Penampilan diri yang kemas, bersih,
wangi, sihat dan ceria.
Sahabat Rasulullah s.a.w,
Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh beliau tampil
kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu,
kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu”.
Hadis ini jelas mengatakan
bahawa pasangan suami isteri perlu saling berhias, tampil segak, kemas dan
menawan di hadapan pasangan masing-masing pada setiap masa. Bukan hanya tampil
segak dan cantik di hadapan bakal pasangan tetapi tampil selekeh selepas berkahwin.
Bukan juga tampil kemas dan segak di hadapan orang lain tetapi di hadapan
pasangan sendiri, kelihatan seperti orang tiga suku.
Di dalam menentukan pakaian
kita untuk tampil dalam keadaan menyejukkan mata pasangan kita, bolehlah berbincang dan berterus terang dengan
pasangan kita. Pilihlah pakaian yang kita rasa sesuai dengan penampilan suami
atau isteri. Paling penting, kita sendiri perlu tahu citarasa pasangan dan
citarasa tersebut anda sesuaikan dengan citarasa kita dan mengikut syariah
serta sunnah. Jangan pentingkan diri hingga memaksa pasangan mengikut selera
dan citarasa kita sahaja. Sebagai contoh, jika sebagai isteri, kita menggemari
warna merah jambu tetapi warna ersebut tidak disukai oleh suami, kita tidak
berhak memaksa suami mengikut selera kita. Sama juga dengan suami, jika isteri
tak suka tampil seksi di hadapan orang lain, janganlah memaksa. Biarlah isteri
hanya seksi di hadapan kita, hanya kita tergoda, isteri kita selamat dari mata
jahat lelaki lain dan kita pun akan selamat daripada mendapat dosa.
Penampilan segak, kemasa, bersih dan wangi merupakan satu amalan yang telah menjadi
sebagai satu budaya bagi saya. Mungkin saya mewarisi sikap ayah yang merupakan
seorang bekas Penyelia Imam di sebuah Mukim Masjid di satu Daerah awal tahun
60an hingga 70an dahulu.
Penampilan kemas ini lebih terserlah setelah saya dilantik
sebagai Pegawai Tadbir Negeri (ADO) pada tahun 1980. Amalan penampilan kemas
dan bersih serta segak adalah satu etika kerja yang perlu dipatuhi, lebih-lebih
lagi semasa saya bertugas di daerah sebagai ADO ianya juga dilantik sebagai
Majestrit, dimana pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat, kadangkala
Pegawai Polis berpangkat Inspektor akan datang ke kediaman rasmi saya untuk membuat tahanan reman bagi tertuduh
yang melakukan kesalahan jenayah. Oleh itu saya semestinya berada dalam
keadaan bersiap sedia dengan pakaian yang kemas dan rapi, bagi memperlihatkan
reputasi sebagai pegawai awam yang mempunyai intergriti.
“ Sebagai ADO kita mestilah mempunyai personaliti yang
terbaik, penampilan yang kemas, bersih, wangi dan ceria setiap masa” maklum
Ketua Penolong Setiausaha, Kerajaan ( Bahagian Pentadbiran) semasa memberi
taklimat kepada Pegawai Tadbir Negeri seramai 15 orang yang baru melapur diri
pada 1 September 1980 dahulu.
Pesanan itu membuatkan saya sentiasa akur di sepanjang
perkhidmatan, kerana iaya adalah satu amanat majikan yang peru di patuhi, itu
dalah prinsip saya kerana kita bila berkerja sesebuah organisasi mestilah
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh oranganisi tersebut. Jika melanggarnya
ianya adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin dan satu pelanggaran amanah
dan persetujuan yang telah ditandangi semasa menerima perlantikan dahulu.
Amalan ini telah menjadi sebagai satu budaya dalam keluraga
kami.. Isteri umpamanya walaupun ianya seorang suri rumah sepenuh masa dengan
tujuh orang anak, tetapi pakian seharian sentiasa kemas,rapi dan bersih. Satu
amalan yang saya amat menyanjungi tabiat isteri saya ialah suka berhias untuk
suami, pada waktu pagi setelah selesai solat subuh dia akan mempastinya dirinya dalam keadaan berhias
sentiasa, terutamanya pada masa dia mengucapkan selamat jalan kepada saya yang
hendak ke pejabat. Amalan ini mebuat saya sentiasa ceria bila hendak menigalkan
rumah untuk ke pejabat atau berurusan di luar rumah. Hati saya sentiasa teringat
tentang keanggunan isteri dan ia tersemat di naluri pada setiap masa.
Suasana sebegini dapat menghindar diri saya daripada menaruh
perasaan minat kepada perempuan lain diluar sana. Syaitan telah dapat
digagalkan dripada mempengaruhi saya untuk melakukan perkara maksiat apabila
saya menjalankan kerja luar ‘outstation’.
Satu peristiwa yang masih
menjadi ingatan saya sehingga ke hari ini ialah pada tahun 1985 saya
ditugas di sebuah daerah yang bersempadan dengan negeri Thailand. Ketua Jabatan
saya telah mengajak saya dan beberapa orang pegawai lain untuk melakukan
lawatan kerja ke salah satu Wilayah di Selatan Thailand. Pada satu malam kami dibawa untuk melawat ke pusat hiburan di
sekitar bandar utama Wilayah bereknaan. Semasa dipelawa supaya saya memilih
wanita yang akan dijadikan teman setidur di hotel, saya dapat mengawal nafsu
syaitan yang bertopengkan mausia. Alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan
satu sikap bahawa semua permpuan yang ditunjukkan untuk dipilih oleh saya
adalah tidak secantik isteri yang dicintai dan disayangi yang berada di
rumah. Sehinggakan saya dikatakan sebagai seorang lelaki yang kurang
siauman kerana seramai wantia yang ditunjukkan telah tidak memberi sebarang
minat.
Kisah itu adalah satu kisah detik hitam sepanjang lebih 16
tahun saya bertugas sebagai penjawat awam. saya juga amat terkejut dengan
perbuatan ketua jabatan saya yang kaki perempuan itu, walaupun sudah mempunyai
seorang isteri yang cantik di rumah. Bermula dengan peristiwa hitam dan menjijikan itu, saya
mula kurang hormat kepada ketua yang mempunyai sikap buruk yang bertentangan
dengan syariat Islam. Namun begitu saya masih merahsiakan peristiwa itu kepada
pengetahun orang lain kerana berpegang kepada prinsip “ jika kita menutup aib
orang lain, Allah akan menutup aib kita”. Islam melarang kita membuka rahsia
dan keburukan orang lain.
Bahawa amalan untuk menjaga keterampilan diri ini telah menjadi
satu sikap pegangan oleh semua ahli keluarga saya. Kesemua tujuh orang anak sya
mempunyai tabiat dan sikap yang sama seperti ayahnya. Mereka akan sentiasa
berketrampilan kemas pada setiap masa apabila
keluar dari rumah, semaada untuk ke tempat kerja atau berjalan santai di waktu
petang dan sebagainya.
Bagi isteri pula semenjak kami mula kahwin dahulu lagi
memang dianya suka berhias walaupun dia adalah suri rumah sepenuh masa.
Biasanya pada setiap pagi setelah isteri menyiapkan sarapan pagi di meja makan, dia akan ke bilik untuk
mengemaskan dirinya dengan sebaik mungkin. Bisa bagi isteri memakai wangian
yang harum dan dilakukan makeup untuk menyerikan wajahnya setiap pagi. Beliau
akan melayan saya semakan bersarapan dan akan menghantiar saya ke kereta setiap
pagi dengan wajah yang berseri-seri, tak kalah macam isteri yang hendak ke
pejabat . tindakan isteri sebegini membuatkan hati saya selalu terlekat dengan
kencantin dan keanggunan isteri setiap kali memendu ke pejabat. Tabiat ini
membuatkan saya selalu mengiganti isteri dimana sahaja saya berada.
Sikap saya yang tidak merokok telah menjadi ikutan anak-anak
lelaki saya seramai empat orang itu. Malah dua orang menantu saya yang
merupakan perokok, apabila ia pulang bercuti di rumah saya mereka tidak akan
merokok di depan saya dan juga dalam rumah kami, sekirannya mereka ingin
merokok, mereka akan keluar dari kawasan rumah.Tabiat semua keluarga saya yang
membenci rokok telah menjamin rumah kami bersih dari bau asap rokok yang kurang
elok seperti di alami oleh para perokok dan keluarga mereka. Sikap proaktif saya tentang keburukan merokok,
telah memberi kredit yang amat tinggi kepada
isteri saya. Isteri dan keluarga kami tidak pernah menghidu asap rokok yang
mengandungi pelbagai jenis narkotik yang boleh membahaya kesihata. . Sifat benci rokok yang saya amalkan mendapat
sanjungan yang amat tinggi oleh isteri dan sahabat saya.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Amalan supaya kita
sentiasa berkeetrampilan kemas, segak, bersih dan menarik adalah ajaran sunnah
Rasulallah SAW.Islam sememangnya menganggap keberisihan peribadi dan
persekitaran adalah satu perkara yang amat penting. Malah ketika umat Islam
hendak mengerja solat, Nabi Muhammad telah meminta supaya di sempurnakan ambi
wudud kerana ianya ada mempengauhi rasa khusyuk sema kita bersolat. Islam juga
menganggap kebersihan itu sebahagian daripada iman.
2.
Jika kita suami
isteri mempunyai satu amalan yang sentiasa berkeadaan kemas dan berketerampilan
dan menarik pada setiap masa, akan melahirkan perasaan cita dan kasih sayang
yang sentiasa segar. Kerana suarsan bersih dan harun merupalan keinginan naluri
semulajadi bagi setiap manusia. Kerana terbentuk cinta yang begitu mendalam di antara
suami dan isteri dapat menumpulkan nafsu sarakah untuk dipengaruhi oleh syaitan
supaya melakukan kerja maksiat dan mungkar.
3.
Budaya berketerampilan
kemas pada saban masa, akan melahirkan satu disiplin secara tidak langsung, dan
ini akan menjadikan keluagra kita mendapat penghormatan dari jiran dan sahabat handai.
ini akan memberi satu dorongan kepada keluarga kita untuk menjaga imej mereka
pada setiap masa.
4.
Merokok adalah
perbuatan yang tidak baik yang diamalkan
oleh lelaki yang bergelar suami, majoriti wanita tidak suka kepada lelaki yang
merokok. Tabiat merokok boleh merugikan ekonomi rumah tangga. Cuba kita buat
analisis berapa kah jumlah wang yang dibakar oleh perokok di sepanjang hidkup
mereka. Katakan setiap hari dua bungkus rokok berharga RM8.00 sebungkus
bermakna RM 16.00 diperlukan oleh perokok untuk mebayar harga rokok. Untuk satu
tahun dibelanjakan wang sebanyak RM5,696.00. Sekiranya umur sesorang itu
dilanjutkan oleh Allah sehingga 70 tahun, bermakna jumlah wang yang telah
dibelanjakan untuk membeli rokok adalah
sebanyak RM398,720.00. Subahanallah begitu banyaknya wang yang dibelanjakan
oleh para perokok dalam tempoh 70 tahun. Wang berkenaan telah hangus berasa
asap rokok dan faedah yang diperolehi adalah kosong, malah penyakit kanser
kerongkon atau paru-paru yang ditinggalkan oleh rokok kepada penghisabnya.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.