RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 26 August 2015

Penipuan dalam perniagaan




Perniagaan adalah satu perkerjaan dalam Islam, 90% punca rezeki terdapat dalam perniagaan. Nabi Muhammad saw dan isterinya Siti Khadijah adalah ahli perniagaan yang berjaya di zamannya dan baginda adalah contoh peniaga yang cemerlang dengan sikap amanah, jujur dan mampu memberi keunutungan yang sewajarnya.

Dalam Islam, apa sahaja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan cara pelaksanaannya menepati syariah dikira sebagai ibadah dan layak mendapat pahala daripada Allah. Untuk meraih pahala ibadah menerusi berniaga maka perlu menjaga adab dan etika yang digariskan oleh Islam. Diantara  adab dan etika apabila berurusan dengan pelanggan Islam mengariskan ialah:

 Hak-hak mereka sewajarnya dijaga demi mencapai kesejahteraan dan keberkatan dalam urusniaga tersebut.

 Antara nilai yang perlu ada ketika bermuamalat dengan pelanggan ialah hendaklah sentiasa memastikan niat yang ikhlas ketika berurusan dengan seseorang pelanggan tanpa ada sebarang 'hidden agenda' ketika bermuamalat melainkan untuk mendapatkan keredaan Allah Taala.

 Peniaga juga tidak boleh menindas pelanggan mereka dengan mengambil harta-harta mereka dengan cara yang salah (batil) seperti yang ditegaskan oleh Allah Taala menerusi firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…(an-Nisa': 29)

 Peniaga juga perlu mengamalkan sikap adil dalam semua perkara apabila berutusan dengan para pelanggan. Sentiasa berlaku adil kepada setiap pelanggan ialah memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka, menunaikan semua janji dan memastikan segala manfaat adalah halal. Ia mestilah bertepatan dengan makna adil, iaitu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul.

 Berlaku adil juga bermaksud hendaklah sentiasa bersifat amanah dan benar dalam segala urusan dan aktiviti. Membantu pelanggan semasa berurusan dengan mereka dengan penuh adab sopan, persaudaraan dan kasih-sayang.

 Menunaikan setiap janji kepada pelanggan sesuai dengan kaedah bahawa "Orang-orang Islam dipegang pada janji mereka". Memastikan sumber pendapatan pelanggan adalah halal di sisi Islam.
 Di antara adab dan etika ketika berurusan dengan pelanggan juga ialah tidak menipu para dalam aktiviti perniagaannya. Islam adalah agama yang sangat mementingkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

 Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan penganiayaan sehingga menyebabkan timbulnya permusuhan serta perselisihan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, Islam menyuruh umatnya berlaku adil kepada manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

 Kejujuran adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam menjamin sesebuah perniagaan itu maju, berjaya dan yang lebih pentingnya ianya diberkati oleh Allah SWT. Perkara ini sejajar dengan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW: Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya),barakah dagangannya itu akan dihapus. (riwayat Bukhari)

Jika kita teliti corak perniagaan yang dijalankan oleh kebanyakan peniaga dizaman mutakhir ini, tidak ramai yang benar-benar jujur sebgaimana yang digariskan oleh Islam. Kebanyakan peniaga lebih menupukan keuntungan yang semaksima mungkit. Lagi banyak untung dikatakan lagi bijak berniaga.
Sebgai contoh yang mudah kita ketemui sehari-hari ialah peniaga pasar malam, makanan yang dijual pada malam sebelumya yang tidak habis, disimpan dalam peti ais, kemudian dipanskan semula untuk di jual pada malam keesokannay. Akibatnya berlaku keracunan kepada pembeli yang makan makanan berkenan.
Begitu juga terdapat penipuan dalam penetapan harga jualan unuk produk-produk laris seperti herba untuk kecantikan. Sebgai contoh harga keluaran produk adalah berjumlah RM30 sahaja. Tetapi kerana produk itu memangnya berkesan dan amat laris di pasaran ia akan menjual dengan harga yang tinggi hingga ratusan ringgit. Keadaan sebegini adalah di tegah dalam Islam, keran ia dikatan mengabil keuntungan yang berlebihan daripada yang sepatutnya.

Konsep peniagaan dalam Islam bukan sahaja mahu keuntungan, tetapi mahu membantu pelanggan yang juga di kira sebagai salah satu amal kebajikan yang akan di beri ganjaran pahala di akhirat kelak. Jika kita megetahui betapa besarnya nilai ganjaran pahala itu sudah pasti ramai peniaga tidak mahu mengambil untung yang berlebihan dalam sesuatu produk yang diniagakan.

Wallahu’alam.

Sumber:
Utusan Malaysia Online , JAKIM # WAN JEMIZAN W. DERAMAN

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.