Imam al-Bukhārī dalam kitab al-S!ah)īh) menyebutkan beberapa kisah yang bernilai bagi para pembaca yang dapat dijadikan teladan dalam masalalah kesabaran. Di antaranya adalah kisah kesabaran Zaid bin Arqām r.a. yang kehilangan kemampuan melihatnya (penglihatannya). Zaid menyebutkan kisah peribadinya: “Kemampuan penglihatan mataku berkurang. Suatu hari baginda Rasulullah s.a.w. berziarah kepadaku dan berkata: Wahai Zaid. Jika penglihatanmu hilang apa yang akan kamu lakukan? Zaid menjawab: Saya akan bersabar dan dalam keadaan seperti itu saya akan mencari pahala dari Allah s.w.t.. Apabila mata kamu hilang kemudian kamu menerimanya dengan bersabar dan mencari pahala dari Allah (dengan keadaan itu) maka pahalamu adalah surga (kamu akan mendapatkan surga kelak di hari Pembalasan).[1]
Terdapat juga kisah yang serupa, iaitu kisah kesabaran Umm Hārithah r.a. di saat puteranya meninggal dunia yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Muslim. Sahabat Anas r.a. menceritakan bahawa Hārithah bin Surāqah r.a. meninggal dunia sewaktu ia mengikuti rombongan perang Badar. Pada waktu itu, Hārithah berada dalam barisan pelapis kedua, yang sedang bersiap-siap menunggu perintah komando untuk menyerang. Namun anak panah mengenai tubuhnya dan akhirnya dia meninggal dunia sebelum masuk terjun dalam medan pertempuran. Ibu Hārithah datang dan bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasul, beritahukan kepadaku nasib Hārithah! Jika ia berada di surga maka aku menerimanya dan bersabar. Namun jika ia tidak di surga maka biarkan Allah melihat apa yang akan aku lakukan (iaitu meratapi kematian Hārithah. Pada waktu itu meratapi kematian seseorang (niyāh)ah)) belum diharamkan), Rasulullah s.a.w. menjawab: Wahai ibu, Kenikmatan surga sangat melimpah. Sesungguhnya puteramu mendapatkan surga Firdaus yang paling tinggi”[2]
Dalam sunan al-Baihaqū, dari riwayat sahabat Anas r.a. disebutkan bahawa Umm Hārithah berkata: Wahai Rasulullah, bagi tahu kepadaku nasib Hārithah! Jika ia berada di surga maka aku menerimanya dan bersabar. Namun jika ia tidak di berada dalam surga maka aku akan menangis meratapinya. Rasulullah s.a.w. menjawab: Wahai ibu. Kenikmatan surga sangat melimpah. Sesungguhnya puteramu mendapatkan surga Firdaus yang paling tinggi.[3]
Kisah tentang kesabaran yang lain yang tercatat dalam kitab hadith adalah kesabaran Abū T)alh)ah dan Umm Sulaim atas kematian puteranya.
Imam al-Bukhārī meriwayatkan kisah dari sahabat Anas r.a. yang menceritakan bahwa, Putera Abū T)alh)ah r.a. merintih kesakitan. Di saat Abū T)alh)ah pergi, puteranya meninggal dunia. Setelah ia kembali ke rumahnya, dia bertanya kepada isterinya: Bagimana keadaan puteraku? Isterinya yang bernama Umm Sulaim menjawab: Dia dalam keadaan sangat tenang. Kemudian Umm Sulaim menghidangkan makan malam kepada suaminya. Setelah selesai makan malam Abū T)alh)ah kemudian menggauli isterinya. Setelah selesai, Umm Sulaim berkata: Orang-orang telah mengubur puteramu. Ketika pagi menyingsing, Abū T)alh)ah datang menghadap Rasulullah dan menceritkan apa yang terjadi. Rasul bertanya: Apakah kalian semalam melakukan hubungan suami isteri? “Benar wahai Rasul” jawab Abū T)alh)ah. Kemudian Rasulullah berdoa: “Ya Allah semoga Engkau memberikan keberkahan kepada keduanya’. (Beberapa bulan kemudian) Umm Sulaim melahirkan. Abū T)alh)ah datang dan berkata kepadaku (Anas), Jagalah puteraku sampai kamu menghadap Rasulullah s.a.w.! Kemudian Abū T)alh)ah menghadap Rasul dengan membawa puteranya itu, dan Umm Sulaim memberikan kurma kepada Abū T)alh)ah untuk dibawa. Semasa ia sampai di hadapan Rasulullah, Rasul menggendong putera Abū T)alh)ah dan bertanya: Apakah dia mempunyai sesuatu? “Ada wahai Rasul, kurma,” jawab orang-orang yang hadir di sekitarnya. Rasul kemudian mengambil kurma tersebut, mengunyahnya lantas membuka mulut putera Abū T)alh)ah dan memasukkan kurma yang dikunyahnya itu ke dalam mulut putera Abū T)alh)ah, kemudian Nabi memberikan nama ‘Abdullāh kepada putera tersebut.[4]
Di tempat lain Imam al-Bukhārī meriwayatkan hadith yang serupa dengan tambahan sedikit dan perbezaan susunan kalimat. Dalam hadith tersebut disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa: “Semoga Allah memberikan keberkahan kepada keduanya pada malam tersebut.”Sufyān menceritakan bahawa salah seorang sahabat Ans),ār berkata: “Saya perhatikan budak tersebut (‘Abdullāh) mempunyai sembilan anak dan semuanya pandai dalam al-Qur’an (ahli al-Qur’an).”[5]
***
Setelah penghuraian kisah-kisah di atas, muncul pertanyaan berkaitan dengan pembahasan kita sekarang ini, iaitu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesabaran. Dalam literatur keilmuwan Islam kita menemukan banyak definisi yang telah diajukan oleh para ulama mengenahi erti perkataan sabar ini. Di antaranya adalah definisi yang disebutkan oleh Imam al-Ghazālī. Dalam kitab Ihyā’ Ulūm al-Dīin, Imam al-Ghazālī berkata: “Sabar adalah menerima dengan lapang dada terhadap hal-hal yang menyakitkan dan menyusahkan serta menahan rasa marah atas perlakuan kasar. Sesiapa masih mengeluh apabila diperlakukan buruk oleh orang lain, maka hal itu menunjukkan masih buruknya akhlak orang tersebut, kerana akhlak yang mulia sesungguhnya adalah menerima dengan lapang dada semua bentuk perlakuan yang menyakitkan.”[6]
Di tempat lain dalam kitab Ihyā’ Ulūm al-Dīn, Imam al-Ghazālī berkata: “Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sabar adalah ketetapan hati yang didorong oleh dorongan keagamaan untuk melawan keinginan-keinginan yang muncul akibat dorongan hawa nafsu.”Sabar terbagi menjadi dua:
Pertama, kesabaran lahiriyah, seperti menahan kejengkelan ketika menghadapi kesusahan-kesusahan dalam melaksanakan ibadah atau tindakan-tindakan yang lain selama tindakan tersebut masih sejalan dengan semangat ajaran Islam.
Kedua, kesabaran batiniyah, iaitu menahan diri dari dorongan-dorongan syahwat dan keinginan hawa nafsu. Jika kesabaran itu untuk menahan keinginan nafsu perut dan kelamin maka dinamakan dengan al-‘Iffah atau menjaga kehormatan. Jika kesabaran tersebut untuk berjuang melapangkan dada menerima musibah yang sulit diterima maka kesabaran itu disebutal-S)abr (kesabaran), kebalikan dari sikap tersebut adalah al-Jaz‘u (sikap cemas) dan al-Hal‘u (sikap panik serta berkeluh kesah). Jika potensi kesabaran itu untuk menahan nafsu memburu kekayaan maka namanya adalah menahan diri atau D!abt) al-nafs, kebalikan darinya adalah al-Bat)r atau sombong dalam berobsesi. Jika kesabaran itu digunakan untuk melapangkan dada menghadapi musuh dalam peperangan maka namanya adalah keberanian atau al-Sajā‘ah. Jika kesabaran itu digunakan untuk menerima bencana-bencana alam yang menimpa maka namanya adalah kelapangan dada atau Sa‘ah al-S)adr dan kebalikannya adalah al-D!ajr atau gelisah dan al-Tabarrum atau keluh kesah. Apabila kesabaran itu digunakan untuk menahan ucapan maka namanya adalah menyimpan rahasia atau Kitmān al-Sirr. Dan jika digunakan untuk menahan diri dari menikmati keperluan-kepeluan sekender atau komplementer dalam hidup ini, namanya adalah Qanā‘ah atau menerima dengan senang hati dan kebalikannya adalah al-Syarah atau rakus dan tamak.
Begitulah, kebanyakan perilaku-perilaku yang muncul dari dorongan semangat keimanan termasuk dalam kategori kesabaran. Kerananya di saat Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apa itu Iman, Beliau menjawab: “Iman adalah kesabaran.” Kerana sabar merupakan asas dari segala macam amal perbuatan kebajikan yang bersumber dari keimanan, bahkan termasuk amal perbuatan yang paling utama, sebagaimana ketika Rasul ditanya tentang apa itu hají, Beliau mejawab: “Haji adalah wuquf di Arafah.” Ini menunjukkan bahawa wukuf di Arafah adalah amalan terpenting dalam ritual ibadah haji.
Wallahu'alam.
[2] Lihat, al-Bidāyah wa al-Nihāyah (3/274).
[3] H. R. al-Baihaqī (9/167).
[4] H. R. al-Bukhārī (2/822).
[5] H. R. al-Bukhārī (1/174).
[6] Ihyā’ Ulūm al-Dīn (3/61).
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.