Bulan Ramadan akan menjelma dalam
tempuh tidak sampai dau bulan lagi. Menjadi kebiasaan masyarakat di Malayasia
malah di kebanyakan Negara di Asean. Kita akan ketemui bahawa di sepanjang
bulan Ramadan semasa solat tarawih masjid dan surau akan dipenuhi oleh para Jemaah.
Terutamanya pada malam minggu pertama Puasa Ramadan. Kenapa berlaku begini.
Mungkin pada bulan Ramadan di motivasi dengan adanya gandaan pahala yang di
janjikan oleh Allah. Maka untuk itu ramai yang berpusu-pusu ke masjid untuk
solah terawih, sedangkan masa solat fardi di hari-hari biasa yang digalakkan
oleh Rasullah SAW supaya berjemaah diambil mudah sahaja.
Dari Abu Hurairah, beliau mendengar Rasulullah sallallahu
’alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab
dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya. Rabb kita Jalla
wa ‘Azza berfirman kepada malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui;
‘Periksalah solat hamba-Ku, sempurnakah atau ada kekurangan?’ Sekiranya
sempurna, maka akan dituliskan baginya dengan sempurna, dan jika terdapat
kekurangan maka Allah berfirman, ‘periksalah lagi, apakah hamba-Ku memiliki
amalan solat sunat?’ Jikalau terdapat solat sunatnya, Allah berfirman,
‘Sempurnakanlah kekurangan yang ada pada solat wajib hamba-Ku itu dengan solat
sunatnya.’ kemudian semua amalan manusia akan dihisab dengan cara demikian.” (HR.
Abu Daud no. 964, At-Tirmizi no. 413, An-Nasai no. 461-463, dan Ibnu Majah no.
1425. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2571)
Melihat jumlah jemaah solat sunat tarawih yang lebih banyak
daripada jemaah solat fardhu beberapa malam ini (bulan ramadhan) membuatkan
saya ingin mengutarakan kepentingan dari kedua solat itu. Dengan niat saling
menasihati, kerana Allah berfirman “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar – benar dalam kerugian. Kecuali orang – orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh, serta nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat
menasihati dalam kesabaran.” (Qs. Al -`Ashr 1- 3)
Dari hadith diatas kita ketahui bahawa, yang pertama kali
dihisab di hari akhir nanti adalah Solat Fardhu, bila solat fardhu kita kurang
sempurna maka akan disempurnakan dengan solat sunat. Ertinya kedudukan solat
fardhu lebih penting dibandingkan dengan solat sunat. Sedangkan solat sunat
adalah sebagai penyempurna solat fardhu.
Perlu diketahui bahwa solat fadhu itu ada 5 yaitu; Subuh, Zuhur,
Asar, Maghrib dan Isya’. Sedangkan solat sunat itu sangat banyak, antaranya
solat sunat Tarawih, Rawatib Qabliyah, Rawatib Ba’diyah, Dhuha, Fajar, Witir,
Tahajjud, Tahiyatul Masjid, Wudhu, dan Qiyamullail. Solat fardhu yang 5 diatas
lebih utama daripada solat sunat yang disebutkan diatas tadi. Dalam tulisan ini
penulis bermaksud membandingkan dengan solat tarawih. Saya tidak mengkerdilkan
solat tarawih, tetapi hanya ingin meluruskan paradigma berfikir kebanyakan kita
yang selama ini seolah-olah mementingkan solat tarawih dibandingkan solat
fardhu.
Maka tidak sedikit kita melihat jemaah solat tarawih lebih
banyak daripada jemaah solat fardhu. Padahal seharusnya jika pemahaman kita
sama mengenai prioriti solat ini, maka sepatutnya yang lebih banyak ialah
jemaah solat fardhu dibandingkan solat sunat lainnya.
Penulis ingin menganalogikan prioriti solat ini seperti bangunan
rumah. Diibaratkan syahadah (aqidah) itu adalah asas, solat fardhu itu adalah
tiang, sedangkan solat sunat, puasa, zakat, dan ibadah haji itu adalah papan
dan hiasan lainnya yang ditempelkan ke tiang yang berdiri diatas asas tersebut.
Jika asas tidak kuat, jika tiang tidak kuat atau bahkan tidak ada tiang ,
dimana mahu ditempel papan dan penghias tadi. Jika tidak ada tempat bergantung
jadilah papan dan perhiasan tadi sia-sia.
Dengan ini penulis mengajak kita semua mari ramaikan solat
berjemaah fardhu, juga kita ramaikan solat tarawih dan amalan-amalan lainnya.
Sehingga rumah kita disurga nanti kuat dan kukuh serta cantik juga indah karena
dihiasi dengan amalan-amalan. Jom ke masjid!!!
Wallahu’am.
- · Sumber : harithamaran
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.