Segala puji bagi Allah s.w.t., Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. dan para sahabat Baginda r.a.
Sesebuah perkahwinan dibina atas dasar
mengharapkan kebahagiaan dalam melayari bahtera kehidupan di dunia dan akhirat.
Matlamat akhir perkahwinan adalah supaya perhubungan yang dibina di atas dunia
ini dapat diteruskan sehingga ke syurga. Bunyinya agak mudah, namun
perjalanannya sungguh berliku dan mencabar.
Apabila bersatu dua pasangan dalam
sebuah perkahwinan, maka telah bertambah satu lagi tanggungjawab yang terpaksa
dipikul berbanding semasa bujang dahulu. Iaitu tangggungjawab terhadap
pasangan. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini bakal menyebabkan salah
seorang daripada pasangan tersebut menempah musibah yang amat besar di akhirat
kelak.
Terlalu banyak jika mahu diperincikan
akan tanggungjawab tersebut. Seharusnya bakal menjadi sebuah kitab dan tidak
dapat dipenuhi dengan sekadar membaca penulisan artikel yang amat terhad. Namun
bak kata pepatah Melayu, “tiada rotan akar pun berguna”. Manfaat hanya akan
diperolehi apabila kita mengamalkan segala ilmu yang kita tahu. Bukan kuantiti
ilmu yang diperlukan, sebaliknya kualiti. Rahmat dan pertolongan Allah hanya
akan hadir kepada mereka yang bersifat dengan kesolehan, dan bukannya dengan
amalan soleh itu sendiri. Maksudnya, pertolongan Allah akan bersama dengan
orang2 yang bersifat ihsan, muttaqin (bertaqwa), muhsin (melakukan kebaikan)
dan sebagainya. Sifat2 ini terhasil daripada amalan kesolehan seperti solat yg
khusyuk, amalan sunat, mempelajari ilmu dan sebagainya. Oleh itu, tidak pernah
kita menjumpai ayat “Allah bersama dengan orang yang solat, puasa, membayar
zakat dsb” melainkan Allah akan bersama dengan sifat2 kesolehan yang ada dalam
diri.
Antara faktor terpenting kerukunan
rumahtangga adalah ketaatan. Saidina Ali r.anhu pernah berkata “Jika seorang
isteri itu mentaati suaminya, maka sebelah kakinya telah melangkah ke dalam
syurga. Sebelah lagi akan melangkah jika dia mentaati segala perintah Allah”.
Dalam hal ini, 2 ketaatan perlu dilakukan iaitu ketaatan kepada Allah dan
ketaatan kepada suami.
Dalam hal kepatuhan kepada segala
perintah Allah, ini tidak jauh bezanya sama ada wanita itu bergelar isteri
mahupun masih bujang. Seorang wanita masih perlu melaksanakan syariat seperti
menutup aurat, menjaga maruah, melaksanakan amalan fardhu dan yang sunat dsb.
Cuma, apabila seorang wanita itu telah bertukar status kepada status isteri,
maka pada kebanyakan amalan sunat yang biasa dilakukannya, dia perlu
menyesuaikan dengan keadaan supaya tidak bertembung dengan keinginan suaminya.
Seorang wanita perlu meminta izin suami
sekiranya ingin melakukan puasa sunat. Ditakuti akan mengganggu
tanggungjawabnya terhadap suami selain mengelakkan salah faham yang bakal
menggugat keharmonian rumahtangga. Amalan sunat yang lain seperti solat,
membaca quran dsb boleh dilakukan apabila segala tanggungjawab rumahtangga
telah diselesaikan. Ini kerana seorang isteri perlu bersedia pada bila2 masa
yang diperlukan untuk berkhidmat kepada suaminya.
Mengenai ketaatan kepada suami, ia
hanyalah meliputi kepada perkara2 yang tidak menyalahi syarak. Jika suami
menyuruh melakukan perkara yang haram, maka tidak wajib mentaatinya bahkan
hukumnya haram mentaatinya. Sabda Nabi s.a.w. “Tiada ketaatan kepada makhluk
dalam melakukan maksiat kepada Allah”.
Suatu hal yang perlu diteliti dan diperjelaskan di sini, hukum sesuatu perkara banyak berubah mengikut keadaan. Umpamanya dalam hal mentaati perintah suami, walaupun pada asalnya hukum melakukan sesuatu tersebut adalah harus, namun jika diminta oleh suaminya, maka ia telah bertukar menjadi wajib. Jika tiada alasan syari’e yang menguzurkan isteri untuk mentaati permintaan suaminya, maka si isteri tersebut akan menanggung dosa.
Suatu hal yang perlu diteliti dan diperjelaskan di sini, hukum sesuatu perkara banyak berubah mengikut keadaan. Umpamanya dalam hal mentaati perintah suami, walaupun pada asalnya hukum melakukan sesuatu tersebut adalah harus, namun jika diminta oleh suaminya, maka ia telah bertukar menjadi wajib. Jika tiada alasan syari’e yang menguzurkan isteri untuk mentaati permintaan suaminya, maka si isteri tersebut akan menanggung dosa.
Sebagai contoh, memasak dan membasuh
bukanlah tanggungjawab isteri, namun jika diminta oleh suami maka ia telah
menjadi tanggungjawab untuknya dalam melaksanakan permintaan suami. Dalam hal
ini, suami isteri boleh berbincang sama ada untuk bertolak ansur dengan
melakukan penggiliran tugasan, mahupun mengambil pembantu rumah dsb. Jika tiada
keuzuran apa2, umpamanya isteri hanyalah suri rumah dan sihat tubuh badan, maka
wajib bagi isteri untuk mematuhi permintaan suaminya. Sebaliknya, jika isteri
bekerja ataupun mengalami masalah kesihatan, sangat perlu untuk berbincang
dengan suami supaya suami tidak tersalah anggap dan menyebabkan dosa kepada isteri
yang enggan melakukannya.
Suami itu adalah ketua bagi
rumahtangga. Manakala isteri adalah pengurus yang menguruskan rumahtangga
mengikut kehendak dan keinginan suami. Biar apa pun status sosialnya, tidak
menghalang isteri untuk menghormati dan menunaikan hak sewajarnya. Persefahaman
dala perkahwinan hanya akan wujud apabila suami dan isteri memahami dan
menunaikan hak masing2 terhadap pasangan. Hak yang paling utama bagi isteri
terhadap suaminya adalah mentaatinya. Tanpa ketaatan, maka persefahaman tidak
mungkin wujud.
Apabila seorang isteri menyedari
kehebatan suaminya sebagai ketua keluarga, dengan sendirinya perasaan hormat
dan redha akan wujud. Dengan sifat inilah isteri bakal mencorakkan
rumahtangganya ke jalan yang diredhai Allah.
Nabi s.a.w. bersabda “ Wahai kaum
wanita! Bersedekahlah kerana sesungguhnya aku telah melihat wanita adalah
penghuni neraka yang paling ramai.”Apabila ditanya mengapa mereka menjadi
penghuni neraka yang paling ramai, Baginda menjawab, “Kamu banyak mengumpat dan
kamu tidak bersyukur kepada suami-suamimu”.
Rendahkanlah hati dalam mentaati
perintah suami. Jangan kita meletakkan ego pada tempat yang tidak sepatutnya.
Terlalu banyak kes perceraian yang disebabkan oleh isteri yang terlalu ingin
menunjuk pandai kepada suaminya. Hinggakan suami dipandang seperti sampah yang
tidak berguna.
Ada juga yang malu dengan status sosial
suami yang bekerja dan bergaji rendah. Akibat daripada memandang rendah kepada
suami sendiri, maka isteri telah mencari jalan keluar dengan mengadakan hubungan
sulit bersama lelaki lain. Mengumpat suami sendiri telah menjadi lumrah di
kalangan wanita. Malah tanpa segan silu menceritakan hal dalam kain suami
isteri kepada rakan2. Institusi kekeluargaan telah semakin rapuh.
Para suami pula hanya menjadi pak sanggup
dan pak angguk kepada segala permintaan isteri. Akibatnya, bukan suami yang
membimbing isteri sebaliknya suami pula telah dicucuk hidung oleh isteri. Kata2
si isteri diterima bulat2 tanpa rasa curiga. Tidak salah mempunyai sedikit rasa
curiga, kerana ia bakal mewujudkan sikap berhati2 dan tidak mengambil mudah
terhadap pasangan. Kepercayaan secara total hanya layak diberikan kepada Allah
dan Rasulnya dan bukan kepada sesama manusia.
Perlu dilihat dengan siapa isteri itu
berkawan. Jika kawannya itu buruk akhlaknya, maka sebolehnya nasihatkan isteri
supaya menjauhkan diri. Ini kerana sahabat yang buruk akhlaknya akan
mempengaruhi sahabatnya sama ada secara langsung mahupun tak langsung.
Dalam era globalisasi ini, sangat perlu
ketelusan dalam perhubungan. Terlalu banyak kecurangan yang berlaku walaupun
dalam rumah sendiri. Seorang isteri yang disangka sangat solehah dan tidak
keluar rumah, mungkin melakukan perkara yang agak dahsyat di dalam rumah
sendiri. Terlalu banyak gambar2 porno memaparkan wanita bertudung yang diambil
di dalam bilik tidur sewaktu ketiadaan suami untuk diberikan kepada kekasih
gelapnya. Asalnya cuma kawan berbual secara maya, namun, akibat perhubungan
songsang yang disertai niat yang tidak baik, maka natijahnya juga sangatlah
buruk.
Semua masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya. Tinggal sahaja kita nak lakukan ataupun tidak. Masalah di
dunia ini akan dapat diselesaikan dengan amalan akhirat. Kita perlu tanamkan
keyakinan terhadap amalan agama itu sendiri. Nabi s.a.w. bersabda “Dunia ini diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk akhirat”. Amalan agama yang dilakukan
dengan keikhlasan dan penuh keyakinan bakal menjanjikan kejayaan buat kita di
dunia dan akhirat.
Seorang suami wajib memastikan tahap
agama dalam rumahtangganya. Orang pertama yang perlu dididik dengan agama tidak
lain adalah isterinya sendiri. Apabila isteri itu beramal dengan keyakinan dan
keikhlasan, maka pasti anak2 akan dididik dengan agama dan akhlak yang baik.
Hasil daripada sebuah perhubungan yang diasaskan oleh pegangan agama menjadikan
sesebuah keluarga tersebut dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.
Rezeki akan dimurahkan, segala masalah akan diselesaikan dan setiap hari akan
dipenuhi dengan kasih sayang dan kecintaan.
Semoga Allah s.w.t. memilih kita untuk
terus berada di atas jalanNya.
Wallahua’lam.
Sumber :
blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.