Sentiasa tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Dalam
kehidupan berumahtangga keadaan perhubungaan suami dam isterimya tidak
selalunya dalam keadaan baik. Kekadang berlaku kesilapan yang dilakukan oleh
isteri yang membuatkan suami marah dan atau sebaliknya. Situasi sebegini
menyebabkan berlakunya perang dingin diantara suami isteri, keadaan ini jika
tidak diperbetulkan dengan kadar yang segera oleh suami sebagai ketua keluarga,
ianya boleh mengakibatkan berlakukan perang besar dan silap-silap boleh
menyebabkan mahligai yang dibina bersama oleh suami isteri berpuluh tahun
lamanya berkecai dengan sekelip mata.
Oleh itu suami
sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri.
Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak
terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah
tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani
untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan
pendidik yang berwibawa.
Firman Allah
SWT:
“Sekiranya kamu bencikan mereka
mungkin hanya kerana bencikan sesuatu perkara, tetapi Allah ciptakan pada
dirinya banyak kebaikan lagi.” (An-Nisa’:19)
Dalam surah
An – Nisa ayat 34 Firman Allah yang
maksudnya:
“Wanita-wanita yang kamu takuti
kedurhakaan mereka, nasihatilah mereka dan tinggalkan mereka di tempat-tempat
tidur dan (jika itu pun tidak berhasil, pukullah mereka); tetapi jika mereka
taat kepadamu, maka janganlah kamu cari-cari jalan buat menyusahkan mereka, sesungguhnya
Allah itu Maha Tinggi, Maha Besar.” (An -Nisa’: 34)
Dua contoh
ayat-ayat Al- Quran di atas membuktikan bahawa Islam telah memberi garis
panduan kepada suami bagaimana hendak mendidik isteri mereka.
Suami yang
bijak secra hikmah akan menggunakan akal
serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri.. Perasaan wanita
sangat mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam
menghadapi kerenah wanita, lelaki atau suami hendaklah banyak menggunakan daya
fikir. Umpamanya isteri sedang berdukacita, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di minda
isteri. Di sinilah perlunya kemahiran dan strategi dalam mendidik isteri.
|
|
Kaum wanita
memang Allah bekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan
lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah
nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang
sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat
tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya
pelbagai perasaan di minda wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan
persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja
pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh
suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan
nafsu pada diri
wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga
jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa
mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi
wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat
menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi
ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan
mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang
suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja
kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa
kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga
bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya,
tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi
melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia
perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana
kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang
perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala
Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling
sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan
kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah
juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit
pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana
perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan
kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid,
baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu
sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah
SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu.
Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup
menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat
sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka
hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam
peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan,
lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam
baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga.
Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam
baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan
kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk
kami.”
Begitu
Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda
rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling
baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya,
kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan
mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah
menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya.
Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih
sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika
datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi
hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah
sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan
itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia
mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?”
Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang
bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti
Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun
berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika
kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan
dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata
asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan
suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang
pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami
hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah
SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu
Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala
Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia
sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak
seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti
Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama
isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan
martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini
menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati
isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan
isteri.
Di sinilah
perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam
perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana
hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.
Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan
menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali
bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu,
emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun
kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap
besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu
sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah.
Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan
nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela
dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri
yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai
kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap
perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri.
Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang
marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti
kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik
didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya
demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak
sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan
isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami
mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di
belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan
dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan
suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku
dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Amalan menegur isteri
secara hikmah telah saya amalkan sememjak awal perkahwinan kami lagi. Sifat
menegur kesilapan isteri dengan hikmah ini dilakukan keranan saya telah mengenali
dan memahami jiwa isteri yang amat sensitif dan bila saya marah dia mempunyai perasan dendam yang agak lama untuk
dilupai. Jika silap-silap haribulan teguran yang membina terhadap kesilapan
kecil yang dilakukan oleh isteri, akan bertukar menjadi satu “perang besar”
kepada rumah tangga kami. Jika situasi inilah yang berlaku, boleh di ibaratkan
sebagai “tikus membaiki labu”. Oleh itu setiap suami perlulah mempunyai ilmu
dalam pelbagai aspek kehidupan jika ingin menjadi suami dan pemimpin keluarga
yang berjaya untuk memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan juga kebahagian
di akhirat nanti.
Sikap saya yang
sentiasa berfikir panjang dan berhikmah serta berhimah dalam memberi teguran
kepada isteri dan keluarga, menjadikan
hubungan saya sebagai suami dapat bertahan sehingg ke hari ini tanpa sebarang
pergaduhan besar dalam rumah tangga kami.
Situasi sebegini hanya boleh berlaku jika suami adalah seorang yang berilmu,
terutamanya berilmu tentang saikologi rumah tangga. Salah satu aspek yang perlu
diberi perhatian dalam saikologi rumah tangga ialah bagaimana mempunyai
kemahiran untuk membolehkan komunikasi berkesan. Iaitu satu kemahiran untuk
berkomunikasi dengan isteri dengan mengambil kira suasana persekitaran dan juga
keberkesanan komunikasi, lebih lebih lagi semasa suami hendak menasihati Isteri
yang telah melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja .
Saya masih ingat
bagaimana saya menggunakan strategi untuk memberi pengajaran kepada isteri
supaya mendengar nasihat dan arahan suami melaui memasang CD didalam kereta
semasa kami bersama untuk ke Kuala Terngganu.
“ Bagi isteri amat
mudah untuk memasuki syurga jika ia mengamalkan perkara-perkara berikut,
sentiasa mematuhi perintah Allah, taat kepada suami dan melayan kehendak suami
dengan sempurna. Menjaga kehormatan dir.” Kata ustaz Azhar,
“ jika isteri
mendapat keredaan suami dalam kehidupannya, maka mudah bagi nya memasuki
syurga”.
‘ Sebaliknya bagi
lelaki selaku suami, sungguhpun dia adalah seorang ahli ibadat, untuk memasuki
syurga tidalah semudah perempuan kerana dia mempunyai tanggung jawab terhadap
isteri dan anak-anak dalam memberi didikan dan nasihat untuk menjadi orang yang
beriman dan bertaqwa”
“ suami akan
dipertanggung jawab jika isteri dan anak-nanaknya tidak menutup aurat, tidak
lakukan solatdan arahan-arahan agama yang lain”. Jika si suami tidak memberi
nasihat dan mengarahkan isteri dan anak-anak melakukan semua perintah Allah
maka ianya dianggap sebagai suami / bapa yang dayus. Dan suami yang dayus akan
mendapat kemurkaan Allah dan tempatnya di neraka di akhirat kelak.
“ abang, kesian juga
kepada lelaki ye….isteri dan anak yang lakukan dosa dia juga kena bertanggung
jawab” isteri membuka mulut setelah terdiam agak lama kerana mendegar kuliiah
ustaz Azhar di dalam CD yang saya pasang.
“ itulah tanggung
jawab seorang lelaki sebagai suami dan ketua keluarga yan ditetapkan oleh Islam
“ saya mencelah.
“ Mulai hari ini
ayang akan taat kepada abang dalam semua hal. Somga kita dapat bersama-sama ke
syurga “ isteri kelihatan begitu bersemangat sekali.
Amalan menegur isteri
dengan penuh hikmah dan kasih sayang akan mengelakkan diri si suami untuk
memberi teguran secara seborono atau kasar yang boleh menimbulkan ketengangan
perhubungan sumai dan isteri. Jika tindakan mengur isteri oleh suami yang tidak
berhemah , akan menjadikan teguran itu sebagai sebutir bom yang boleh meletup
dan membakar kegemilangan dan keutuhan ikatan rumah tangga. Jika silap hari
bulan teguran si suami tidak memberi pengajaran untuk si isteri berubah,
sebaliknya akan menimbulkan perasaan benci, marah dan dedam kesumat isteri
terhadap si suami. Jika situasi ini berlaku a akan memberi kesan yang begitu
bersar terhadap perhubungan dan kasih sayang rumah tangga. Kebahagian dan
kerukunan rumah tangga boleh runtuh dibuatnya. Mintak dijauhkan Ya Allah.
Alhamdulillah saya
memanjat kesyukuran ke hadarat Allah SWT setelah ianya menganugerahkan rahmat
dan hidayah kepada dirinya dan keluarga
sehingga membolehkan kami hidup dengan keceriaan dan kebahagian.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Jika ingin menegur
isteri perlu merujuk kepada sunnah yang di ajar oleh junjungan besar nabi
Muhammad SAW, iaitu menegur secara bijaksana dan berhemah. Jika isteri
melakukan kesilapan janga ditegur di kahalayak ramai, kerana ini akan
menjatuhkan maruahnya. Ia perlu dilakukan secara bersembunyai dari pengetahun
orang lain, terutamanya anak-anak kita.
2.
Sifat berhemah dan
berlemah lembut dalam memberi teguran adalah cara yang sayajar oleh agama Islam.
3.
Memberi teguran
secara berjenaka dan sinis adalah lebih memberi kesan kepada orang yang di
tegur.
4.
Amalan suami meneger
isteri secara berhemah apabila dilihat atau diperhatikan oleh anak-anak, ia
akan menjadi satu ikutan kepadan anak-anak apabila mereka besar nanti.
5.
Orang yang mengamalkan
budi pekerti mulia dalam kehidupan akan mendapat rahmat Allah yang
mencurah-curah, Kehidupan yang dipenuhi rahmat dan keredaan Allah akan mendapat
kejayaan di dunia dan di akhirat.
Walahua'lam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.