statement yang memang kasar tapi itu la hakikatnya.kadang kala kita lupa memandang diri sendiri kerana terlalu asyik menunding jari pada orang lain. Sebab berlaku di katakana suami miang, kuat nafsu seks, tak kenang jasa isteri, dan juga perempuan lain yang dipersalahkan. Dituduh perampas suami oaring, penggoa suami orang, mata duitan, betina gatal dan pelbagai tuduhan lagi. Tapi si isteri lupa yang dirinya sendiri sebagai penyebab utama hilang dek perasaan yang suka menuduh orang lain bukan-bukan. Bla-bla…..bla……. itu lah lumrah realiti kehidupan dunia ……. Dunia…. Astarfillahulazim…
Bagaimana nak kenali Suami yang telah berlaku curang……
jom mari kita teliti CIRI-CIRI SUAMI CURANG.
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda ? , mungkin teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama. Kekasih lamanya tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lamanya. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih-lebih lagi kalau kekasihnya itu pun memang memeberi respon kepada suami anda.
2. Bila suami mula jaga badan dan berdandan tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
3. Talifonnya selalu silent atau padam kalau dia kat rumah, memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, mungkin itu adalah kod rahsia hubungan mereka berdua.
4. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
5. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka dan tidak begitu mesra dengan anda. Juga sering membatu bila bersama anda.
6. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2 haa, ini baru mula menjalin hubungan, khayalan dengan pasanganya dah mula mempengaruhi fikiran suami anda.
7. Suami mula pelupa! fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa tentang urusan berkaitan keperluan rumah dan keluarga. Cakapnya sering tersasul sahaja.
8. Kalau out station isteri nak ikut, dia beriya-iya pujuk isteri supaya tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh mereka pasti akan rancang pertemuan dengan pelbagai cara.
9. Memberi perhatian lebih pada isteri secara tiba-tiba, ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert isteri punya syak wasangka dengan bertindak pura-pura, lainlah jika perhatian sepecial tu memang amalanya.
10. Selalu lewat tidur, dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis dan tidak banyak gangugan luar.
11. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan isteri yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?. atau terkedu bila isteri tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain? Atau ada tak niat nak kahwin dua ?.
12. Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak. Diberi alasan dia sibuk dengan kerja pejabat, perlu layan klien.
13. Rajin menghantar anak ke persatuan semasa hari cuti, dan isteri ditinggalkan di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya. Jika ada perubahan sebegini cuba mendekakitnya untuk mengetahui apa yang di lakukan atau apa yang dia pendamkan,
1st of all tanya diri kita kenapa suami kita memandang orang lain selain kita? lets check it out! SEBAB atau PUNCA SUAMI CURANG!
Diantara sebab utamanya adalah kerana sikap isteri itu sendiri yang telah begitu berubah semenjak berumahtangga, lebih-lebih lagi bila anak sudah tidak boleh di bilang dengan sebelah jari tangan, sesibuk mana dengan anak dan kerja rumah tapi keperluan belian kasih sayang dan memenuhi kehndak batin suami janga di abikan…. Bila di abaikan inlah jadinya… suami mula cari makan luar yang servisnya 5 star ?
Kajian mendapati suami curang cuba berjinak-jinak dengan perempuan di luar sana apabila isteri mulai abaikan aspek berikut:-
Layanan yang kurang buat suami, samada makan minum dan lebih-lebih lagi layanan di bilik semasa hunungan intim.. (jangan la layan sebulan sekali pulak, harus la suami cari yang lain, dan mesti ingatlaah suami kita ada tiga kouta lagi yang diberi oleh Islam, kerana sememangnya lelaku ditakdirkan mempunyai keinginan seks yang lebih berbanding wanita)
2.Tiada kelembutan atau manja dalam berbicara (sekali pompuan yg kat luar tu cakap lebih manja dari korang, kat situ je korang dah kalah dah) Selekeh/ tak nak bersiap dan melawa untuk suami.( Cane la suami korang tak pandang pmpn lain.. bila duk rumah pun selekeh je, tak nak berhias comel-comel seperti korang ke pejabat.) Ini satu kecuaian tanggung jawab yang besar kerana Islam memberi amah kepada isteri supaya memberi tumpuan kepada suami sepenuhnya dari segi keprluan nafkah batin.
3. Tidak mahu melayan kehendak/ keinginan suami (suami teringin nak korang pakai itu ini korang buat dek je, so dia pun cari la yang boleh ikut selera dia ).Tidak menyediakan keperluannya. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.
4. Sukar beri layanan seks. Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat suami anda..
5. Melakukannya seperti orang suruhan. Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.
6. Amalkan gaya hidup social. Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang, terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
7. Berpenampilan tidak menarik. Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.
Kesimpulannya, boleh la aku conclusion kan di mana sex tu sangat penting. jangan korang abaikan n buat tak tau je. selagi suami kita masih bernafsu tengok kita jaga la dia dengan sebaiknya.. sebab kalau suami dah takde hati nak tengok kita memang your're in trouble la beb! and korang memang dah terlambat so selamat menerima madu la ye.. hahaha.. choiiii ok now.. kalau korang rasa dia dah ada yang lain dari ciri-ciri yang tersebut.. masih belum terlambat untuk grab dia balik. jangan lepas kan pulak ye.. bukan senang nak kawin woiii...
Projek Memikat Suami Sekarang Jom jalankan PROJEK MEMIKAT SUAMI. Dear friends.... kenali la sebaik-baiknya suami korang.. jangan biarkan mereka menyesal, bosan , rasa wasted time, sedih dan tak bahagia hidup dengan kita. Mereka pasti mencemburui kawan-kawan mereka yang hidup lebih bahagia dari mereka walaupun tidak kaya. Jangan Abaikai mereka hanya kerana kita sibuk dengan rutin harian yang lain. kerana mereka juga perlukan perhatian kita. Itu penderaan namanya. kalau kita di tempat mereka, apa yang kita rasa? Here aku nak share beberapa tips yang bermanfaat untuk di praktikkan. untuk yang takde problem pun boleh guna jugak untuk memperkasakan lagi hubungan suami isteri.
Tips2 ni aku dapat dari pembacaan, pengalaman dan juga pemerhatian.kalau korang rasa tak betul sila ignore.
Iktiraf Kelelakian Suami -memahami hak dan kelebihan seorang suami -memahami ciri-ciri tersendiri suami -menjiwai watak kelelakian suami
-Bersangka baik pada suami –
Redha dengan kelemahan suami –
menghormati nilai hidup yang di pegang suami
-Akur kepada hak suami kepada isteri
-Sentiasa menggambarkan kata2 penghargaan kepada suami Jangan Leteri Suami
-berbincang bagi menyelesaikan masalah
-sentiasa berfikiran positif -sentiasa bertenang dan bersabar
-merapatkan jurang komunikasi dengan suami
-menyelesaikan masalah dengan sistematik
-berhati-hati menegur suami -marah pada benda yang betul sahaja. Fahami Perasaan Suami –
Sentiasa menjadi pendengar yang baik
-sentiasa bersikap simpati pada perasaan suami
-jauhkan diri dari perlakuan yang tidak disukai suami
-sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yang di lakukan suami
-sentiasa menghormati pilahn dan keputusan suami
-Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami Berbincanglah Dengan Suami
-berusaha memahami suami semasa berbincang -jangan membuat kritikan ataupun tuduhan semasa berbincang
-Jangan memandai2 membuat keputusan sebelum berbincang dengan suami
-memberikan tindak balas yang sesuai semasa berbincang serta mampu menyumbangkan idea yang bernas.
Hiasilah Diri buat Suami -menjaga kesihatan fizikal dan mental -menghias diri dengan ahklak yang mulia -sentiasa membersihkan diri -Jaga penampilan -mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu harian yang diambil yang berkhasiat dan seimbang.
Lemah- Lembut Dengan Suami -Jangan membantah suami dengan menunjukan cara yang tidak sopan -tangani masalah dengan tenang dan bertoleransi dengan suami
-Semasa melayan suami lakukan dengan penuh tertib bersopan dan wajah yang manis. -sentiasalah bergurau senda dengan suami untuk menambahkan kemesraan
-panggil lah suami dengan panggilan yang manja. -sentiasa lah mengucapkan terima kasih kepada suami diatas apa jua kebaikkan yang ditunjukkan.
Hargailah Pemberian Suami -Menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, minat dan bangga -mengucapkan termia kasih dengan iklas dan dengan wajah yang gembira -sekiranya pemberian suami tidak menepati citarasa anda jangan mengkritik pemberian itu -jangan terlalu memikirkan nilai zahir pemberian itu sebaliknya hargailah nilai ingatan dan kasih sayang suami. -setiap kali memakai barang pemberian suami jangan lupa memuji n memuji kebaikkan suami. -menjaga dan menghargai barang pemberian suami dengan baik. tunjukkan rasa bangga.
Jagalah makan Minum Suami -sesekali ubahlah menu harian dengan mencuba resipi baru -sambut la kepulangan suami dengan minuman. -menghidangkan menu sihat dan makanan seimbang.
Jagalah Pakaian Suami -Sediakan pakaian suami yang lengkap bergosok setiap hari -meneliti kekemasan pakaian suami sebelum keluar rumah -sesekali belikan suami pakaian baru
Sembunyikan Kepintaran dan Kelebihan mu di hadapan Suami -berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat -meminta pendapat suami sebelum melakukan sesuatu -jangan mengkritik dan merendahkan pendapat suami -mengiktiraf kepimpinan suami -bersikap suka beralah dengan suami -jangan bongkak dan sombong dengan kejayaan diri.
Jangan Membuang Masa -menetapkan satu polisi masa untuk diri sendiri -menggunakan waktu terluang bermesra dengan anak-anak dan suami
.
Jangan Banyak Kerenah -jangan suke membesarkan sesuatu isu -sentiasa muhasabah diri -bersabar dan pandai menyesuaikan diri dengan kelemahan orang lain Patuh/Taat Suami -sentiasa insaf dan akur bahawasanya Allah menjadikan lelaki itu pemimpin kepada wanita -berusaha n ikhlas melayan suami -patuh dan akur dengan suruhan suami selagi tidak menyipang dari ajaran islam.
Jangan Cemburu Buta -Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan aduan orang -menjauhkan prasangka buruk dan perasaan negatif -bersabar dan berfikir sebelum bertindak -menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada kejujuran suami
-jauhkan perkahwinan daripada pengaruh orang ke3 jangan membuat tuduhan melulu- berbincanglah Iktiraflah Kepimpinan Suami -sedar tentang kewajipan seorang isteri -jangan mementingkan diri sendiri -menghormati hak suami -sentiasa bersedia dan akur tentang kehendak suami -tetap patuh suami walaupun hati tersinggung -sentiasa mengagumi kebolehan suami.
Permudahkan penglibatan sosial Suami -faham keperluan sosial setiap individu -berusaha mengenali kawan-kawan suami -jangan terlalu banyak bertanya tentang aktivit di luar rumah Jangan Boros -minta keizinan suami dahulu sebelum berbelanja -Jangan membazir pada benda yang tidak perlu -buat senarai dahulu
-Jangan berhutang Jangan Terlalu Mengawal -menghisab diri dan menilai semula keburukkan yang anda lakukan kepada suami -sentiasa memohon maaf kepada suami
-jangan terlalu mengawal suami hingga suami merasakan yang ada ini seorang penyibuk Berterus terang dan berkomunikasi lah dengan Suami
-jangan berfikir yang suami boleh memahami apa yang anda rasakan dan fikirkan -jangan menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran bagi meluahkan rasa
-jangan memegang prinsip "bohong sunat' -menjaga perkataan dan nada suara semasa berbicara -menggunakan teknik komunikasi yang berkesan
Berjimat-Cermat - merancang perbelanjaan -berdisplin apabila berbelanja -mengenal pasti hirierki kepentingan perbelanjaan -jangan terlalu suka bershopping kerana suami cepat bosan -kretif menguruskan perbelanjaan keluarga satakat tu saja la yang dapat aku kongsikan. yang lain pandai-pandai korang la nak fikir.. but this is the fact yang aku rasa ramai lupa atau terlepas pandang.
Bila dah kawin kita lupa how to keep our marriage to be more and more happiness. Sepatutnya apabila usia perkahwinan semakin meningkat kita semakin bahagia kerana kita dah banyak belajar n semakin memahami pasangan.
Sentiasa berdoa agar perkahwinan yang di bina kekal bahagia hingga ke syurga ,
sekian.. renung renungkan dan selamat bermuhasabah..
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.