RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 27 April 2015

BELAILAH HATI ISTERI ANDA

Belailah Hati Isteri wahai para suami


Untuk para suami, telitilah saranan ini untuk menjamin kerukunan rumah tangga dan kebahagiaan suami isteri.
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami serta sering membantu kewangan untuk kegunaan keluarga.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.  Seterusnya memberi respon yang boleh menyelesaikan masalahnya juga mengembirakan isteri.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. Atau membandingkan dengan kelebihan wanita lain.

4 Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Jika anda amat memerukan hubungan intim tunggulah sehingga isteri telah  bersedia atau anda lakukan aktiviti yang membolehkan rangsangan kemahuan seksnya.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jika suami sama-sama membantu penjagaan anak-anak akan dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan juga suami akan menjadi idola kepada anak-anak.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. Nabi Muhamad SAW juga sentiasa membantu isterinya menjalankan kerja-kerja rumah.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!. Yang lebih baik amalkan makan bersama isteri dan keluarga bagi mengeratkan hubungan kekluargaan.

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga). Memaklumkan kepada isteri terlebih dahulu sebelum membawa tetamu ke rumah  akan memberi penghormatan kepada isteri dan juga membolehkan isteri bersedia dan memberi imej baik isteri kepada tetamu.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Juga jangan jadikan kebiasan memgatakan sesuatu yang negetif tentang isteri. Sedangkan lebih banyak perkara positif yang ada pada dirinya. Jika tidak masakan suami memilih dia sebagai isteri semasa muda-muda dahulu. Kerana pada masa itu isteri adalah di antara wanita yang terbaik bagi si suami. 

1 0. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?. Perbuatan sebegini adalah tingkah laku yang tidak senonoh yang  juga dilarang oleh ugama dan kesusilaan budaya. Jika isteri kentut di .depan suami juga akan dimarhi oleh suami. Jadi jika kita tidak suka perkara tak elok dilakukan kepada kita maka kita janganlah melakukan kepada orang lain.

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayyang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.Islampun mengajar supaya kita menghormati kedua-dua ibu bapa dan juga mertua. Kerana mereka berdua adalah inasan yang perlu di hormati dan akan di beri ganjaran pahala kepada anak menantu yang menghormati mereka lebih-lebih lagi semasa mereka telah tua. Restu keuda ibu bapa dan mertua akan menjadikan kehidupan kita sekerluarga akan mendapat rahmat Allah dan juga dipermudahkan rezeki. 

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga.  Hendaklah  mempastikn keperluang dapat seerti minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya sentiasa mencukupi. Ia adalah tanggung jawab suami yang telah ditetapkan dalam Islam. Jika isteri membantu membeli kerpeluang ini janganlah di ambil kesempatan oleh suami untuk melarikan diri dariada tanggung jawab hakikinya. Ingatlah jika suami tidak melaksanakan amanahnya sebagaiman ditetapkan maka akan dipersoalkan di akhirat kelak.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut). Ingatlah bahawa perbelanjaan untuk keluarga yang dibuat secara ikhlas dan penuh tanggung jawab akan diberi ganjara pahala sebagai bersedekah ke jalan Allah.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?. Suami juga perlu mengamalkan sikap berdisiplin dan pembersih dalam segala tindakan di rumah semoga akan menjadi contoh teladan kepada isteri dan anak-anak. Jika suami seorang yang cincai , pengotor dan tidak berdisiplih ianya akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. rajin membantu isteri lakukan keraja rumah dalah sunnah Rasulullah SAW.  Sikap suka membantu  isteri lakukan kerja rumah akan mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. Sifat suami ringan tulang untuk membantu isteri memasak amat berguna sekali apabila berlaku kecemasan seperti isteri sakit, suami  boleh bantu memasak utuk keluarga. Lebih-lebih lagi apabila isteri mendapat sakit kronik seperti strok yang mengambil masa agak lama untuk pulih.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.Setiap orang dalam keluarga ada peranan masing-masing, oleh itu penghormatan  perlu di beri untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas masing-masing. 

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat. Perbuatan sebegini sebenarnya amat di tegah oleh Islam, ia  adalah diantara perbuatan yang tergolong di bawah dosar besar. Tindakan sebegini ibarat memeletakan bom jagka di dalam rumah tangga kita. Tiba masanya akan meletup dan akan memberi kesusahan kepada semua ahli keluarga. Fikirlah masak-masak wahai suami kerana  seronoknya hanya seketika tetapi deritanya adalah berpanjangan dari dunia hingga akhirat.

18. Kalau isteryai nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya. Tindakan sebegi amat perlu bagi mempastika isteri sentiasa sihat sebagai suri rumah yang berpernanan besar dalam rumah tangga kita. Kesihatan isteri yang sentiasa terjaga akan mengembirakan suami dan anak-anak. 

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Suami ada penggerak utama dan peneraju dalam mempastikan terbentuknya rumah tangga bahagia. Oleh itu suami perlu pastika hubungan kasih sayang dikekal sepanjang masa. Keharmonian hubungan suami isteri akan memberi kesan kepada kehidupan anak-anak. 

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nati. Seorang suami yang dihormati bukannya terletak kepada kekuasaan vitonya, tetapi lebih kepada kebolehan mengurus keluaraga dengan baik, mengekalakan perhubungan kekeuaragaan secara baik, bersikap tegas tetapi kena pada tempatnya, serta mempunyai tolaransi yang tinggi dalam hal-hal tertentu dan memberi nasihat secarah hikmah kepada keluarga. 

21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Rasulullah SAW adalah seorang suami yang baik terhadap  isterinya. Bersopan santun, lemah lembut, maja dan membelai malahan boleh dirumuskan baginda adalah seorang suami yang amat romantis dengan isterinya.

Mudah-mudahan jika suami amalkan perkara yang digariskan di atas akan mencapai hasrat suami isteri bahagia dan kesejahteraan rumah tangga. Sama-samalah fikirkan.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.