Mendidik isteri dengan memberi nasihat secara hikmah.
Menegur dan mendidik isteri merupakan tanggung jawab suami,
jika suami tidak memberi teguran kepada isterinya yang melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan hukum-hakam dalam Islam, suami akan mendapat dosa dan
dihukum di depan Allah di akhirat kelak.,
Sunggpun begitu suami perlu mempunyai kemahiran untuk
menegeru isteri supaya tegurannya dapat memberi didikan dan kefahaman kepada
isteri di samping ianya tidak menyinggung perasaan isteri. Jadikan tindakan dan
amalan kita sebagai contoh teladan yang cemerlang. Berkomunikasilah dengan cara lemah lembut
dengan isteri dan keluarga. Elakan cakap tak serupa bikin. Diri kita sendiri
mestilah menjadi contoh teladan yang cemerlang barulah segala teguran membina
untuk memperbaiki segala kesilapan isteri atau anak-anak akan berkesan.
Rasulullah
SAW telah mewasiatkan agar berbuat baik kepada kaum wanita,
berlaku lemah lembut & sabar atas segala kekurangannya, karena mereka
diciptakan dari tulang rusuk lelaki yang paling bengkok.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Artinya
: Barangsiapa
yang beriman kepada Allah & hari Akhirat, janganlah ia menyakiti
tetangganya. Berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan. Sebab, mereka
diciptakan dari tulang rusuk & tulang rusuk yang paling bengkok di bahagian
atasnya. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau
membiarkannya, ia akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berwasiat-lah kepada wanita
dengan kebaikan.” [Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.
5185-5186) & Muslim (no. 1468 (62)), dari Abu Hurairah radhiyallaahu
‘anhu.]
Bagi saya untuk menegru isteri sememangnya saya berhati-hati
dan penuh himah, kerana saya sudah mengenali perangai isteri yang sensitif dan
mudah tersinggung. Jika saya bercakap dengan suara yang agak tinggi sahajapun
dia telah berlinangan air mata dan merah hidungnya.
“ Sayang mari tengok ni” sambil memegang majalah dan
menunjukkan gambar wanita bertudung.
“ abang lihat dia makin cantik bila bertudung, ayu dan
anggung’’ saya melihat isteri dengan penuh kasih sayang.
“ ayang kalu pakai tudung lagi cantik macam bidadari” saya
memuji isteri.
“ abang ni perli ke” isteri mecelah.
“ tak lah serious ni , abang ikhlas, memang nampak lebih
catik bila bertudung”.
Isteri merunung kepada ku dengan seribu persoalan. Saya
senyum kepada isteri yang kelihatan serba salah.
Itulah diantara dialog saya dan isteri semasa saya
mencadkangkan supaya dia bertudung pada tahun 80an dulu. Memang pada masa itu
amat jarang wanita yang bertudung, malah mak aji yang balik dari mengerjakan
haji pun hanya pakai kain tudung nipis, tidak seperti tudung yang sepatutnya
sebagaimana di syariatkan Islam. Maklum lah pada masa itu kejahilan masih
menguasi masyarakat berbanding kesedaran keimanan dan ketaqwaan.
Saya pernah terbaca
kisah bagaiman Rusulullah menegur isterinya. Ketika Rasulullah merasai sedikit
minuman yang isterinya Saidatina Aisyah RA hidangkan,
Rasulullah tersenyum.
Saidatina Aisyah yang memerhati suaminya minum
kehairanan...
“Wahai Rasulullah...kenapa engkau senyum...?"
" Saya masih teringat lagi...kisah masa kita baru mendirikan rumahtangga..." iaitu kebiasaannya masa itu
Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu bekas dengan isterinya...
“Sebagai seorang isteri yang sayang kepada suaminya,ia merupakan kenangan yang indah...
...dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi” kata Rasulullah SAW
...Saidatina Aisyah mencapai gelas Rasulullah tadi...dan minum...ia sedikit tersentak..
...rupanya minuman manis yang dihidangkannya pada suaminya terasa masin...tersalah bubuh garam...
dan suaminya masih senyum.
Saidatina Aisyah yang memerhati suaminya minum
kehairanan...
“Wahai Rasulullah...kenapa engkau senyum...?"
" Saya masih teringat lagi...kisah masa kita baru mendirikan rumahtangga..." iaitu kebiasaannya masa itu
Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu bekas dengan isterinya...
“Sebagai seorang isteri yang sayang kepada suaminya,ia merupakan kenangan yang indah...
...dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi” kata Rasulullah SAW
...Saidatina Aisyah mencapai gelas Rasulullah tadi...dan minum...ia sedikit tersentak..
...rupanya minuman manis yang dihidangkannya pada suaminya terasa masin...tersalah bubuh garam...
dan suaminya masih senyum.
Itulah gambaran
bagaiman hikmahnya Rasulullah SAW menegur isteri[A1] nya apabila melakukan kesilapan. Contoh
sebegini perlu di ikuti oleh semua suami apabila ingin menegur isteri bila
mereka melakukan kesilapan.
Amalan mengkritik isteri dengan penuh hikmah dan kasih
sayang ini ianya telah lama dilakukan
oleh saya semenjak awal perkahwinan kami lagi. Saya sememangnya tahu bahawa isteri mempunyai sifat mudah
tersinggung dan sensitif apabila medapat
kritikan atau teguran dari saya.
Sebagai satu contoh bagaimana saya telah memujuk isteri saya yang tidak memakai
tudung pada ketika kami baru kahwin dahulu. Sememangnya saya berhasrat supaya isteri memakai tudung sebagaimana yang
disyariatkan oleh Islam. Mengarahkan
isteri supaya memakai tudung oleh seorang suami adalah satu fardu yang
perlu dibereskan jika tidak mahu di gelar sebagi suami dayus yang akan mendapat
azab neraka yang amat pedih. Untuk itu sebagai seorang suami yang komited
terhadapt perintah Allah, saya dengan
penuh tanggung jawab untuk menjaga
kerukunan rumah tangga yang telah dibina, saya sangat berhati-hati dalam
mencari ruang untuk memaklumkan kepada isterinya supaya memaki tudung hijab.
Maklulamlah pada masa itu 80an masih sedikit wanita yang berhijab, malah
keluarganya sendiri masih ramai yang tidak berhijab ( pada masa itu masyarakat
masih jahil dan tidak bergitu sensitif tentang amalan menutup aurat sebagaimana
disyariatkan.
Bagaimana saya telah menasihatkan isterinya supaya memakai
hijab?. Saya terpaksa mencari satu masa
yang paling sesuai untuk memberi nasihat kepada isterinya. Ditakdirkan Allah pada tahun 1983 iatu pada
pertengahan bulan June. Saya telah ditakdirkan Allah mengidap penyakit bengkak sendi lutut sebelah kanan.
Penyakit yang saya alami itu merupakan kesan penyakit lama yang pernah saya alami
pada tahun 1969 dahulu .Saya telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan
yang memakan masa selama satu bulan. Setelah discaj diikuti dengan rawatan
lanjutan dirumah selama 5 bulan. Doktor telah memberi cuti sakit selama 6
bulan. Kaki kanan terpaksa dibalut dengan simen “Plaster of Paris”( POP) selama
satu tahun . Setelah tamat tempoh cuti sakit 6 bulan, saya terpaksa pergi
bekerja dengan mamakai tongkat.
Dengan suasana keuzuran yang begitu ketara sekali, saya telah mengambil kesempatan untuk
menasihati isterinya supaya memakai hijab.
Semasa mula-mula membuka mulut untuk meminta isteri memakai
hijab.
“ Ayang, abang ada satu masalah nak cerita kepada ayang”
‘ Apa dia cakap lah” isteri response.
“ Abang pernah berniat semasa di hospital dahulu”
“ Nia apa tu bang” nak kahwin satu lagi”. Isteri mengusik.
“ Esssh, manalah ayang ni, kaki dahlah sakit nak jalan pun
tak larat, mahu tambah kouta pula” saya jawab sepontan.
“ Mana lah tau, dan keluar hospital ni,takut-takut ada
hati’.
“ sebenarnya abang ada berniat semasa di hospital dulu, jika
Allah sembuhkan sakit dan dapat keluar dari wad hospital, abang nak minta ayang
pakai tudung hijab”. Saya cuba memberi
penjelasan.
“ Oooo niat tu” jawab isteri.
“ Macam mana, setuju tak” saya tanya isteri.
“ tengoklah sehari dua lagi”.
“ Kalau boleh secepat mungkin, kerana abang dah berniat
dengan Allah. Itu tanda kesyukuran kita kepada hidayah-Nya yang membolehkan
abang keluar wad segara dan sakit semakin baik”. Saya cuba menyakinkan isteri.
Secara emosional saya memberi kesedaran kepada isteri bahawa
kesakitan dan kesusahan yang oleh kami berdua (suami isteri) mungkin Allah
hendak memberi pengajaran kepada kami.
Saya membeitahu kepada isteri yang disayangi;
“Ayang, mungkin kesakitan yang abang alami ini adalah
disebabkan Allah murka kerana abang tidak minta ayang pakai tudung yang
sepatutnya untuk menutup aurat sepenuhnya”. Saya bersuara semasa kami berdua
bersiap untuk tidur,
“ Mungkin juga, tetapi orang lain masih ramai yang tak tutup
aurat tak pun kena musibah” isteri mencelah.
“ Kita yang diberi
musibah mungkin Allah sayang kepada kita, Dia nak suruh kita sedar dan
bertaubat di atas segala dosa-dosa sebelum ini”. Saya cubah nasihati isteri.
Isteri terdiam sambil menundukkan mukanya ke bawah,
“Abang rasa kita perlu hisbah diri, chek mana yang tak kena”
“ Betul juga cakap abang tu” isteri telah menampakan
keinsfan.
“ Kalau macam tu mulai hari ini ayang pakai tudung hijab
ya sayang”
“Insya Allah”.
“Alhamdulilah”, saya
bersyukur, kerana dengan nasihat berkenaan isteri telah mula memakai hijab setiap kali keluar
rumah, dan ianya telah mejadi satu amalan sehingga ke hari ini.
Satu sifat buruk isteri adalah seorang terlampau sensitif,
jika tersilap cakap ianya boleh merajuk serta merta sahaja, air mata akan
mengalir dan hidung berwana kemerehan. Ketika dia merajuk sukar untuk di pujuk
secara percakapan normal, saya terpaksa mencari akal untuk melakukan sesuatu
bagi membolehkan ianya di pujuk kembali.
Pernah pada suatu hari saya baru sahaja membeli kereta untuk
kegunaan keluarga. Ianya adalah kereta yang pertama dalam kehidupan kami, setelah
dipakai untu tempoh tiga hari, saya dan isteri hendak ke kedai membeli makanan
untuk makan malam. Semasa isteri menaiki kereta dia terbawa bersama seliparnya
sedikit pasir, dengan sepontang saya berkata denga nada agak kuat,
“Sebab apa tak ketuk
selipar dahulu sebelum masuk kereta”.
Bila saja mendengar tegeran saya, isteri dengan serta merta
keluar dari kereta dan naik semula ke rumah dan terus masuk bilik dan menangis.
Saya tergaman dan timbul kekesalan di hati bahawa tersalah tegur tadi. Saya
cuba memujuknya dan meminta maaf.
“ ayang, abang minta maaf lah”.Isteri masih membisu.
“abang tak marah, Cuma bagi tahu je, jangan merajuk lah”.
Saya cuba pujuk.
Tapi isteri membatu diri dengan tidak berkata apa-apa sambil
menagis terisak-isak. Untuk memulihkan suasana tegang itu saya terpaksa membuat
”joke”, “ KEKASIHKU
MARAH-MARAH,MARAH-MARAH LAGI”sambil kedua-dua belah tangan memeluk erat
isteri dari belakang, dan seterusnya berbisik ” sayang abang minta maaf, bukan
maksud abang untuk marahkan sayang tadi”
Cara begini terpaksa saya amalkan kerana ianya dapat
menyejukkan suasana yang panas dan tegang secra emosi yang di alami oleh isteri
akibat daripada pecakapan saya dengan nada suara yang tinggi. Oleh kerana saya
yang mulakan perbuatan yang boleh menyinggung dan terguris hati isteri, kita
sebagai suami terpaksa mengambil tindakan pantas untuk meredakan perhubungan
dengan isteri. Pengalaman saya dalam memujuk isteri cara begini amat berkesan,
kerana tabiat wanita apabila lelaki datang meminta maaf dia akan cepat sejuk
hati, kerana baginya memperlihatkan dia disebelah yang benar dan lelaki yang
bersalah, apabila kita memohon maaf egonya sebagai seorang manusia yang di
katakana lemah, telah dapat menundukkan lelaki yang dikatakan kuat.
Pengajaran dan ikhtibar:
1.
Islam sememangnya
mengajar umatnya supaya memberi nasihat kepada seseorang supaya ianya berubah
kepada kearah yang lebih baik dan meninggalkan
segala amalan yang bercanggah dengan hukum syarak, nasihat hendaklah
dilakukan dengan penuh hikmah dan saksyiah. Contoh bagaiman Rasulullah SAW
menegur isterinya apabila melakukan kesilapan patut di contohi oleh semua
suami.
2.
Teguran secara
berhemah akan membolehkan kita mendekati dan menghayati perasaan mereka yang
ingin kita tarbiahkan. Dengan itu mereka boleh menerima dengan hati terbuka
segala teguran yang membina, Insya Allah, akhirnya mereka dapat menerima
teguran secara positif, bila ini berlaku mudahlah bagi merka untuk mengikuti
nasihat dan teguran yang kita kemukakan itu. Teguran secara bijaksana dan
hikmah adalah dianjurkan oleh Islam.
3.
Jika teguran secara
kasar dan tidak berhemah, boleh menyebabkan
yang ditegur itu terguris hati, juga akan timbul tindakan “negative
react” sebagai tada mereka protes kepada kita. Jika ini berlaku akan wujud
suasana perhubungan yang tegang diantara kedua-dua pihak. Akhirnya akan berlaku
suasana tidak tenteram dalam keluarga. Sudah pasti semua pihak dalam keluarga
berkenaan mengalami stress. Jika suasana
sebegini berterusan ia boleh membawa kepada keruntuhan istana rumah tangga
akhirnya. Adakah kita mahu suasana sebegini berlaku dalam rumah tangga kita?.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.