RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 25 August 2015

Kawal Kemarahan Cara Islam




Sifat marah adalah biasa ada pada seseorang insan, ini adalah fitrah manusia, jika kita dapat mengawal marah adalah pertanda kita adalah seorang yang rasional dan mempuyai kematangan yang tinggi. Berlakunya perasaan marah apabila terjadi Sesuatu kepada kita yang kita tidak suka perkara berkenaan berlaku, dengan kata lain sesuatu perkara yang kita benci telah berlaku terhadap kita.

Kebiasannya marah ini akan ada kaitan dengan tindkan orang lain. Sebagai contoh seorang guru marah kepada muridnya kerana tidak melakukan kerja sekolah yang diarahkan kepadanya. Suami marah kepada isteri kerana isteri tidak menyiapkan sarapan pagi untukbunya dan berbagi situasi lagi yang boleh menjadi kemarahan seseorang.

Bagi mereka yang tidak sabar dan mudah panas barang sukar untuk kawal maarah. Kadangkala kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak setimpal dengan kemarahan yang dikeluarkan

 Sifat marah ini sebenarnya ada kaitan dengan hasutan syitan. Kerana kemarahan yang melampau boleh membuat tindakan susulan yang lebih teruk hingga kepada pergaduhan dan pembunuhan. Oleh itu Islam mengajar umatnuya  supaya mengawal marah dan jika beralaku suasana marah yang tidak  terkawal perlu di ambil tindakan berikut:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim) .

Perubahan posisi ini secara fisikal akan mengubah focus dan kosetrasi kita, bila kita ubah pemikran di minda emosi yang sedang marah membuak-buak itu akan mula menurun dan beransur berkurangan.

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

Kerana dengan berwudud kita membasuh beberapa anggota tubuh kita seperti muka,tangan, kepada dan kaki, ini akan memberi rasa sejuk kepada kita, bila badan mula sejuk perasaan marah akan reda. 

Dan juga semasa kita ambil ais semabajayang kita akan membaca Basmallah yang akan memberi kesan kepada syaitan yang sedangan mempengaruhi kita supaya marah tadi akan lari dari tubuh kita, maka emosi marah akan mula reda dan berhenti.

3. Minum air. Ini adalah satu cara untuk menyejukan badan dan mengubah emosi yang sedangn marah. Bila kita bergerak untuk minium air focus emosi marah akan beralih kepada niat nak minum air dan kesejukan air dapat meredakan suasana suhu badan yang sedang meluap-luap kerana nafsu marah.

4. Mendiamkan diri ketika marah seketika, dan disusuli dengan. banyakkan istighfar di dalam hati. Ini dapat menghalang emosi marah megawal perasan kita. Bila kita beristigafar akan meredakan marah kerana kita mula sedar bahawa sifat marah ini dibeci Allah kerana dia adalah sifat syaitan. Disini iman kita mula mengawal perasaan kita dengan itu emosi marah yang dikawal oleh nafsu serta hasutan syaitan itu dapat di redahak seternya diberhentikan.

6.. Berfikiran positif dapat mengawal perasan marah, kerana orang yang berfikiran positif yang segera membuat analisa terhadapt sesuatu perkara yang beralku, dengan itu dia dapat kawal marah kerana setalah dianalisa sesuatu peritisa itu akan lahir perasaan bahawa terjadi perkara tersebut keatas dirinya yang membuatkan dirinya naik marah adalah kentutan Allah.  Mesti ada hikmah disebik perkara itu.
Orang yang berfikir positif sentiasa melihat sesuatu itu isu adalah disebabkan oleh Allah mengizinkannya berlaku dan ada benda yang tersirat daripada sesuatu kejadian itu.

7. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang. Dengan kata lain kita belajar mengawal emosi dan gerak badan kita semasa dalam keadaan marah.

8. Bawa bertenang seperti menarik nafas. Andalah cara yang amat berkesan, semasa sedang marah kita kawal diri untuk bertenang itu juga adalah satu kejayaan diri mengawal daripada dipengaruhi emosi marah yang dihasutkan oleh syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :
"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."

Bagi orang Islam, jika kita dapat mengawal marah adalah satu kejayaan kerana diakatakan “ salah  satu jihad yang paling besar ialah berjihad dengan diri sendiri untuk mengawal nafsu”. Kerana marah itu dikaitkan dengan sifat buruk nafsu.

Kesimpulannya sifat marah adalah satu sifar keji yang tidak disukai oleh Islam. Kesan negatif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif. Semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum ianya lewat memberi kesah buruk kepada kita akibat daripadah tindakah yang tidak terkawal semasa sedang marah.

Wallahu’alam.

Sumber:  CeritaSekupang

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.