RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday, 26 April 2015

KELUARGA BAHAGIA ( Bercinta Sampai Syurga) : BILA BERJAUHAN, TELEFON ISTERI ATAUPUN SMS

   Bila berjauhan, Telefon isteri ataupun hantar SMS.


“ Darling, abang dah sampai di hotel ini. I love You, Miss you so much”.  Saya menelefon isteri sebaik sahaja sampai di hotel.

Saya mempunyai tugas luar untuk dua malam. Sekali setahun adalah biasa, kerana di lantikan sebagai ‘panel hakim’ Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Inilah situasi hubungan saya dan isteri apabila ada tugas outstation.

Malah pernah juga dibuat flash back tentang hubungan intim kami pada malam sebelumnya.
“ ayang tinggal sorang tidur malam sejuk ke”. Saya begurau semasa telefon bertanya khabar.
‘ sejuklah, kenapa abang tinggal ayang”. Isteri jawab dengan suara manja.
“ bukanya tinggal, tapi dah ada tugas, ajak datang tak nak”. Saya mencelah.
“letih lah bang naik kereta jauh sangat’. Isteri jelas keputusannya tak mahu ikut.
“ okey lah…. Nanti abang kelik nanti tak takut lah”
‘ abang balik lagi ayang takut: isteri berseloroh.
“ Takut kena gomo ye”.
“ Tau tak apa” isteri mejawab gurauan saya.
“ ok lah bang, ayang tunggu tu, nati balik jaga dia, ayang gusti samapi K.O.”
“ Yalah, abang serender. Takuuut laaaa”. Gas pun tak kuat mana dah la ni.” Saya berseloroh mengusik isteri.

Amalan sebegini biasa saya lakukan bila saja berjauhan dengan isteri, ia amat bermakna bagi saya kerana cara ini dapat mengekalkan kehangatan cinta kami sepanjang masa Inysya Allah. Bila gurauwan sebegini di biasakan mebuatkan perhubungan suami isteri akan kekal intim dan dapat melawan nafsu sarakah syaitan yang akan cuba mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat. Terutamanya apabila kita berjauhan, Rasulullah SAW bersabda:

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." ( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Kedah  romantis ini juga adalah amalah sunnah Rasulullah SAW  yang sentiasa memuji kecantikan dan kebaikan isterinya. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Setelah isteri telah menjadi lumpuh saya masih teruskan amalan ini, malah lebih kerap lagi perbualan kami melalui telefon pada setiap hari, ianya juga ada kaitan dengan hasrat saya untuk menyelia dan  mendapat kepastian yang isteri makan ubat mengikut jadual, serta juga mempastikan tidak berlaku situasi kemurungan di dalam pemikirannya, kerana pernah berlaku bila isteri  kemurungan dia akan menjadi  ‘fit’ ( tidak sedarkan diri). Situasi sebegini jika berlaku secara kerap boleh menjejaskan kesihatannya.

Perbuatan sering menelefon isteri semasa di luar adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubung kasih sayang di antara suami isteri. Cuba kita imbas kembali semasa kita masih remaja dahulu, hampir setiap minit fikiran kita sentiasa ingatkan kepada pasangan kita.

Sekali sekala ada juga saya  menghantar masej melalui sms, ini biasa saya lakukan bila panggilan telefon tidak di jawab untuk beberapa kali panggilan yang saya buat, mungkin semasa saya panggil isteri sedang tidur atau berada di luar bilik. Dengan menghantar SMS kami dapat terus berkomunikasi walaupun tidak bercakap secara langsung. Tindakan ini mebolehkan naluri kami sentiasa menyanyangi di antara satu sama lain walaupun kami berjauhan.


Pengajaran dan iktibar:

1.  Suami perlu sentiasa menghubungi isteri walau dimana mereka berada, dengan tujuan untuk membolehkan hatinya sentiasa mengingati  isterinya, sentiasa mengasihinya dan memerlukan belaian kasih sayang sentiasa ( telah menjadi sunnatullah bagi isteri yang telah berkahwin adalah amat sedikit yang mempunyai naluri untuk menduakan suami, kecuali ada situasi tertentu yang mebuatkan ianya mencuriga kesetiaan si suami terhadapnya. Dan juga ada pihak ketiaga yang cuba menggoda si isteri ). Keakraban hubungan suami isteri yang di perbaharui dari masa oleh mereka berdua akan menjadi perisai yang amat berkesan untuk menghalang kerja-kerja jahat syaitan yang akan cuba memperok perandakan kerukunan rumah tangga. Kerana telah menjadi rutin syaitan adalah untuk melihat rumah tanggga berkecai dan sumai isteri yang frust akan melakukan maksiat dan yang paling hina melakukan zina, yang akan menjuruskan kita di neraka jahanam di akhirat kelak.

Firman Allah:
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Isra’:32)

2.    Daripada pengamatan kita di dapati rumah tangga yang pada awalnya amat bahagia sekali, tetapi setelah berkahwin melebihi tiga hingga empat tahun, sisuami tidak lagi memperbahrui cinta dan kasih sayang mereka, manakala si isteri pula sibuk dengan kerenah anak-anak mereka yang sendang membesar dan menyebakan tumpuan kepada si suami semangkin berkurangan. Syaitan akan menggoda nafsu si suami untuk mula berjinak-jinak dengan aktiviti maksiat di luar, pada awalnya hanyalah pergi ke kelab-kelab malam atau ke kafe untuk berkaroe, katanya hanya untuk melepaskan rasa stress disebabkan tekanan kerja. Lama kelamaan akan menjadi satu rutin sisuami untuk mendapat hiburan dan belian kasih sayang dari wanita di luar sana. Akhirnya akan terjebak dengan perbuat dosa yang lebih besar seperti mealakukan zina dan sebagainyan. Naauzubaillah himinizalik.

3.    Suami sebagai peneraju dalam rumah tangga perlu mebuktikan kejujuran dan kesetiaan kepada perkahwinan mereka. Oleh itu apabila suami mempunyai tugas luar untuk beberapa hari ianya perlu menghubungi isterinya melalui telefon bagi mendekatkan tali kasih sayang mereka, dengan berbual mesra dengan isteri akan dapat menghindar dirinya daripada dihasut oleh syaitan untuk melakukan maksiat. Perbualan telefon secara berterusan akan menyebabkan suami merasai dia sentaisa bersama isterinya walaupun dimana dia berada. Lebih lagi bila di sematkan dengan unsur iman dan taqwa sperti ungkapan “ jika ada daging yang segar, bersih, suci dan halal kenapa pula ingin makan daging yang busuk, kotor, jejek, haram dan berdosa besar’.


 wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.