RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 25 August 2015

JADILAH SEORANG SUAMI YANG PEMAAF



Jadilah suami yang pemaaf.
Allah menjadikan manusia lengkap sempurna dengan pelbagai keinginan dan perasaan. Kesemua sifat yang dijadikan Allah itu memiliki pasangan atau lawannya masing masing. Sebagai contoh,ALLAH menciptakan cantik lawannya hodoh, sabar lawannya panas baran, tinggi lawannya rendah, tua lawannya muda dan pelbagai sifat lagi.

Sifat  pemaaf adalah salah satu sifat yang ada pada manusia.  Realiti kehidupan tidak semua orang memiliki sifat seperti itu kecuali mereka yang beriman dan bertakwa. Pemaaf merupakan sifat luhur yang sepatutnya ada kerana orang yang pemaaf dikatakan hampir di sisi ALLAH.

Dalam al-quran surah Ali Imran ayat 132, ALLAH mengingatkan yang bermaksud," dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, ALLAH mencintai orang yang berbuat kebajikan,"

Insan yang berupaya menahan kemarahan adalah orang yang berjaya meletakkan diri dalam kemuliaan,keberaniaan,keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah dan mudah dipengaruhi syaitan latnatullahl

Dalam hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah s.a.w berkata, " bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai diri ketika marah," Hadis ini di sepakati oleh al- bukhari dan muslim.

Oleh kerana itulah, Rasulullah s.a.w selalu berpesan agar menahan sabar dan bersifat pemaaf apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan emosi seseorang itu tercabar.

Sifat pemaaf memberi menfaat yang besar pada diri sendiri kita terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf sentiasa berada dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menghisbah diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Rasulullah  SAW pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, sayidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan kejam dan di luar batas kemanusiaan dalam perang uhud. kemarahan dan perasaan dendam Rasulullah s.a.w akhirnya dilembutkan ALLAH apabila turunnya ayat al-quran yang meminta Rasulullah s.a.w tabah serta bersabar dengan ujian besar yang di terimanya.

ALLAH berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 bermaksud," kalaulah engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka, tentulah mereka akan lari dari kelilingmu, oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka.

Namu begitu, dalam realiti kehidupan ianya amat sukar untuk dipratikkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Memandangkan memang tabiat semula jadi orang lelaki egonya amat tinggi. Lebih- lebih lagi peranannya sebagai suami yang di amanahkan sebagai ketua keluarga yang mempunyai tanggung jawab yang bersar terahadap kebajikan dan kepentingan keluarga.  Lebih payah lagi apabila suami seorang yang berpelajaran tinggi dan isterinya pula berkelulusan sekolah menengah sahaja.

Memang amat payah bagi seorang suami untuk membuang sifat “bengisnya” yang telah menjadi naluri lelaki. Kadangklan bila dalam kes-kes tertentu suami merasakan ianya betul dalam semua perkara dan akan memarahi isteri yang telah melakukan kesilapan. Isterinya pula mempunyai sifat amat sensitif  yang melapau, sebagai contoh suami yang baru pulang dari kerja dengan perasaan letih dan stress dengan masalah di pejabat, bila tiba di rumah belumpun sempat duduk, isteri telah meleter marah-marah kerana si suami terlupa membeli barang yang dipesan oleh isteri. Kesilapan sedikit itu boleh menjadi kecoh bila masing-masing cuba menegak kebenaran masing-masing.

Berkaitan isu menjadi pemaaf ini si suami mestilah mempunyai kemahiran dan faham aspek saikologi wanita. Jika ianya mempunyai kemahiran untuk mengatasi perasaan marah yang berlebihan, maka akan mudahlah bagi  suami menjadi seorang yang pemaaf. “:Lagikan nabi maafkan umatnya”.

Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa sifat pemarah adalah kawan syaitan yang  mempunyai peranan untuk melalaikan manusia dari mematuhi perentah Allah. Untuk itu jika kita dalam keadaan marah, maka kita perlu mengikut petua-petua yang di ajar oleh Rasullah SAW bagimana untuk mengawal marah. “ Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah nescaraya perasan marah dapat di kawal. Jika telah duduk, ubah  posisi supaya berbaring. Jika perasaan marah juga tidak dapat dikawal, kita disarankan supaya pergi mengambil wudud, kerana air wudud yang sejuk itu dapat mengawal perasaan marah  bara api yang dinyalakan oleh syaitan.

Suami yang pemaaf akan mendapat kasih sayang yang jitu daripada anak-anak mereka. Kerana orang yang pemaaf dapat mengawal perasaannya bila menghapi sesuatu isu. Orang pemaaf akan membuat kajian lebih terperinci berkaitan sesuatu isu yang berbangkit. Jika di analisa berlakunya sesuatu masalah di kalangan anak-anak disebabkan oleh beberapa faktor ada yang boleh dikawal dan juga yang diluar kawalan. Jika kita sebagai ketua keluarga seorang pemaaf akan memberi maaf kepada kesalahan pertama. Situasi sebegini amat diperlukan bagi membaiki perilaku anak-anak yang sedang membesar dalam persekitaran yang penuh cabaran mutakhir ini.

Anak yang pernah melakukan kesalahan perlu diberi kaunseling yang sebaikannya oleh bapa dan ibu kerana dengan memberi nasihat yang rasional dapat memberi kesedaran kepada anak-anak supaya tidak melakukan kesalahan yang sama di masa hasapan. Setelah anak mengaku yang ianya tersilap dan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan itu, ibu bapa perlulah mengambil sikap pemaaf dengan memberi maaf terhadap keselahan anak-anak. Bila kita memberil maaf ia akan dapat memulihkan hubungan kekeluargaan di antara Bila kita memberil maaf ia akan dapat memulihkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Orang yang pemaaf akan mendapati ianya disukai oleh ramai orang dari kalangan pelbagai lapisan. Jika kita pemaaf hidup kita menjadi tenang, kerana sifat pemaaf yang ada pada diri seserong menyebaban dia akan mempunyai ramai kawan. Hidup yang dikelilingi ramai kawan itu akan memudahkan segala urusan yang akan kita lakukan, kerana jika timbul kesulitan akan ada sahaja orang yang sanggup membantu kita.



Pengajaran dan iktibar:

1.      Mempunyai sifat pemaaf adalah satu sifat yang amat dituntut oleh Islam. Jika Allah Yang Maha Pemaaf apalah ada kepada kita sebagai manusai hamba Allah yang kurang segala-galanya. Malah satu keperibasayan Rasullah yang amat terpuji adalah sifat pemaaf.

2.      Untuk menjadi pemaaf adalah agak sukar jika sesorang itu mempunyai sifat ego peribadi yang tinggi. Jika kita masih bersifat ego bermakna kita belum lagi mencapi taraf orang yang beriman yang sempurna. Keegoan atau sombong adalah sifat yang sangat dibeci oleh Allah dan ianya adalah satu sifat yang dimiliki oleh syaitan. Syaitan mendapat kemurkaan Allah kerana sayanya ego tidak mahu sujud kepada nabi Adam apabila diperintah oleh Allah. Syaitan ego dengan dirinya yang di jadikan dari api sedangkan nabi Adam dijadikan dari tanah. Akibat keengkaran nya itulah Allah telah mengharamkan syiatan dari mediami syurga dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Namun begitu syaitan masih lagi ego dengan memohon kepada Allah supaya dilanjutkan tempoh kematiannya sehingga hari kiamat dan bersumpah akan menjadi penghasut kepada anak cucu nabi Adam supaya akan bersama-samanya memasuki neraka jahanam, Kecuali bagi mereka yang beriman.

3.      Jika kita mempunyai sifat suka memberi kemaafan kepada orang lain, hidup seharian kita dalam keadaan tenang dan tenteram. Sifat suka memberi maaf akan menjadikan kita tidak mempunyai banyak musuh, orang ramai amat suka untuk berkawan dengan orang yang pemaaf. Sifat pemaaf merupakan salah satu faktor yang dapat mengatasi masalah stress dalam kehidupan seharian. Kenapa  ini berlaku, kerana setelah kita memaafkan orang yang membuat salah kepda kita, kita tidak lagi mengambil kisah tetang apa yang telah berlaku  dan perasaan dendam dalam diri kita juga akan hilang. Bila tidak ada perasan dendam dalam jiawa kita, perjalanan darah dan hormon dalam tubuh badan kita normal, natijah dari situasi ini akan menjadikan kehidupan kita ceria setiap masa. Orang yang sentiasa ceria akan dapat melambatkan proses ketuaan fizikal.

4.      Jika suami mempunyai sifaat pemaaf, kehidupan si isteri adalah ceria dan penuh dengan kasih sayang. Bila ini berlaku si isteri sebagai ibu dapat melayani dan mendidik anak-anak mereka dengan penuh keceriaan dan sempurna. Situasi anak-anak yang hudup dengan persekitaran yang ceria dan penuh kasih sayang  akan melahirkan insan yang berakhlak mulia, berinteligen, berintergriti, bersopan santum dan pekerti yang mulia. Inilah generasi pengganti dan pelapis yang bakal mewarasi kepimpinan masyarakat dan Negara pada masa akan datang dan mereka akan jadi manusia yang cemerlang.

5.      Suami yang mempunyai sifat pemaaf akan menjadi idola dan ikutan kepada anak-anak. Mereka begitu berbangga mempunyai ayah, ketua keluarga yang dapat memaaf kesilapan mereka, terutamanya kesilapan yang pertama dilakukan. Jika situasi ini telah dapat diwujudkan dalam minda anak - anak ianya akan membesar dalam suasana kemaafan dan akan menjadikan ianya seorang yang berfikiran terbuka. Bila mereka dewasa kelak sifat pemaaf yang dicontohi dari ayahnya akan menjadi budaya hidup, jika semua ahli keluarga mempunyai budaya hidup pemaaf, akan lahirlah masyarakat yang teleransi dan pemaaf. Ini adalah satu suasana yang amat baik untuk melahirkan waganegara yang baik, toleransi, bekerjasaa dan pemaaf.

6.      Sifat pemaaf yang dimiliki oleh seseorang akan menjadikan kehidupannya sentiasa barakah dan mendapat keredaan Allah. Hidupnya akan menjadi terpimpin dengan restu dan hidayah Allah, menjadikan ianya sentiasa berbahagia seisi keluarga.  Sifat pemaaf yang dimiliki oleh suami akan menjadikan keluraga dibawahnya hidup dalam kasih sayang diantara satu sama lain. Rumah tangga mereka akan menjadi model kepada matlamat “Rumah ku  Syurga ku. Maka akan terbentuklah keluarga bahagia yang menjadi idaman kita semua.



 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.