RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 24 August 2015

CUBA BENTUK SIFAT CEMBURU YANG POSITIF

Cuba bentuk sifat cemburu yang positif.
Perasaan cemburu  sememangnya sifat semulajadi manusia. Dalam kes hubungan dua sejoli yang sedang dilambung mabuk cinta asmara perasaan cemburu kerap berlaku. Justru, jika rasa cemburu ini hilang, kecintaan seseorang terhadap sesuatu boleh dipertikaikan. Sesungguhnya cemburu dalam Islam lebih mulia dan bernilai berbading dengan  cemburu yang dimengertikan oleh kebanyakan muda-mudi masa kini.
Syekh Ibrahim bin Muhammad al-Haqil menulis dalam bukunya yang berjudul Al-Ghirah Baina as-Syar'i wa al-waqi'. Menegaskan hakikat perasaan cemburu itu menurut Islam  sama sekali bersih  dan jauh sekali  dari nafsu berahi keduniaan.                                                                                                                                           .

Cemburu dalam bahasa Arab memakai kata “ghirah” yang bermaksud ialah apabila seseorang  menyaksikan sesuatu ajaran  agama Islam diperlekeh dan tidak diindahkan, hatinya terdetik dan memberontak untuk mencegah kemukaran berkenaan.                                                                                                                       .

Seorang mukmin sejati akan merasa cemburu dan tak selesa ketika melihat larangan-larangan Allah SWT banyak dilanggar. “Inilah hakikat cemburu,” tulis  Syekh Ibrahim.                                                     .

Kurangnya perasaaan cemburu dalam dari seorang mukmin menunjukkan  imannya sangat lemah. Karena, sepertimana di tegaskan oleh  hadis riwayat Bukhari Muslim dari Abu Hurairah, sesungguhnya Allah akan “cemburu”, demikian pula sepatutnya seorang mukmin. “Kecemburuan” Allah itu tatkala larangan-larangan-Nya diabaikan.                                                                                                                                                 .

Rasulullah SAW merupakan insan mukmin yang paling  kuat memiliki rasa cemburu dalam arti syar'i. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah. Rasulullah SAW menegaskan, dirinya merupakan insan “pencemburu” dalam pengertian syar'i.                                                                                                                               .

“Dan Allah lebih 'pencemburu' lagi,”sabda Rasul. Dan, para sahabat merupakan generasi berikutnya yang “mewarisi” rasa tersebut secara kental.                                                                                                    .

Perasaan cemburu itu, sangat penting dalam Islam. Cemburu dalam pengertian syar'i itu mendatangkan kebaikan dan menghalangi keburukan serta mencegah keporak perandaan dalam masyarakat.
Sabda Nabi SAW yang maksudnya :
“Tiga manusia akan diharamkan Allah dari syurga;1. Orang yang ketagih arak; 2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya; 3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang dalam kalangan ahli keluarganya. (Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503).

Sikap dan perasaan cemburu ini adalah lumrah dan fitrah kepada manusia. Bukan kita sahaja, bahkan ahlul bait, yakni keluarga rumah nabi juga mengalaminya. Allah mentaqdirkan kisah ini terjadi pada ahli bait supaya  isteri-isteri orang biasa boleh belajar daripadanya. Yakni, nabi dan keluarganya bukan malaikat, mereka juga manusia biasa seperti kita. Kisah ini ada dalam al-Quran dalam surah at-Tahrim ayat 1-5. Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah` dan ‘Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yg telah menghidangkan madu (kegemaran nabi) kepada baginda. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya kedua-duanya mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan. Nabi yang seperti kita sentiasa maklum, senantiasa menjaga kebersihan mulut dengan membawa kayu sugi kemana-mana sahaja baginda pergi dan nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati isteri-isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada baginda.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).

إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.

Surah ini sangat-sangat bermakna bagi  kaum wanita atau isteri. Isteri-isteri nabi yang dipanggil  
أمت المؤمنين (ibu orang-orang beriman) ditaqdirkan oleh Allah melakukan kesilapan ini supaya kisah mereka didedahkan dan diabadikan dalam al-Quran untuk dipelajari oleh kita norang-orang yang beriman. Perkara-perkara penting yang perlu wanita pelajari seperti cara layanan kepada suami, tidak menyusahkan suami, tidak terlalu mengikuti telunjuk isteri, perihal menjaga rahsia rumah tangga dan kesedaran yang Allah sentiasa mengawasi rumahtangga dan sifat-sifat isteri yang baik, seperti dalam ayat seterusnya;

عَسَىٰ رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
Dan seharusnya kita apabila membaca ayat ke 6 dalam surah yang sama merasa gerun dan menangislah serta bertaubat,semoga kita tidak menjadi bahan bakar api neraka.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Sememangnya saya mempunyi sifat cemburu, namun sifat cemburu adalah terkawal, bukanya cemburu buta lagipun  situasi untuk berlaku cemburu terhadap isteri agak tipis sekali, kerana isteri adalah seorang suri rumah sepenuh masa, seharian masanya lebih banyak tinggal di rumah untuk mengurus kerja-kerja rutin rumah  seharian bersama keluarga. Kini isteri tergolong sebagai OKU yang perlu diberi pertolongan saban masa. Kemungkinan berlaku curang adalah agak sukar sekali.

Sebaliknya,saya sendiri sentiasa berwaspada untuk mengelakkan isteri merasai cemburu terhdapnya.  Sifat kerja saya di pejabat yang ramai anggota kerja wanita, saya terpaksa berhati-hanti dan cermat dalam berkomunikasi di pejabat.  Sekali sekala  bila perlu kepada kerja lebih masa bagi menyiapkan satu-satu tugas penting dan perlu disegerakan. Saya akan pastikan tidak ada ruang untuk memfitnah kerana beruda-duaan  lelaki dan wanita di luar waktu pejabat  yang boleh mendatangkan syak berlaknya khlawat.  Saya akan bertindak secara proaktif umpamanya   saya akan pastikan lebih 2 orang bekerja lebih masa di luar waktu pejabat.


Petua saya menjadikan saya seorang yang cemburu secara  positif ialah dedngan meletakkan diri kita dalam situasi orang yang cemburui Apabila kita meletakan diri kita dalam keadaan perasaan orang lain kita akan dapat rasakan betapa peritnya seseorang yang menanggung perasaan cemburu terhadap pasangan yang disayanginya. Setelah kita dapat menyelami perasaan mereka, maka kita cuba mencari jalan untuk mengelakkan timbul perasaan cemburu itu. Dengan mengamalkan kaedah meletakkan diri kita dalam kasut orang lain ini kita dapat mencari alternatif untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku. “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya”.

Saya sentiasa berhati-hati dalam isu cemburu ini kerana isteri pernah meluahkan perasaan cemburunya pada satu suasana di hospital yang berlaku pada tahun 1986 dahulu;
“ abang kenapa lama sangat bercakap dengan dia tu tadi” isteri personal
“ dia tu kawan lama abang semasa di sekolah menengah dahulu”
“girl friend lama lah tu, sebab tu nampak mesra sangat”
‘ eish mana, tidak lah, biasa je”
“ kenapa bila ayang panggil abang tak dengar”
“ memanglah bila lama tak jumpa, borak pun seronok”
“ abang ni nak kena tu, nanti dia” isteri mula tarik muka masam
“ok abang minta maaf sayang, lain kali tak buat lagi, ok” saya memujuk sambil mengosok manja isteri yang sedang baring di katil wad.

Smenjak dari peristiwaitu  saya sentiasa berhati-hati dalam pergaulan seharian untuk menghindarkan dari perasaan cemburu isteri. Kerana saya sendiri juga mempunyai perasaan cemburu apabila melihat isteri berbual dan berborak dengan lelaki lain. Pernah berlaku semasa kami menunikan fardu haji di Mekah pada tahun 2009 dahulu.
                                                                                                                      
Sebagai contoh, Cemburu seseorang isteri terhadap suaminya ialah kerana ia mendapati suaminya mempunyai hubungan rapat dengan wanita lain diluar ruanglingkup keluarga mereka, umpamanya hubungan dengan rakan sekerja, hubungan ketua  dengan pembantu peribadi, atau hubungan dengan wanita melauli laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.

Kesimpulannya untuk mengelak berlaku cemburu yang keterlaluan diantara suami dan isteri, tindakan yang paling efektif adalah masing-masing memainkan peranan untuk menjauhi tindak tanduk yang membolehkan timbul perasaan cemburu. Sebagaimana kata pepatah Melayu “Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”.  Dalam Islam juga ada mengajar umatnya supaya “ Jangan menghampiri zina”

Dalam kes cemburu ini peranan suami adalah amat penting, sebagai ketua keluarga yang berkuasa dan mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap isteri. Untuk megelakkan perasaan cemburu yang boleh membawa keruntuhan rumah tangga adalah terletak pada sikap suami yang mempunyai keterbukaan terhadap sesuatu isu cemburu. Lebih mujarab lagi jika suami mengambil langkahan proaktif dengan sentiasa berwaspada terhadap gerak gerinya setiap hari bagi mempastikan ianya berjalan berpandukan ajaran  syariah Islam dan sunnah, dan yang paling penting ialah mempastikan tidakan pergaulannya di luar rumah tangga hendaklah cuba elakkan situasi yang boleh menimbulkan perasaan cemburu oleh isteri dan anak-anak serta kerabat keluarga.



Pengajaran dan iktibar:

1.      Sifat cemburu adalah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk semua manusia tanpa mengira jantia lelaki atau wanita.

2.      Cembur yang positif adalah baik untuk mengelakkan menjadi suami yang dayus.

3.      Jika cemburu berlebihan seperti cemburu membabi buta boleh mengakibatkan perhubungan suami isteri akan musnah dalam sekelip mata, kerana pada kelazimannya orang yang cemburu membabi buta akan bertindak di luar jangkaan, lebih-lebih lagi bila cemburu kerana disyakki isterinya ada hubungan sulit dengan orang lain atau keadaan sebaliknya.

4.      Bagi mengelak berlakunya cemburu yang berlehan atau cemburu negetif, tindakan untuk menjauhkan perbuatan yang boleh mencetus perasaan cemburu suami isteri perlu dielakkan dan dijaukan daripada berlaku dalam kehidupan seharaian. Kerana tindakan berhati-hati dan selalu berwaspada oleh suami dan isteri akan menghalang berlaku cemburu berlebihan yang boleh merutuhkan mahkota rumah tangga yang dibina selama ini.

5.      Cemburu yang positif yang digalakkan oleh Islam ialah cemburu dengan orang yang boleh melakukan amal ibadat dengan baik sekali, atau seorang yang sentiasa berusaha untuk menambah ilmunya samada ilmu dunia dan lebih-lebih lagi ilmu akhirat. Kita sarankan supaya cemburu dengan hasrat melakukan perkara yang sama dengan lebih baik lagi.



No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.