RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 24 August 2015

MULIAKAN KELUARGA ISTERI SPERTI KELUARGA SENDIRI


 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki.Mengabaikan penjagaan mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu  sendiri di abaikan oleh si suami.Tegasnya,kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua berstatus  apa sekalipun,sama seprti  tanggungjawab anak terhadap ibu bapanya.
Bagi sesetengah  pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri.Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal sebunbung dengan mertua,namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi.Hal ini mengimgatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga,maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi,contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Sebagai seorang yang membesar dengan didikan agama oleh ayah dan ibu, saya sememangnya mempunyai hasrat untuk amalkan  akhlak yang di ajar oleh Islam. Terutamanya sikap saya untuk memuliakan semua keluarga saya dan isteri.  Dimana kami menganggap sebagai satu keluarga setelah  diijab kabulkan, maka kami berdua dan semua keluarga kedua-dua belah pihak telah menjadi satu keluarga besar. Umapanya saya sebagai  suami tidak akan terbatal air sembahyang jika bersentuk dengan ibu mertua, begitulah juga si isteri tidak akan batal wududnya jika bersentuh dengan bapa mertua.

Atas hakikat ajaran agama inilah, saya telah meletakkan status ibu, ibu mertua, bapa dan bapa mertua adalah sama rata. Oleh itu kedua-dua mereka perlu di muliakan, kerana syurga  terletak di bawah kaki ibu.  Oleh itu untuk mendapat hidayah dan keredaan Allah dalam kehidupan kita, maka kita perlu mendapat restu dari mereka semua.


Jika amalan yang  baik  yang telah digariskan oleh agama Islam diikuti akan menjadikan perhubungan keluarga sentiasa harmoni dan penuh ukhwah Islamiah. Jadi bagi saya, amalan yang ditunjukan oleh Islam telah menjadi sebati dengan saya dan Alhamdullihan sehingga kini pertalian diantara keluarga sendiri dan mertua sentiasa aman damai.

Oleh kerana saya pandai mengambil hati  ibu mertua, menjadikan ibu mertua telah tinggal bersama lebih 14 tahun semenjak isteri mengalami kecacatan kekal selepas menjalani pembedahan kepala. Malah ibu mertua pernah mengeluar kenyataan bahawa dia telah menganggap menantu sebagai anaknya sendiri, kerana telah menjaga dirinya dengan sebaik mungkin dalam usianya yang telah menjangku lebih 90 tahun.

Semenjak setahun lepas ibu kandung saya pula datang tinggal bersama kami, oleh kerana adik saya yang bongsu yang tinggal di Kuala Lumpur, menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang telah menjangku usia lebih 80 tahun dan mula mengalami lupa ingatan sekli sekala (nyanyok). Saya memberi tawaran untuk mengambil alih tugas menjaga kedua-dua ibu dan mertua yang sudah lanjut usia. Alhamdulilah,  dengan penuh keinsafan bagi mencapai hasrat untuk mendapat keredaan Allah melalui berbakti kepada mereka berdua, Alhamdulilah saya diberi kesihatan dan keupayaan oleh Allah untuk menjaga kedua-dua ibu.

Pernah saya  di tanya tidakkah terasa satu bebanan untuk menjaga kedua mereka yang telah lanjut usia, dengan senyum saya memberi jawapan bahawa bagi diri saya tidak menjadi keberatan, malahan ianya bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada mereka berdua yang telah lanjut usia memandangkan Islam telah memberi tanggung jawab kepada anak lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah tua, dan Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak. Sebenarnya bagi anak-anak yang tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua adalah satu kebodohan, kerana bukan mudah untuk mendapat pahala secara percuma  setiap hari,  memandangkan Islam meletakkan taraf ibu bapa amat tinggi sekali,  ajaran Rasullah mengatakan dengan melihat ibu bapa yang telah lanjut usia dengan penuh kasihan sayang, anak  akan mendapat pahala. Apatah lagi jika kita menjaga makan minum dan semua keperluan sehariannya, maka ganjar pahalanya lebih besar lagi. Lagipun ibu yang kita jaga dengan sempurna akan sentiasa berdoa kehadrat Allah supaya anaknya mendapat kerahmatan Allah pada setiap masa.

Dengan bersikap positif dan meletakkan persamaan taraf diantara keluarga saya dan juga keluarga isteri, Allah telak kurniakan hidayahNya kepada saya. Sehinggakan saya boleh menjaga, isteri yang sakit (OKU) dan kedua-dua ibu yang telah lanjut usia dengan sempurna. Dan yang lebih menyeronokan saya merasakan  begitu bertuah sekali kerana dapat berbakti kepada mereka demi menjalankan amah Allah di dunia ini. Allahdulilah, saya kini diberi kesihatan yang lebih baik (walaupun usianya telah melebihi 61 tahun) mungkinkah ini semua  berkat doa kedua-dau ibunya saban hari. Wallahualam.

Pengajaran dan ikhtibar:

1.      Sebagai suami adalah menjadi tanggung jawab untuk menjadikan keluraga disebelah suami dan isteri dilayan dengan adil dan sama rata. Natijah daripada tindakan keadilan ini akan menjadikan perhubungan keluaraga dari kedua-dua belah pihak akan bertambah erat dan penuh kasih sayang. Situasi ini akan melahirkan suasana persekitaran kekeluargaan yang ceria dan saling bantu menbantu di antara mertua.

2.      Jika dilakukan sesuatu perkara dengan penuh tanggung jawab dan atas dasar ingin mendapat keradaan Allah. Ianya tidak akan menjadi satu bebanan kepada seseorang, malah ia akan lahir keseronakan kerana inginkan kepada keredaan Allah dan ingin mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Jika situasi sebegini wujud dalam minda kita, tugasan yang berat akan menjadi ringan, dan dapat disempurnakan secara lebih biak tanpa meraksakan sebagai satu beban. Mungkinkan  ini satu rahmat Allah kerana kita mempunyai niat yang ikhlas untuk membantu ibu yang telah lanjut usia demi mendapat keredaanNya. Semuanya dapat disempurnakan dengan baik tanpa merasakan sebagai satu beban.” Allah bersama-sama orang yang sabar” (Quraan).


3.      Tindakan melayan secara adil terhadap keluarga sumi dan isteri akan melahirkan perasaan kasih sayang di antara suami isteri. Sifat suami yang bertanggung jawab bagi memastikan kedua-dua ibu dan ibu mertua serta sanak saudara di kedua-dua belah pihak dilayan secara saksama membolehkan hubungan kekeluargaan akan terjalin dengan penuh kemesraan dan tanpa rasa melebihi mana-mana keluraga ini akan melahirkan perasaan ukhwan pertalian kekeluagaan yang jitu.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.