INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 12/12/2014
IKHAWAN MUSLIMIM,
Dalam kekecuhan kita mendengar berita-berita berkenaan anggota masyarakat dan anak-anak muda kita yang terbabit dalam kegiatan maksiat brkaitan dengan seks, seperti seks bebas dan seks rambang kes-kes pelacuran, GRO , UMAH URUT, kelab-kelab malam, vedio lucah (porno) laman web lucah, pengguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks, dan pembunuhan. Makan penyelesaian yang di ajar oleh Islam perlulah di teliti untuk difahami dan diguna pakai.
Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam jenayah seks dan penzinaan adalah disebabkan kegagalan benting diri untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Islam mengenakan hukuman yang peling berat kepada penzina, iaitu direjam sampai mati bagi penzina yang pernah berkahwin dan disebatkan 100 kali jika mereka yang belum berkahwin.
Hukuman keras yang di jatuhkan oleh Islam itu adalah kerana ia adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nisab atau keturunan hina berpanjangan. Pergaulan bebas adalah punca utama . ketahuilah seorang lelaki yang mendekati wanita bukan mahramnya dia telah mendekati pintu perzinaan.
Firman Allah dalam surah Isra’ ayat 32 bermaksud: “Dan jangalah kamu menghapiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.
Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab yang amat pedih di neraka jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda dari panasnya api di dunia ini. Dalam beberap hadis disebut bahawa di akhirat kelak Allah tidak akan menegur, tidak menyapa dan tidak memandang orang yang melakukan zina dan mereka tidak bertaubat nasuha, Ketahuilah seberapa dekatnya kita dengan pintu perzinaan maka semakin dekat juga Allah akan menimpa maksiat kepada kita, mungkin ia tidak terkena kepada diri kita tetapi maksiat akan berleluasa pada anak cucu kita dan mereka mudah terjebak dengan gejalan perzinaan,
Nafsu seks adalah fitrah manusia anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujukan kasih sayang dan mendapat ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun hawa hafsu hendaklah di salurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ setiap kali seseorang itu bertakbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mukar juga adalah sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami tanya kepada Rasulullah. “ adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala ?’. Baginda bersabda, “ tidakah kamu sedar jika melakukan sahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya jika melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”.(HR Muslim).
Selaras dengan usaha untuk mengawal pintu nafsu, maka hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh mendorong melakukan perzinaan.
Ibu bapa disarankan supaya memeberi tumpuan kepada anak-anak semenjak akhir baligh sehingga umur 30 tahun, kerana di usia golongan ini berada diperingkat segala-galanya memuncak kecuali kematangan. Kebiasaannya pada peringkat usia ini nafsunya tinggi, semangat kuat,tengan berlebihan, hasrat ingin mencuba juga amat kuat, oleh itu ibu bapa perlu perihatin tentang naluri anak dalam usia ini dan jika telah ada pasangan yang ingin dinikihinya maka permudahkan segala urusannya.
Segala amalan budaya dan adat yang menyusahkan seperti meletkakan hantaran yang tinggi, mengadakan majlis walimatulurus secara besar-besaran dan membazir hedaklah di hentikan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan kembali kepada ajaran Islam yang mencadangkan supay urusan perkahwinan di permudahkan , hantaran kahwin mengikut kemampuan bakal suami, mejalis yang sederhana dan tidak membazir.
Sumber: MAIK
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.