RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 1 May 2015

KENAPA NIKAH GANTUNG ?

NIKAH GANTUNG




Perbandingan Bertunang, Nikah Gantung dan Pasangan Suami Isteri Biasa
Perkara
Pasangan Bertunang
Pasangan Nikah Gantung
Suami-Isteri Biasa
Berdua-duaan
Tak boleh
Boleh
Boleh
Berpeluk, bercium
Tak boleh
Boleh
Boleh
Bersetubuh
Tak boleh
Boleh. Nikah khitbah bertukar kepada nikah biasa
Boleh
Tinggal serumah
Tak boleh
Boleh. Nikah khitbah bertukar kepada nikah biasa
Boleh
Kenduri kahwin
Belum diadakan
Belum diadakan
Sudah diadakan
Nafkah pengantin perempuan
Dari ayah
Dari ayah atau suami
Dari suami

Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung
Khitbah bermaksud pertunanganNikah khitbah atau nikah gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi nikah khitbah adalah pernikahan yang memenuhi syarat pernikahan yang biasa, cuma tak ada kenduri dan pasangan masih duduk berasingan (sebab itu sering dipanggil nikah gantung). Bezanya, pasangan yang bertunang cara biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah nikah gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.
 
Nikah gantung bukan nikah yang dirahsiakan. Nikah rahsia dipanggil Nikah Siri, dari perkataan Arab, sirri yang bermaksud rahsia. Pasangan yang nikah siri akan merahsiakan pernikahan mereka dari Pejabat Agama atau dari keluarga, terutamanya wali pengantin perempuan. 

Cara dan Syarat Nikah Gantung menurut Islam
Tak ada bezanya cara dan syarat nikah gantung berbanding pernikahan biasa. Rukun nikah perlu dipatuhi:
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin perempuan
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul
Yang membezakan nikah gantung dari perkahwinan biasa ialah pasangan tidak tinggal bersama dan kenduri kahwin tidak diadakan sehingga pasangan bersedia untuk tinggal bersama seperti pasangan lain, atau berlaku senggama diantara mereka.
Dalam pada itu, pernikahan di mana pasangan tidak tinggal bersama tetapi mereka melakukan senggama dipanggil nikah misyar. Perkahwinan misyar pun memenuhi syarat-syarat sah nikah dan sering berlaku dalam poligami dimana isteri pertama tidak diberitahu tentang kehadiran isteri kedua. 
Hukum Nikah Gantung
Oleh kerana nikah khitbah memenuhi semua syarat sah nikah, maka hukumnya ialah sah. Rasulullah dan Aisyah pun telah nikah khitbah untuk tempoh selama hampir 3 tahun. Maka ini membuatkan hukum nikah khitbah bukan saja sah, tetapi juga sunnah. 
Penjelasan Nikah Gantung;

Antara Nikah Gantung dan Bertunang
Bertunang adalah amalan lazim masyarakat kita. Tapi pertunangan bolehlah dianggap sebagai perjanjian untuk berkahwin. Perkahwinan belum lagi berlangsung. Hubungan diantara pasangan belum lagi halal. Mereka belum boleh berdua-duaan. kalau berlaku hubungan seks diantara mereka, mereka berzina. 
Nikah gantung pula adalah pernikahan yang sah disisi hukum syarak, cuma mereka belum tinggal serumah seperti pasangan suami-isteri yang lain. Namun begitu, pasangan yang telah nikah khitbah bebas untuk berdua-duaan. Kalau berlaku hubungan seks diantara mereka, mereka tidak berzina kerana mereka telah berkahwin dengan sah. 
Dalam masyarakat yang membenarkan lelaki dan perempuan bergaul agak bebas seprti dalam masyarakat di Malaysia ini, adalah lebih baik jika pasangan disatukan dengan nikah gantung, bukan ditunangkan, sementara menunggu hari kenduri kahwin dan pasangan berkenaan hidup bersama serumah. 

Zina Semakin Berleluasa
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai dikalangan remaja dan dewasa yang terlibat dengan zina. Ini dapat dilihat dari bilangan anak yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa nama bapa. Setiap anak yang didaftarkan tanpa nama bapa adalah anak yang dilahirkan diluar perkahwinan. JPN melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008 - tempoh 91 bulan. Ini bermakna bahawa purata lebih kurang 33,900 orang anak tak sah taraf dilahirkan setiap tahun, atau seorang anak tak sah taraf dilahirkan setiap 15 minit!
Kita tahu bahawa tak semua kes zina menghasilkan anak tak sah taraf. Mungkin dalam berpuluh kes zina, hanya satu yang berkesudahan lahirnya anak tak sah taraf. Dan kita tak tahu berapa ramai pula wanita yang hamil hasil zina, kemudian menggugurkan kandungan mereka. Ada juga yang berzina tapi bernasib baik - belum hamil. Yang lainnya pula mungkin mengamalkan salah satu cara perancang keluarga untuk mengelak dari hamil. 
Jika ada 33,900 bayi tak sah taraf yang lahir dalam setahun, tentulah bilangan pasangan yang terlibat pun 33,900 pasangan juga. Dan jika satu anak lahir bagi hanya 15 pasangan yang berzina, ini bermakna bahawa 508,500 pasangan - atau lebih sejuta orang - hidup dalam zina! Amat jelas bahawa masalah yang dihadapi adalah besar! Nikah gantung adalah SALAH SATU cara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan berkesan, terutamanya di kalangan remaja.

Marilah kita membuat perubahan dalam mengadakan Majlis Perkahwinan dengan mempermudahkan ;alam


Wallahu'alam

 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.