Jadilah suami yang
pemaaf.
Allah
menjadikan manusia lengkap sempurna dengan pelbagai keinginan dan perasaan. Kesemua
sifat yang dijadikan Allah itu memiliki pasangan atau lawannya masing masing. Sebagai
contoh,ALLAH menciptakan cantik lawannya hodoh, sabar lawannya panas baran,
tinggi lawannya rendah, tua lawannya muda dan pelbagai sifat lagi.
Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang ada pada
manusia. Realiti kehidupan tidak semua
orang memiliki sifat seperti itu kecuali mereka yang beriman dan bertakwa.
Pemaaf merupakan sifat luhur yang sepatutnya ada kerana orang yang pemaaf
dikatakan hampir di sisi ALLAH.
Dalam
al-quran surah Ali Imran ayat 132, ALLAH mengingatkan yang bermaksud," dan
orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, ALLAH mencintai orang
yang berbuat kebajikan,"
Insan yang
berupaya menahan kemarahan adalah orang yang berjaya meletakkan diri dalam
kemuliaan,keberaniaan,keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang
tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah dan mudah dipengaruhi
syaitan latnatullahl
Dalam hadis
Riwayat Ahmad, Rasulullah s.a.w berkata, " bukanlah orang yang kuat itu
(dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat
adalah orang yang dapat menguasai diri ketika marah," Hadis ini di
sepakati oleh al- bukhari dan muslim.
Oleh kerana
itulah, Rasulullah s.a.w selalu berpesan agar menahan sabar dan bersifat pemaaf
apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan emosi seseorang
itu tercabar.
Sifat pemaaf
memberi menfaat yang besar pada diri sendiri kita terutama dari segi rohani.
Orang yang bersifat pemaaf sentiasa berada dalam keadaan tenang, hati bersih,
berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menghisbah diri sendiri
untuk melakukan kebaikan.
Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala
menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, sayidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan
kejam dan di luar batas kemanusiaan dalam perang uhud. kemarahan dan perasaan
dendam Rasulullah s.a.w akhirnya dilembutkan ALLAH apabila turunnya ayat
al-quran yang meminta Rasulullah s.a.w tabah serta bersabar dengan ujian besar
yang di terimanya.
ALLAH
berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 bermaksud," kalaulah engkau
bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka, tentulah mereka akan lari dari
kelilingmu, oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka.
Namu begitu, dalam
realiti kehidupan ianya amat sukar untuk dipratikkan oleh seorang lelaki yang
bergelar suami. Memandangkan memang tabiat semula jadi orang lelaki egonya amat
tinggi. Lebih- lebih lagi peranannya sebagai suami yang di amanahkan sebagai
ketua keluarga yang mempunyai tanggung jawab yang bersar terahadap kebajikan
dan kepentingan keluarga. Lebih payah
lagi apabila suami seorang yang berpelajaran tinggi dan isterinya pula
berkelulusan sekolah menengah sahaja.
Memang amat payah bagi
seorang suami untuk membuang sifat “bengisnya” yang telah menjadi naluri
lelaki. Kadangklan bila dalam kes-kes tertentu suami merasakan ianya betul
dalam semua perkara dan akan memarahi isteri yang telah melakukan kesilapan. Isterinya
pula mempunyai sifat amat sensitif yang melapau,
sebagai contoh suami yang baru pulang dari kerja dengan perasaan letih dan
stress dengan masalah di pejabat, bila tiba di rumah belumpun sempat duduk,
isteri telah meleter marah-marah kerana si suami terlupa membeli barang yang
dipesan oleh isteri. Kesilapan sedikit itu boleh menjadi kecoh bila
masing-masing cuba menegak kebenaran masing-masing.
Berkaitan isu menjadi
pemaaf ini si suami mestilah mempunyai kemahiran dan faham aspek saikologi
wanita. Jika ianya mempunyai kemahiran untuk mengatasi perasaan marah yang
berlebihan, maka akan mudahlah bagi suami
menjadi seorang yang pemaaf. “:Lagikan nabi maafkan umatnya”.
Satu perkara yang
perlu kita ingat bahawa sifat pemarah adalah kawan syaitan yang mempunyai peranan untuk melalaikan manusia
dari mematuhi perentah Allah. Untuk itu jika kita dalam keadaan marah, maka
kita perlu mengikut petua-petua yang di ajar oleh Rasullah SAW bagimana untuk
mengawal marah. “ Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah
nescaraya perasan marah dapat di kawal. Jika telah duduk, ubah posisi supaya berbaring. Jika perasaan marah
juga tidak dapat dikawal, kita disarankan supaya pergi mengambil wudud, kerana
air wudud yang sejuk itu dapat mengawal perasaan marah bara api yang dinyalakan oleh syaitan.
Suami yang pemaaf
akan mendapat kasih sayang yang jitu daripada anak-anak mereka. Kerana orang
yang pemaaf dapat mengawal perasaannya bila menghapi sesuatu isu. Orang pemaaf
akan membuat kajian lebih terperinci berkaitan sesuatu isu yang berbangkit.
Jika di analisa berlakunya sesuatu masalah di kalangan anak-anak disebabkan
oleh beberapa faktor ada yang boleh dikawal dan juga yang diluar kawalan. Jika
kita sebagai ketua keluarga seorang pemaaf akan memberi maaf kepada kesalahan
pertama. Situasi sebegini amat diperlukan bagi membaiki perilaku anak-anak yang
sedang membesar dalam persekitaran yang penuh cabaran mutakhir ini.
Anak yang pernah
melakukan kesalahan perlu diberi kaunseling yang sebaikannya oleh bapa dan ibu
kerana dengan memberi nasihat yang rasional dapat memberi kesedaran kepada
anak-anak supaya tidak melakukan kesalahan yang sama di masa hasapan. Setelah
anak mengaku yang ianya tersilap dan meminta maaf di atas kesilapan yang
dilakukan itu, ibu bapa perlulah mengambil sikap pemaaf dengan memberi maaf
terhadap keselahan anak-anak. Bila kita memberil maaf ia akan dapat memulihkan
hubungan kekeluargaan di antara Bila kita memberil maaf ia akan dapat
memulihkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Orang yang pemaaf
akan mendapati ianya disukai oleh ramai orang dari kalangan pelbagai lapisan.
Jika kita pemaaf hidup kita menjadi tenang, kerana sifat pemaaf yang ada pada
diri seserong menyebaban dia akan mempunyai ramai kawan. Hidup yang dikelilingi
ramai kawan itu akan memudahkan segala urusan yang akan kita lakukan, kerana
jika timbul kesulitan akan ada sahaja orang yang sanggup membantu kita.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Mempunyai sifat
pemaaf adalah satu sifat yang amat dituntut oleh Islam. Jika Allah Yang Maha
Pemaaf apalah ada kepada kita sebagai manusai hamba Allah yang kurang
segala-galanya. Malah satu keperibasayan Rasullah yang amat terpuji adalah
sifat pemaaf.
2.
Untuk menjadi pemaaf
adalah agak sukar jika sesorang itu mempunyai sifat ego peribadi yang tinggi.
Jika kita masih bersifat ego bermakna kita belum lagi mencapi taraf orang yang
beriman yang sempurna. Keegoan atau sombong adalah sifat yang sangat dibeci oleh
Allah dan ianya adalah satu sifat yang dimiliki oleh syaitan. Syaitan mendapat
kemurkaan Allah kerana sayanya ego tidak mahu sujud kepada nabi Adam apabila
diperintah oleh Allah. Syaitan ego dengan dirinya yang di jadikan dari api
sedangkan nabi Adam dijadikan dari tanah. Akibat keengkaran nya itulah Allah
telah mengharamkan syiatan dari mediami syurga dan akan dimasukkan ke dalam
neraka. Namun begitu syaitan masih lagi ego dengan memohon kepada Allah supaya
dilanjutkan tempoh kematiannya sehingga hari kiamat dan bersumpah akan menjadi
penghasut kepada anak cucu nabi Adam supaya akan bersama-samanya memasuki
neraka jahanam, Kecuali bagi mereka yang beriman.
3.
Jika kita mempunyai
sifat suka memberi kemaafan kepada orang lain, hidup seharian kita dalam keadaan
tenang dan tenteram. Sifat suka memberi maaf akan menjadikan kita tidak
mempunyai banyak musuh, orang ramai amat suka untuk berkawan dengan orang yang
pemaaf. Sifat pemaaf merupakan salah satu faktor yang dapat mengatasi masalah
stress dalam kehidupan seharian. Kenapa
ini berlaku, kerana setelah kita memaafkan orang yang membuat salah
kepda kita, kita tidak lagi mengambil kisah tetang apa yang telah berlaku dan perasaan dendam dalam diri kita juga akan
hilang. Bila tidak ada perasan dendam dalam jiawa kita, perjalanan darah dan
hormon dalam tubuh badan kita normal, natijah dari situasi ini akan menjadikan
kehidupan kita ceria setiap masa. Orang yang sentiasa ceria akan dapat
melambatkan proses ketuaan fizikal.
4.
Jika suami mempunyai
sifaat pemaaf, kehidupan si isteri adalah ceria dan penuh dengan kasih sayang.
Bila ini berlaku si isteri sebagai ibu dapat melayani dan mendidik anak-anak
mereka dengan penuh keceriaan dan sempurna. Situasi anak-anak yang hudup dengan
persekitaran yang ceria dan penuh kasih sayang akan melahirkan insan yang berakhlak mulia,
berinteligen, berintergriti, bersopan santum dan pekerti yang mulia. Inilah
generasi pengganti dan pelapis yang bakal mewarasi kepimpinan masyarakat dan
Negara pada masa akan datang dan mereka akan jadi manusia yang cemerlang.
5.
Suami yang mempunyai
sifat pemaaf akan menjadi idola dan ikutan kepada anak-anak. Mereka begitu
berbangga mempunyai ayah, ketua keluarga yang dapat memaaf kesilapan mereka,
terutamanya kesilapan yang pertama dilakukan. Jika situasi ini telah dapat
diwujudkan dalam minda anak - anak ianya akan membesar dalam suasana kemaafan
dan akan menjadikan ianya seorang yang berfikiran terbuka. Bila mereka dewasa
kelak sifat pemaaf yang dicontohi dari ayahnya akan menjadi budaya hidup, jika
semua ahli keluarga mempunyai budaya hidup pemaaf, akan lahirlah masyarakat
yang teleransi dan pemaaf. Ini adalah satu suasana yang amat baik untuk
melahirkan waganegara yang baik, toleransi, bekerjasaa dan pemaaf.
6.
Sifat pemaaf yang
dimiliki oleh seseorang akan menjadikan kehidupannya sentiasa barakah dan
mendapat keredaan Allah. Hidupnya akan menjadi terpimpin dengan restu dan
hidayah Allah, menjadikan ianya sentiasa berbahagia seisi keluarga. Sifat pemaaf yang dimiliki oleh suami akan
menjadikan keluraga dibawahnya hidup dalam kasih sayang diantara satu sama
lain. Rumah tangga mereka akan menjadi model kepada matlamat “Rumah ku Syurga ku. Maka akan terbentuklah keluarga
bahagia yang menjadi idaman kita semua.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.