TIPS CARA ISTERI MEMBAHAGIAKAN SUAMI SEMASA HUBUNGAN INTIM:
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah yakin 100% bahawa apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya.
Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1) Berani berinisiatif:
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual, inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Lazimnya isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk 'bersama' dan keseronokan bersama ini akan membahagiakan hubungan suami isteri dalam sesebuah rumah tangga..
2) Menghias Diri:
Apabila ingin 'bersama', isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk 'bersama'. Oleh itu, sebelum 'bersama',jika badan terasa berpeluh atau berbau, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum dan persekitaran yang memberahikan.
3) Rapikan Kamar Tidur:
Sebelum 'bersama', rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk 'bersama' dengan anda. Ia melahirkan suasana romantik yang menyeronokkan.
4) Bersifat Aktif:
Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk 'bersama'. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif dan cuba berperanan untuk melahirkan kegairah nafsu pasangan. Sayangnya dalam perkara ini kebiasaannya yang aktif selalunya adalah suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif.
5) Penuhi Kehendaknya:
Ketika 'bersama' isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulkan rasa frust dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar tabii. Kerana memenuhi kehendak suami anda akan di berik ganjaran pahala oleh Allah SWT. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat. Ini akan sentiasa mengkalkan cinta dan kasih sayang suami isteri.
6) Tidak Statik:
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Terutamanya bagi budaya orang timur seperti bangsa Melayu. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.Oleh itu anda perlu mencari ilmu untuk membolehkan pelbagai gaya dan teknik yang boleh menyemarakkan hubungan intim suami isteri. Cuma perlu berhati-hati supaya teknik yang di amalkan itu tidak bertetangan dengan syarak dan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
7) Bersikap Sopan:
Ketika 'bersama', isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan, lemah lembut dan manja. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk 'bersama'. Hubungan intim semasa nafsu suami sedang memuncak akan memberi kepusasan yang terbaik bagi suami isteri. Ini akan membolehkan hubungan kasih sayang bertambah jitu dan berkekalan sepanjang masa.
8) Tidak Mengungkit Kelemahannya:
Jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami dan melahirkan perasaan malu serta curiga suami kepada isteri. Jika isteri dapati suami mempunyai kelemahan seperti cepat klimaks, perlu dari cari keadah bagi membolehkan ianya bertahan lebih lama, umpayanya semasa hendak memulakan bersama cuba beri peluang kepada suami mencari temapat-tempat sensitif yang akan mempercepatkan kegairahan isteri. Bila isteri telah bersedia barulah mulakan hubungan intim seksual, semoga tindakan sebegini akan berjaya memberi kepuasan bersama.
9) Tidak Mengeluh:
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk 'bersama' menurun. Pendamkan perasan ketidak puasan anda jika pada masa-masa tertentu suami terlebih dahulu kandas, Bila keinganan sumai untuk bersama datnag kembali, cuba gunakan tektik yang boleh memberi kegairah kepada anda sebelum meneruskan hubungan intim seksual dengan suami.
10)Jangan Banyak Berbual:
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang 'bersama'. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam menikmati hubungan 'bersama' anda. Jika ingin berbual perlulah berkisar kepada perkara yang boleh memberahikan lagu suasana hubungan intim suami isteri.
11) Bersifat Terbuka :
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambahkan semangat suami ketika 'bersama'. Bila suami isteri telah memahami kehendak dan kesukaan masing-masing semasa bersama ianya akan membuahkan rasa kepuasan dan keseronokan hubungan inti suami isteri .
12) Beri Pujian:
Setelah selesai 'bersama', jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.
Tips yang disarankan di atas adalah salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan oleh isteri untuk memberi khidmat yang terbaik kepada suami semasa merka bersama. Yang menentukan segala-galanya mencapai kepuasan yang terbaik dan memberi kesan yang mantap kepada hubungan intim suami isteri ialah Allah. Oleh itu jangan lupa untuk sentiasa memohon rustu-Nya supaya hubungan cinta dan kasih sayang sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat pada setiap kali anda melakukan solat fardu 5 waktu sehari semalam. Insya Allah akan memperolehi kerahmatan dan kebahagian hidup suami isteri sepanjang masa.
Wllahu'alam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.