Buah-buahan Yang Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Strok
Berdasarkan statistik berkaitan penyakit stroke tahun 2012, lembaga American Stroke Association menyatakan sejumlah 79,000 orang di Amerika sahaja mengidap penyakit strok. Ini bermakna setiap 40 sat terdapat seorang yang terkena stroke.
Penyakit pembuluh darah ini bisanya disebabkan oleh tersumbatnya aliran darah—yang dipanggil sebagai stroke iskemik—atau pecahnya pembuluh darah sehingga aliran darah tidak menglir ke otak—yang disebut stroke hemorrhagik.
Gejala stroke yang umum adalah matinya sensor atau respon sebahagian tubuh karena rusaknya jaringan otak. Ramai orang sudah mengetahui bahwa dengan memakan buah-buahan setiap hari dapat bermanfaat untuk kesihatan, tetapi hanya sedikit yang tahu bahwa buah-buahan juga boleh mencegah penyakit strok. Dintara buah-buahan yang dapat megurangi penyakit strok ialah:-
1. Tomato
Kebanyakan kita memakan tomato hanya untuk menjadikant makanan lebih enak. Tetapi hakikatnya isi tomato mempunyai banyak khasiat. Hasil penyelidikan mendapati bahwa kandungan lycopene, zat berwarna merah dalam tomato, dapat menurunkan resiko stroke untuk lelaki dewasa.
Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal Neurology . menyatakan 1,031 lelaki dewasa yang dibahagikan dalam empat kumpulan. Pada kajian awal didapati 25 kes penyakit strok dari 258 orang lelaki yang kadar lycopene dalam darahnya adalah kecil.
Sementara, hanya ada 11 kes penyakit stroke dari 258 orang lelaki dengan kadar lycopene darah yang tinggi. Dr. Jouni Karppi, dari University of Eastern Finland di Kuopio, menyatakan, ”Kajian ini menambah bukti bahwa menu buah dan sayuran dalam diet sangat penting untuk menurunkan resiko penyakit strok.”
2. Citrus (Limau Nipis)
Memakan buah asam, atau sejenisnya, sering dikaitkan dengan kehidupan yang sehat. Tetapi, rupanya tidak hanya itu sahaja. Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal Stroke menyatkan bahwa buah limau nipis dan sejenis dengannya, dapat menurunkan hingga 19 peratus resiko strok iskemik, yang disebabkan oleh tersumbatnya pembuluh darah ke otak.
Penemuan ini merupakan sebahagian hasil kajian Nurses’ Health Study, yang melibatkan hampir 70,000 wanita. Para penyelidik tersebut mendapati kadar zat flavonoid yang terdapat dalam berbagai buah limau adalah tinggi dan mereka merumuskan bahwa setiap orang disarankan makan 2-4 hidangan buah seumpma itu setiap hari untuk menurunkan resiko penyakit strok.
Para pnyelidik sebelumnya juga telah menemui bahwa vitamin C dan kalium, yang boleh didapati dalam kadar yang tinggi dalam buah-buahan ini, juga dapat membantu melindungi kita dari diserang penyakit jantung dan strok.
3. Kacang Soya
Kacang soya, dalam bentuk susu atau makanan lain, rasanya sangat enak sekali. Namun, kacang soya juga bermanfaat dalam menurunkan resiko penyakit strok. Kacang soya dapat menurunkan kolesterol, khususnya kolesterol jahat (LDL) hingga 28 peratus. Angka ini hampir menyamai angka yang dicapai dengan menggunakan ubat –ubatan untuk kolesterol.
4. Noni (Mengkudu)
Buah Noni (Mengkudu) terkenal kerana kemampuannya mengawal tekanan darah supaya tetap stabil. Oleh itu jus noni sering digunakan untuk menurunkan tekanan darah oleh pesakit darah tinggi, dan dengan demikian mencegah terjadinya penyakit strok.
Buah Noni mempunyai kandungan xeronin, juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lainnya, yang dapat memperbaiki fungsi tubuh sehingga membolehkannya digunakan untuk terapi strok.
5. Epal
‘Sebiji epal jika dimakan sehari, kita tidak perlu berjumpa doktor,’ begitulah kata-kata pepatah barat. banyak pakar gizi menyetujui hal itu. Sebutir epal sehari dapat menurunkan resiko penyakit strok hingga 50 peratus.
Buah ini kaya dengann kandungan quercetin yang terbukti mampu mengatasi inflamasi. Tentu hal ini berguna untuk meningkat pengerasan pembuluh darah yang seringkali terjadi disebabkan oleh inflamasi.
6. Pisang
Pisang kaya dengan kandungan kalium. Hasil kajian mendapati bahwa diet rendah kalium (kurang dari 1.5 gram se hari) dapat meningkatkan resiko penyakit strok hingga 28 peratus.
Kajian oleh Health Professionals Follow-Up Study mendapati bahwa pengmbilan buah yang mengandung banyak kalium setiap hari ternyata dapat mengurankan rikos rendah mengalami resiko peyakit stroke sebanyak 38 peratus.
7. Kekacang
Kekacang juga baik untuk kesihatan pembuluh darah kerana mengandung banyak asid folat. Menurut setu kajian selama 20 tahun terhadap 1,000 orang dewasa, mengambil makanan yang mengandungi asid folat yang tinggi dapat mengurangkan resiko penyakit strok hingga 20 peratus.
Buah-buahan yang dikemukan di atas adalah sebahagian daripada rahmat Allah yang dikurniakan kepada manusia untuk mengambil manafaat darinya. Oleh itu setelah di ketahui khasiatnya untuk kesihatan kita, adalah lebih baik mulai sekarang kita cuba merancang pemakanan harian kita dengan menyediakan menu yang juga dimasukkan hidangan buah-buahan utntuk dimakan setiap hari.
Sungguhpun begitu kita perlu ingat bahawa sebgai insan hamba Allah kita hanya mampu berikhtiar sahaja untuk menjaga kesihatan kita, yang menentukan sama ada kita sihat atau sebaliknya adalah Allah. “ Manusia hanya mampu merancang, yang menentukan perancanga kita menjadi adalah Allah”
Sehubungan itu selalulah ingati Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan akan dikurniakan Rahmat-Nya yang membolehkan kita sihat sentiasa untuk mengabdikan diri kepada-Nya setaip masa.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.