RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 24 August 2015

MEMBERI NAFKAH MENGIKUT KEMAMPUAN SUAMI DAN KEPERLUAN KELUARGA

Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suami dan keperluan keluarga.
Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suaminya Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’ 4:34)
Seorang sahabat bernama Hakim bin Mua’wiyah bin Hidah al-Qusyairi r.a. pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami?” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Memberinya makan apabila kamu makan dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.”  (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1830).
Menurut riwayat ini, syarak mempertanggungjawabkan kepada para suami untuk menanggung perbelanjaan makan minum dan pakaian isteri dan juga anak-anak, dan ini termasuklah tempat tinggal yang sesuai, kenderaan, ilmu yang bermanafaat dan perubatan bila sakit. Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Wang belanja harian juga tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan.  Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada isteri, sekiranya isteri adalah seorang surirumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh suami.
Seorang isteri yang bekerja juga berhak mendapatkan nafkah 2 persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut,pakaian dalam,tudung dsb dalam setahun.
Semua keperluan ini bergantung dalam konsep yang munasabah menurut syarak. Bermaksud, jika suami sediakan pakaian yang tidak baik, terlalu jarang hingga mendedahkan aurat, atau sediakan rumah tetapi tiada bekalan elektrik atau air, atau sediakan makanan tetapi yang tidak berkhasiat  sedangkan suami berkemampuan, maka suami seperti ini dikategorikan sebagai suami yang kedekut.
Syara’ juga menetapkan kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi kemampuannya yang sebenar.
Jika suami enggan memberi nafkah, maka isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga.
Hal ini dibenarkan oleh syara’ . Ini berdalilkan kepada riwayat berikut.
Rasulullah SAW telah ditanya oleh isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah bin Rabi’ah  yang datang mengadu kepada Baginda SAW,  “Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah aku mengambil sebahagian hartanya untuk keperluan keluarga kami?” Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.”  (Hadis riwayat Al-Bukhari )


Maka jika isteri berhadapan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai untuk menampung perbelanjaan bagi keperluan yang patut dan wajar untuk diri sendiri dan anak-anak, pembantu jika ada, tanpa menanggung apa-apa dosa bahkan isteri sebenarnya telah meringankan beban siksa suami di hadpan Allah di ahirat nanti. Ulama berpendapat, dengan cara yang makruf di dalam riwayat bermaksud pengambilan harta tersebut tidak berlebih-lebihan dan tidak merosakkan harta si suami. Jika hal itu disedari oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.

Apa yang saya amalkan semenjak mula-mula mendapat  kerja dahulu lagi   dimana pada setiap bulan saya telah sediakan bajet untuk nafakah isteri dan  keluarga serta juga untuk membantu ibu bapa saya.

Pada setiap bulan saya akan berikan kepada  isteri RM100.00 dan untuk ibu dan bapanya juga RM100.00 dimana hampir 10% untuk nafakah isteri dan 10% untuk ibu dan bapanya,  pada masa itu pendapatan saya sebanyak RM1,000.00. sebulan.

“ Sayang ambil ni “ saya menghulurkan sampul kepada isteri sebaik sahaja menerima gaji pertama saya.
“ Sampul apa ni bang” isteri bertanya.
“ Ini lah duit ayang tiap-tiap bulan abang akan bagi”.
Isteri membuka sampul dan terpegung melihat duit RM100.
“ Terima kasih abang, tak banyak ke ni”
“ Bukan banyak pun seratus je”.
“ Gaji abang berapa”. Isteri bertanya.
“ Seribu, abang akan bagi 100 untuk ayang dan 100 untuk Wan dan Che” saya memaklumkan isteri tentang hasrat saya.

Semenjak dari tarikh itu setiap bulan saya akan bagi seprti di janjikan untuk isteri dan ayah dan ibu yang saya panggil Wan dan Che.
Begitulah saya telah meletakkan komitmen saya untuk pastikan nafkah kepada isteri dan keluarga pada tahun 80 an dahulu.

Sejajar dengan peredaran masa dan kurniaah rezeki Allah kepada kami sekuluarga. Pada tahun 1997 pendapatan bulanan saya telah menigkat lebih RM10K sebulan. Bermula dengan nilai pendapat baru itu saya masih tetapkan nilai 10% itu masih saya kekalkan untuk isteri dan 10% untuk ibu dan ayah).  

“ Sayang, mari sini sekejap” saya memangil isteri pada akhir bulan pertama saya berkerja di syarikat swasta pada bulan Julai 1997.
“ Kenapa bang” isteri menjawab dari dapur.
“ marilah sekejap, ada hal penting ni”. Sambil menunjukkan sampul surat kepada isteri.
Isteri begegas dari dapur dan mengambil sampul surat yang saya hulurkan.

Setiap bulan saya akan memberi amanah kepada isteri untuk menyimpan sebahagian duit perbelanjaan keluarga kami untuk tempoh sebulan. Bila diperlukan saya  akan meminta  daripada isteri sejumlah wang belanja mingguan. Anda mahu tahu apakah rasionalnya saya melakukan kaedah ini, Sebenarnya rasional saya amalkan kaedah ini kerana ia dapat memberikan isteri satu  tanggung jawab penting dalam menjaga kewangan keluarga (menteri kewangan keluarga).

Amanah ini sengaja saya berikan kepada isteri sebagai satu dorongan kepada beliau untuk meningkatkan motivasi perasaan tanggung jawab kepada keluarga dan juga untuk dapat merasai sendiri tentang tanggung jawab menjaga kewangan dan kebajikan keluarga lebih-lebih lagi isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa. Situasi sebegini memberi kesedaran kepada isteri perlunya berjimat cermat dalam berbelanja dan perlu berbelanja mengikut kemampuan si suami.

Cara ini  juga telah dapat memberi keyakinan kepada isteri bahawa saya sebagai suami adalah seorang yang begitu yakin dan sayang kepada isteri sehinggakan duit belanja setiap bulan isterinya yang menyimpannya.. Lagipun saya lakukan sedemikian rupa setelah didapati pada bulan pertama saya memberi amanah kepada isteri menjaga kewangan keluarga, dia seorang yang cukup amanah dalam menyimpan akaun perbelanjaan keluarga.

Disamping itu saya melakukan taktik  sebegini adalah untuk menjalinkan hubungan mesra diantara isteri dengan ibu mertua dan bapa mertua ( iaitu ibu dan bapa saya).  Pada setiap bulan wang yang akan diberikan untuk menampung perbelanjaan kedua ibu bapa saya. Saya memberi amanah kepada isteri untuk menyampaikan wang berkenaan setiap bulan. Cara ini  akan timbul perasaan kasih sayang diantara isteri dengan kedua ibu dan bapa saya. Kerana di kaca mata ibu dan bapa saya ia akan wujud satu tanggapan positif yang menantunya adalah seorang yang yang amat penyanyang dan ambil berat tentang orang tua mereka. Taktik ini menjadikan hubungan kekeluagraan di antara isteri dan ibu bapa saya  sentiasa  dalam keadaan amat baik sehingga ke hari ini.

Sekali sekala apabila mempunyai wang lebih sedikit, saya pula akan memaklumkan kepada isteri yang saya akan memberi sedikit wang kepada ibu bapanya, dan saya sendiri akan menghulurkan wang berkenan kepada mertua saya. Tindakan ini dilakukan oleh sayai adalah untuk memberi keyakinan kepada mertua bahawa menantu lelaki ini adalah seorang yang baik hati dan pemurah bilamana mempunyai lebihan kewangan akan diberi kepada mereka berdua. Amalan ini telah menjadikan ikatan kemesraan keluarga di kedua dua belah pihak suami dan isteri dapat dikekalkan dalam keadaan aman damai dan sentiasa mesra dan ceria saban masa.

Pengajaran dan iktibar:

1.      Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggung jawab suami senbagaimana telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu memberi nafkah zahir dan batin secukupnya dan mengikut keampuan suami. Suami perlu bertanggung jawab untuk mempastikan kewangan yang dierolehi setiap bulan itu mampu sekurang-kurangnya memenuhi keperluan asas bagai melangsaikan semua keperluan keluarga.

2.      Memberi tanggung jawab kepada isteri untuk menyimpan   dan mengurus wang belanja dapur setiap bulan adalah satu amalan yang baik. Tindakan ini akan melahirkan bentuk kerajsama diantara suami dan isteri. Persefahaman dalam mengurus rumah tangga akan membawa kebahagiaan suami isteri dan keluarga.

3.      Pemberian wang kepada kedua ibu bapa suami dan isteri perlu mendapat persefahaman bersama. Bagi anak lelaki adalah menjadi tanggung jawab untuk membantu ibu bapa jika mereka tidak mampu. Isteri perlu faham tanggung jawab ini adalah ketetapan Allah. Bagi isteri yang mempunyai kesedaran tetang tannggung jawab suami kepada ibu bapa mereka, tindakan dirinya menyampaikan wang permberian suami kepada kedua mertuanya adalah tindakan bijak untuk melahirkan perhubungan yang ikrab diantara mertua dan menantu.,




No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.