Sentiasa berubah secara positif.
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang rugi. Dan jika hari ini lebih buruk dari kelmarin adalah orang celaka" (Hadts). .
"DUNIA makin menua, namun tetap cantik dan semakin mempesona untuk dipandang dan dinikmati..." Kalimat itu, menurut sebuah riwayat, diucapkan Malaikat Jibril dalam peristiwa Isra Mi'raj. Hal itu dikemukakannya ketika menjawab pertanyaan Rasulullah SAW, setelah beliau "diganggu" oleh seorang wanita tua namun tetap menampakkan kejelitaannya. Wanita tua yang menunggang kuda dan berteriak, "Ya Muhammad... Ya Muhammad!"
Sekiranya, kisah di atas di jadikan contoh untuk renungan kita untuk membuat perubahan diri dalam mengharuni kehidupan di dunia ini. Kisah itu seharusnya dapat memberi kesedaran kepada kita, betapa masa yang silih berganti, tahun demi tahun berganti merupakan pertambahan usia bagi kita juga bagi dunia ini yang semakin hampir dengan penghujunnya.
"DUNIA makin menua, namun tetap cantik dan semakin mempesona untuk dipandang dan dinikmati..." Kalimat itu, menurut sebuah riwayat, diucapkan Malaikat Jibril dalam peristiwa Isra Mi'raj. Hal itu dikemukakannya ketika menjawab pertanyaan Rasulullah SAW, setelah beliau "diganggu" oleh seorang wanita tua namun tetap menampakkan kejelitaannya. Wanita tua yang menunggang kuda dan berteriak, "Ya Muhammad... Ya Muhammad!"
Sekiranya, kisah di atas di jadikan contoh untuk renungan kita untuk membuat perubahan diri dalam mengharuni kehidupan di dunia ini. Kisah itu seharusnya dapat memberi kesedaran kepada kita, betapa masa yang silih berganti, tahun demi tahun berganti merupakan pertambahan usia bagi kita juga bagi dunia ini yang semakin hampir dengan penghujunnya.
Islam mengajarkan, hari-hari yang kita lalui hendaknya selalu lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dengan kata lain, setiap Muslim dituntut untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Rasulullah SAW menyatakan, "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang merugi. Dan jika hari ini lebih buruk dari kelmarin, adalah orang celaka". Kita harus senantiasa hisbah diri, mungkin selama ini kitadibuai keseronokan kehidupan dunia, waktu habis untuk mengejar kesenangan duniawi dengan mengabaikan bekal untuk kehidupan akhirat . .
Oleh karena itu, muhasabah diri harus senantiasa dilakukan untuk menuju kehidupan yang lebih baik. Kehidupan dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk menuju alam kekal di akhirat. Di alam persinggahan inilah saatnya mengumpulkan bekal berupa amal soleh sabanyak mungkin. Imam Hasan Al-Basri mengatakan, ''Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah sebahagian dari hari, apabila satu hari berlalu, maka berlalu pulalah sebahagian hidupmu". DALAM menjalani kehidupan di dunia ini kita bergelut dan berpacu dengan waktu. Dan bagi seorang Muslim, waktu sangat penting baginya. Bahkan dalam QS Al-'Ashr:1-3 Allah SWT bersumpah dengan waktu. Hal itu menunjukkan betapa kita harus mempergunakan waktu hidup di dunia ini untuk beriman dan beramal shaleh. Terlebih, dalam ayat tersebut dinyatakan, semua manusia akan kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Dalam proses menghisbah dirii, kita patut mengajukan pertanyaan: apakah waktu kita yang telah berlalu itu telah kita isi dengan amal ibadah.
.
Apakah yang masih kurang dalam diri kita, sebanyak mana iman, ilmu, dan amal? Lalu apa yang akan kita lakukan untuk hari-hari mendatang? Kita sepatutnya memulainya dengan melakukan " Mengenali diri" (ma'rifatunnafsi). Menurut Imam Al-Ghazali, pengetahuan tentang diri adalah kunci pengetahuan tentang Tuhan. Nabi SAW menyatakan, "Siapa yang mengenali dirinya sendiri, akan mengenali Tuhannya". .
Mengenal diri berarti mengetahui hakikat hidup dan tujuannya, termasuk mengetahui arti keberadaan kita di alam dunia ini. Orang yang "lupa diri" tentu akan mengabaikan status dan fungsinya di dunia ini.Ia tidak akan peduli tentang hakikat hidup, siapa dirinya, dan mengabaikan perintah dan larangan Tuhannya. MENGENAL diri juga bermakna mengenal siapa sebenarnya manusia. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dimuliakan oleh-Nya, mempunyai kelebihan dibanding makhluk lain yaitu akal. Dengan akalnya manusia dapat memahami segala fenomena alam (ayat kauniyah), menerjemahkan dan mempraktekkan wahyu Allah SWT (ayat qauliyah), dan menciptakan kebudayaan untuk mengatasi persoalan hidup. Agar tidak berlaku sombong dan "sadar diri", salah satu cara adalah menyadari bahwa asal penciptaan kita adalah air mani. Dan, ketika mati tubuh manusia menyatu dengan tanah, tinggal tulang-belulang. Tubuh indah dan wajah tampan atau paras cantik berakhir sudah ketika mati. Sementara ruh kita kembali menghadap Allah SWT untuk mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita, rezeki kita, amanat yang kita terima, termasuk sejauh mana implementasi perjanjian kita dengan Allah di "alam ruh" di mana kita mengakui Allah sebagai Tuhan (QS. 7:172). Maka dari itu, "Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat)" (QS. 59:18).
Mengenal diri berarti mengetahui hakikat hidup dan tujuannya, termasuk mengetahui arti keberadaan kita di alam dunia ini. Orang yang "lupa diri" tentu akan mengabaikan status dan fungsinya di dunia ini.Ia tidak akan peduli tentang hakikat hidup, siapa dirinya, dan mengabaikan perintah dan larangan Tuhannya. MENGENAL diri juga bermakna mengenal siapa sebenarnya manusia. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dimuliakan oleh-Nya, mempunyai kelebihan dibanding makhluk lain yaitu akal. Dengan akalnya manusia dapat memahami segala fenomena alam (ayat kauniyah), menerjemahkan dan mempraktekkan wahyu Allah SWT (ayat qauliyah), dan menciptakan kebudayaan untuk mengatasi persoalan hidup. Agar tidak berlaku sombong dan "sadar diri", salah satu cara adalah menyadari bahwa asal penciptaan kita adalah air mani. Dan, ketika mati tubuh manusia menyatu dengan tanah, tinggal tulang-belulang. Tubuh indah dan wajah tampan atau paras cantik berakhir sudah ketika mati. Sementara ruh kita kembali menghadap Allah SWT untuk mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita, rezeki kita, amanat yang kita terima, termasuk sejauh mana implementasi perjanjian kita dengan Allah di "alam ruh" di mana kita mengakui Allah sebagai Tuhan (QS. 7:172). Maka dari itu, "Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat)" (QS. 59:18).
Bagi saya sememangnya saya mengamalkan sikap buat perubahan kepada diri sendiri dahaulu sebelum meminta orang lain berubah. Oleh itu saya sentiasa melihat dan membuat cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat kelemahan orang lain. Sikap sebegini memang menjadi prinsip hidup saya semenjak saya berusia belasan tahun lagi.
Lahirnya sifat sebegini dalam kamus kehidupan saya mungkin kerana di diuji oleh Allah dengan kehidupan yang penuh mencabar semenjak saya berumur belasan tahun lagi. Pada masa saya di tingkatan tiga pada tahun 1969 di sebuah sekolah menengah, saya telah mengalami sakit sendi lutut kanan, menyebabkan terpaksa ke sekolah setiap hari dengan lutut yang bebalut dengan “cripe bandage”. Malunya tidak terhingga kerana pada masa itu pakaian seragam sekolah adalah baju kemeja dan seluar pendek, bagi murid tingkatan empat dan lima sahaja dibenar memakai seluar panjang. Saya terpaksa menepuhi segala itu dengan penuh sabar dan tabah kerana cita-cita saya adalah untuk mendapatkan ilmu dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan LCE (sekarang ni PMR).
Kemuncak kepada dugaan Allah terhadap saya apabila hampir 2 bulan untuk menduduki peperiksaan saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius, terpaksa berulang alik dari asrama ke hospital setiap hari untuk mendapat suntikan, setalah saya di discaj dari hospital. Nasib baik pada masa itu Pengetua sekolah yang juga seorang warder asrama sangat baik hati menghantar saya mendapat suntik di hopistal setiap hari. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yang memberi kemudahan melalui seorang pengtua yang begitu perihatin dan baik hati. Mungkin Allah ingin menguji saya lagi kerana pada saat hampir tarikh peperiksaan saya dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius. Sehinggalah tiba hari peperiksaan LCE saya terpaksa menjalini peperiksaan di dalam wad hospital. Setelah sampai keputusan peperiksaan LCE, saya telah mendapt keputusan grade A dengan agregrate 29, aggregate yang terakhir untuk grade A adalah 31. Saya tetap bersyukur yang amat sangat kerana Allah telah memeberi kejayaan dalam pepriksaan LCE walaupun tidak cemerlang sebagaimana diharapkan oleh saya dan keluarga.
Setelah tiba masa permulaan penggal sekolah di tahun berikutnya (1970) saya telah berjaya ke tingkatan 4 sains. Saya hanya sempat bersekolah selama satu minggu sahaja , kerana sakit lutut semakin merebak dan terpaksa mendapat rawatan di hospital. Kaki saya telah di simen POP untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk membolehkan sendi yang rosak dapat dipulihkan. Sehubungan itu saya telah diberi cuti sakit selama tempoh satu tahun.
Bermula dari tarikh tersebut, satu sejarah baru dalam hidup saya bermula, saya duduk dirumah berihat dengan kaki di simen. Setaip hari ke klinik untuk mendapat suntikan ubat. Dalam suasana kesakitan yang berpenjangan inilah telah mendidik saya menjadi seorang yang begitu tabah dalam menghadapi dugaan Allah.
Oleh kerana masa depan saya tidak menentu hujung pangkalnya. Saya telah berusaha melengkapkan diri dengan mengimbil kursus membaiki radio dan tv melalui pos, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Saya masih ingat alamatnya di No. 29 Owen Road, Singapura. Namun hasrat saya itu tidak kesampaian, setelah mengikuti kursus selama tiga bulan, sakit lutut serius kembali. Terpaksa saya menguburkan hasrat itu.
Sekali sekala saya berlinangan air mata bila memikirkan masa depan yang begitu suram tanpa menentu kerana tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan penyakit berpanjangan yang di alami, masa berlalu dengan pantas, pada tahun 1972, kawan-kawan di sekolah dahulu, kini telah mendapat keputusan SPM masing-masing. Boleh dikatakan semua kawan sekelas berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Pada tahun 1973, saya telah bertekad untuk meneruskan perlajaran bagi menduduki peperiksan SPM. Saya memasang hajat untuk mengambil peperiksaan SPM sebagai calun persendirian. Bermula dari tarikh itu saya telah mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual ulangkaji setiap hari, sehinggalah sampai tarikh peperiksaan sebenar. Alhamdulillah berkat kesungguhan usaha dan tinggi disiplin diri saya telah berjaya mempoleh SPM dengan pangkat Dua. Keputusan yang agak baik itu telah menjadi kejutan oleh keluarga kerana hanya belajar seorang diri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tusyen. Semenjak tarikh intu telah memberi pengajaran yang mendalam dalam pemikiran saya , bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu cita-cita kita mesti berubah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kuat berusaha, mendisiplin diri dan sentiasa bergantung kepada kuasa Allah , Bertawakal kepda Allah setelah berusaha sedaya upaya mungkin. InsyaAllah kejayaan akan menunggu di hadapan.
Bermula dari tarikh berkenaan saya telah menjalani satu pembelajaran yang amat berharga dalam kamus kehiidupan. Saya telah menjadai seorang belia yang mempunyai semangat jitu yang tinggi dalam menentukan masa depan kehiudpan saya. Mempunyai keyakinan bahawa seseorang akan beroleh kejayaan dalam cita–cita hidupnya jika ia mempunyai keyakinan diri untuk berjaya di masa hadapan. Mendisiplin diri, kuat berusaha pasti akan mencapai kejayaan.
Setelah memperolehi SPM dengn Pangkat 2, Ayah telah menghantar saya belajar di Sekolah Menengah Swasta untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Berbekalkan semangat ingin berjaya yang tinggi, saya telah mendapat kejayaan dalam perperiksaan STPM memperolehi keputusan 4 Prinsipal. Keputusannya adalah di antara yang terbaik di sekolah saya dan diseluruh Negeri Kelantan pada masa itu (1975).
Seterusnya saya telah melanjutkan peljaran ke peringkat Universiti di USM dan setelah empat tahun saya berjaya memperolehi ijazah Sarjan Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Dengan Kepujian.
Daripada rintitan peristiwa yang diceritakan di atas, dapat di ambil iktibar bahawa dengan memiliki sifat yang positif dan tidak mengenal putus asa, serta menganggap segala cabaran dan kepritan hidup yang dialami adalah salah satu ujian yang ditentukan oleh Allah untuk melihat sejauhmana kita mampu menerimanya dan dapat mengatasinya dengan IzinNya. Jika kita mempu mengalami segala dugaan dan cabaran kesukaran itu, maka kita akan membawa obor kejayaan dalam kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Insya Allah kehidupan kita akan beroleh kejayaan di masa-masa hadapan. Kerana Allah berfirman “ sesiapa yang bersabar pasti akan memperolehi kejayaan’ dengan pertolonganNya dari punca yang tidak diduka sama sekali.
Pengajaran dan iktibar:
1. Jika kita yakin sesuatu yang berlaku ke atas kita sama ada susah atau senang adalah ketentuan Allah, maka kita tidak akan merasa kekecewaan dalam menempuhi ranjau-ranjua kehidupan.
2. Mereka yang beriman akan sentiasa sabar menempuh dugaan Allah. Dan pasti berkeyakinaan pada satu masa jika ianya melakukan usaha yang gigih untuk berjaya Allah akan makbulkan doa dan cita-citanya.
3. Jika suami sebagai ketua keluarga dapat memberi contoh sikap yang positif dan sentiasa memperbaiki diri, saya akan mendapat respek dari isteri dan anak-cucunya. Ini akan memudahkan tindakannya untuk menegur segala kepincangan dalam keluraganya supaya dapat diselarikan dengan kehendak ajaran Islam, dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.
4. Bila si suami dapat menjadi idola kepada keluarga kerana sikap positif dalam semua perkara,
5. maka keluarga berkenaan akan memperolehi kebahagian dan pentunjuk dari Allah, kerana Allah menjanjikan kejayaan kepada orang-orang yang sabar.
6. Dalam kehidupan kita sebagai ummah Nabi Muhammad SAW, maka kita perlulah sentiasa bergantung harap kepada Allah swt dalam apa jua kebuntuan, kerana jika bermunajat kepada Allah bagi mengatisi sesuatu kesulitan yangd sayalami, Allaj amat menukai umat manusia yang sentiasa memohon pertolongan dariNya,
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.