RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 26 August 2015

SEMUA KETETUAN ALLAH ADA HIKMAHNYA



 
Setiap manusia lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah sememangnya memerlukan pasangan yang saling lengkap dan melengkapi di antara satu sama lain sepertimana Allah menciptakan Siti Hawa untuk menjadi teman dan pasangan kepada  Nabi  Adam a.s.

Hampir kesemua lelaki, mempunyai idaman untuk menjadikan dirinya sebagai orang yang dikagumi.  Bukan saja untuk memiliki perawakan menarik tetapi juga  mempunyai satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi oleh isteri, dihormati dan mentor kepada anak-anak, disanjungi oleh keluarga dan masyarakat serta sekali gus  mahu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat untuk mendapat keredaan Allah. Kalaulah lelaki sebegini dimiliki oleh seorang teruna, pasti ramai  wanita yang memujanya. Oleh itu semua lelaki perlu berusaha untuk menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan  oleh wanita. Jika anda  mengidam untuk mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Matlamat untuk membina sebuah keluarga yang dilimpahi kebahagiaan  dan keberkatan  bukanlah menjadi satu impian yang tidak mampu dicapai sekiranya kita  semua  mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapainya. Sebagaimana kata pepatah Melayu “ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Saya pernah terbaca catatan tip bagaimana hendak menjadi “suami mithali “ yang menjadi impian oleh semua kaum hawa atau isteri. Setelah di halusi intipati tip-tip yang digariskan itu  ianya satu realiti dalam kehidupan saya sendiri yang telah diuji oleh Allah setelah isteri yang disayangi dan sebagai pembantu utama dalam melayari bahtera rumah tangga kami telah ditadirkan mengalami pendarahan dalam otak pada 2 Mac tahun 2001.Beliau terpaska dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.  Kesan  pembedahan kepala (AVM) isteri yang cantik jelita dan amat disayangi oleh ku telah mendapat kecacatan kekal sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).  Sebelah tubuh bahagian kanan telah lumpuh.  Semenjak detik itu bermulalah episod sedih dan muram dalam keluarga kami.

Mungkinkah ini adalah satu musibah Allah terhadap saya  sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang penah saya lakukan sebeum ini atau satu ujian Allah untuk melihat bagaimana hambanya yang kerdil ini dapat mengatasinya dan berusaha untuk terus melayari bahtera walaupun dengan seribu kepayahan dan kesusahan.

Alhamdulillah hidayah Allah telah memberi kekuatan kepada  hamba yang kerdil ini bertukus lemus mendayung bahtera keluraga bagi mencapai hala tuju yang diredaiNya walaupun ianya terpaksa akur dengan serba kekurangan kerana isteri yang menjadi pembantu utama sebelum ini telah ditarik nikmat kesihatan olehNya, Bermula dari tarikh pembedahan sehinggalah kehari ini isteri tercinta telah menjadi seorang insan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu kepada bantuan hampir hampir 100 peratus untuk mengurus kehidupan sehariannya kerana sebelah tubuh bahagian kanan (tangan dan kaki) tidak dapat berfungsi (lumpuh).

Alhamdulillah  saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi ketabahan untuk saya hadapainya semua ini. Pejam celik-pejam celik kini telah melewati masa lebih 14 tahun.  Jika dicongak dengan tempoh perkahwinan kami  selama 34 tahun, secara realitinya hampir separuh masa perkahwinan kami telah dilalui dengan penderitaan kesakitan isteri. Sugguhpun begitu Alhamdulillah saya selaku suami dan ketua keluarga masih dapat mencapai kebahagian dalam berumah tangga semenjak hari pertama diijab Kabul sehiggalah ke hari ini. Alhamdullilah kami telah dikurnkakan dengan 7 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 3 perempuan. dan kini telah juga dikurniakan 6 orang cucu.

Semenjak daripada tarikh keramat berkenaan  saya terpaksa  melalui liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran, kerana isteri yang sebelum ini menjadi “Pengurus Besar” di rumahku tidak lagi dapat bekerja, malah ianya perlu kepada orang lain untuk mengurus keperluan sehariannya seperti , mandi manda, makan minum, buang air besar dan kecil, ditolak dengan kerusi sorong, dan juga untuk menyempurnakan wudud serta memakai telukung untuk solat.

Pernah saya cubah mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia melaui Agen Pekerjaan bagi membantu kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang sakit. Keseluruhan kos untuk tujuan itu dihabiskan hampir RM 4,000.00, Pada bulan pertama saya berasa amat lega kerana kerja-kerja rumah sudah ada pembantu yang boleh diharapkan. Tetapi bila masuk bulan kedua dan ketiga mula ada unsur-unsur yang tidak menyenangkan, Bila pulang kerumah isteri mula termenung dan berlinang air mata, bila saya tanyakan kenapa, dengan esakan tangisan dia mengatakan sakit kepala dan sakit hati kerana pembatu rumah  tidak lagi cerdas dalam menjalankan kerja-kerja rumah. Situasi sebegini membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan darstik untuk memberhentikan pembantu rumah Indonesia bagi mengelakkan keadaan sakit isteri semakin serius, kerana saya telah diberi pesanan oleh doktor supaya menjaga hati dan emosi isteri jangan sampai ianya rungsing dan terkejut, kerana jika berlaku secara berterusan kerungsingan akan menyebabkan berlaku pendarahan dalam otak kali kedua, jika ini berlaku secara kerap akan membolehkan isteri saya kembali koma dan paling serius boleh membawa maut. Untuk itu saya dengan penuh tekad membuat keputusan memberhentikan pembantu rumah, dan betekad untuk melakukan sendiri semua-kerja kerja rumah bagi memberi ransangan minda isteri supaya sentiasa gembira dan ceria mudah-mudahan isteri dapat kembali sembuh dan anak-anak masih dapat melihat dan bermanja dengan ibunya.

Bermula pada tarkih itulah saya melakukan sendiri kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih pakaian dan lain-lain kerja  berkaitan, di samping menjaga keperluan isterinya seperti, mandi, makan minum, mengambil wudud dan memakai telekung untuk solat. Mujurlah saya telah ada sedikit pengalaman berhubung kerja-kerja rumah kerna semasa bujang dahulu saya pernah membantu ibu dan kakak untuk melakukan kerja-kerja rumah, bagi mengisi masa lapang saya yang pada ketika itu duduk dirumah sahaja kerana sakit lutut, dan diberi cuti sakit oleh pihak sekolah selepas saya tamat Sijil Rendah Pelajaran (LCE) pada tahun 1969.

Kini tempuh masa telah menjangkau hampir 15 tahun dan saya dapat lakukanya sebagai satu rutin kehidupan seharian. Kesyukuran yang tidak ada nilainya saya panjangkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyang, kerana memberi kekuatan minda, fizikal kepada hambanya yang kerdil ini untuk melakukan segala kerja-kerja rumah dan juga kerja di pejabat untuk menanpung kewangan dapat disempurnakan seadanya. Yang lebih penting Allah memberi ketenanagan dan kegembiraan di kalbu saya dalam menghadapi kehidupan yang penuh mencabar ini. Dengan izinNya segala kerja-kerja berkenaan dapat saya lakukan dengan mudah tanpa rasa penat dan jemu. Alhamdulillah.

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah  atas hidayahNya yang memberi, kekuatan, ketabahan dan kecekalan kepada hambaNya yang begitu kerdil ini dalam menghadapi cabaran dan dugaanNya.  Bila dikenang kembali tempoh masa yang agak lama, terdetik di hati kecil ini untuk membukukan rutin kehidupan yang saya lalui  itu untuk menjaga isteri yang lumpuh dalam tempoh hampir 15 tahun dan berterusan sehingga ke hari ini. Semoga catitan yang dibukukan ini dapat dijadikan bahan bacaan kepada bakal suami atau suami yang baru menjalani rumah tanagga, setidak-tidaknya dapat memberi sedikit info untuk di jadikan teladan dan sempadan. Bagi saya keizinan Allah yang memberi ilham kepada saya untuk menulis buku inil adalah satu sumbangan yang tak seberapa sebagai tanda kesekuran di atas rahmatNya yang memberi kebahagian kepada keluarga kami yang saya diamanahkan sebagai penerajunya.

Catatan ini mungkin dapat didijadikan sebagai satu pedoman awal atau diambil teladan   oleh  para suami atau isteri yang pasangannya baru mengalami kecacatan kekal, kerana di saat-saat awal dugaan sebegini adalah yang paling getir, jika kita tidak sabar dan cekal hati berkemungkinan rumah tangga yang dibina akan runtuh dan kecundang di pertengah jalan ( Saya juga pernah dihantui perasaan untuk berkahwin satu lagi di peringkat awal dahulu). Kemungkinan ini saya utarakan kerana mengikut catatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalan tempoh sepuluh tahun (2003 – 2013) Jumlah pasangan Islam yang bercerai di Malaysia purata lebih 20 ribu setahun, bilangan ini  sentiasa meningkat setiap tahun dimana pada tahu 2013 jumlahnya mencecah 28 ribu lebih. Kajian JAKIM juga mendapati mereka yang bercerai ini adalah dari kalangan pasangan yang berkahwin kurang 6 tahun. Faktor ini juga merupakan satu dorongan yang kuat untuk saya berkongsi bersama pengalaman jerit-gentir yang dilalui oleh saya untuk mengurus isteri OKU sehingga dapat bertahan ke hari ini. Malah saya amat bersyukur kerana saya dianugarahkan olehNya ketabahan dan kecekalan hati, serta yang lebih penting kini telah lahir satu perasaan ehsan dan belas kasihan yang amat sangat untuk membantu isteri dan dua orang ibu yang tua dengan penuh bersemangat, malah Allah telah kurniakan satu perasaan beruntung pula dengan apa yang diduga olehNya ini, sebagai salah satu peluang untuk saaya berbakti bagi mendapat pahala akhirat  di penghujung usia ini. Yang lebih terharu saya dikurniakan kesihatan yang lebih baik  berbanding sebelum kedua-dua ibu tinggal bersama keluraga kami.

Pernah beberapa rakan akrab memberitahu kepada saya, jika situasi sebegini dialami olehnya, dia tidak yakin dapat bertahan untuk tempoh yang begitu lama, katanya sudah lama dia akan kahwin seorang lagi untuk mengurus keperluan harian hidupnya. Malah mereka pernah memberitahu bahawa apa yang saya alami ini bukannya musibah tetapi adalah satu anugerah Allah kepada saya, Seandaiannya telahan mereka itu betul, saya amat bersyukur kerana Allah telah memilih saya sebagai hamba yang untuk di uji. Saya juga memohon kehadaratNya supaya sentiasa memperbetulkan niat hati saya yang kerdil ini untuk menyikirkan sebarang perasaan bangga atau riak terhadap apa yang dicatit dalam buku kecil ini. Ya Allah ampunkanlan hamba Mu yang begitu kerdil ini. Amin Ya Rabbil Alamin.

Mungkin ujian kedua ini Allah berikan kepada saya sekali lagi kerana ujian pertama ke atas saya pada tahun 60an dahulu, dengan izinNya saya dapat lalui sehinggalah saya berada pada situasi sebagai seorang pesara pegawai perkhidmatan awam, yang telahpun mencapai umur 61 tahun 7 bulan . Kadangkala bila saya merung nasib hidup saya semenjak kecil sehingga lah menjadi warga emas yang di beri gelaran Tokayah oleh cucu, saban masa saya di uji. Pada masa saya dalam ketegori belia telah dihidapi penyakit sendi lutut. Walaupun ayah saya yang saya panggil WAN telah berikhtiar untuk mengubatinya sama ada di klinik swasta, hospital dan melalui perubatan tradisional, penyakit tidak juga sembuh. Malah penyakit telah sampai ke kemuncaknnya pada tahun 1969, lutut yang bengkat itu telah mengeluarkan air kekuningan yang amat hanyir sekali baunya. Saya redha dengan apa yang di alami dan meneruskan persekolahan untuk peperiksaan LCE pada bulan Oktober 1996 . Saya menjalani peperiksaan di hospital kerana perlu di rawat di dalam wad. Alhamdulillah keputusan peperiksaan LCE, saya berjaya memperolehi kelulusan pangkat A. Mulai tarikh itulah saya terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pumuda yang sakit lutut dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Saya diberi cuti sakit oleh pihak sekolah, tetapi sakit tidak juga sembuh, dengan demikian saya keseorangan terkandas dalam pelajaran berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Pada tahun 1972 mereka semua telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam sebagai pesiapan ke Menara Gading. Sedangkan saya terkapai-kapai di rumah dengan melihat sijil LCE yang  tidak mampu untuk mendapat pekerjaan bagi diri ini yang sedang sakit.

Kadang kala saya menangis keseorangan dalam menghisab masa depan saya yang tidak menentu. Untuk mempastikan saya boleh berdikari dimasa depan apabila kedua ibu bapa sudah tiada nanti, saya mengambil keputusan untuk belajar membaiki radio dan talevision dan harapan akan menjadi makanik Radio /TV, namum begitu saya tidak dapat teruskan pembelajaran kerana kaki sentiasa sakit. Sehinggalah pada tahun 1972  saya telah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM secara calon persendirian. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya memperolehi pangkat dua SPM. Dan pada tahun 1975  berjaya mendapat  4 prinsipal STP dan melanjutkan pelajaran ke USM pada tahun 1975 dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1980 diikuti dengan memperolehi ijazah Saraja Sains (Pengursan Projek) pada tahun 1992. Pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajran ke ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2001. Tepati terpaksa minta menarik diri kerana kesuntukan masa untuk menjaga isteri yang sakit.

Memandangkan liku-liku kehidupan insan yang kerdil ini penuh dengan cabaran semenjak dari remaja, belia, dewasa dan bekerja diliputi dengan kisah-kisah duka dan mencabar, saya begitu insaf bahawa Allah sentiasa menguji saya namun begitu Allah Yang Maha Mengetahui bahawa ujian yang diberikan itu adalah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan  saya untuk mengahadapi ujian tersebut. Saya tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui kerana dengan menganugrahkan kesabaran dan ketahanan minda saya dalam menghadapi cabaran hidup semejak remaja,dewasa dan dipenghujug senja usia sentiasa diuji dengan kesakitan dan penderitaan dalam menjalani kehidupan, namu ianya satu anugerah yang tidak ternilai kerana kekasiktan dan kesusuhan yang sering dilalui sepanjang jalan penghidupan saya ini telah memberi kesan yang mendalam terhdap sikap dan tingkah laku saya setiap masa, dengan kesukaran untuk mengatasi segala kesusahan dan kesakitan yang boleh dikatakan saban masa saya hadapinya membuatkan saya sentiasa mendekati Allah, kerana setiap masa saya memohon doa kepadanya untuk memberi taufik dan hidayah supaya segala kesusahan,kesakitan dan kesegsaraan yang dilalui itu dapat dihadapi dengan jayanya. Situasi kehidupan sebegini membuatkan saya tidak terpesong jauh dari pedoman hidup yang telah digariskan oleh Islam. Alhamdullilah.
                                                                                                 

Setelah selesai solat isyak, saya detemani oleh anak lelaki kedua  menghantar isteri ke Hospital . Kami sampai di Jabatan Kecemasan lebih kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran dan menunggu lebih kurang hampir 2 jam lebih kerana pada masa itu ada kes kemalangan serius, barulah doktor memanggil isteri saya masuk ke bilik  pemeriksaan. Saya mengiringi isteri ke bilik pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan supaya isteri di masukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar bagi menentukan apakah punca penyakit. Isteri dimasukkan ke wad lebih kurang jam 1 pagi. Setelah selesai urusan kemasukan isteri ke wad. Saya memaklumkan kepada isteri yang saya terpaksa balik kerumah untuk berehat dan anak lelaki kedua kami yang akan menjaga mamanya di hospital.

Keesokan harinya saya seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh, untuk membuat persiapan bagi mengerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan saya terus mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara anak lelaki dalam keadaan cemas “ Dady kena datang segera ke hospital , mama tak sedar diri dekat subuh tadi” saya menjawab sepontan “ ok abang, tunggu mama dulu, dady nak solat subuh dahulu, dady akan kesana selepas solat subuh”. Berkebetulan azan subuh mula bergumandang, setelah selesai bercakapt dengan anak lelaki, saya terus menunaikan solat subuh, dan setelah selesai  bergegas ke hospital.

Sesampai di hospital saya dapati anak lelaki keseoranggan di wad,  menunggu di sisi katil mamanya. Saya dimaklumkan oleh anak bahawa mamanya telah di bawa ke bahagian X ray untuk menjalani X ray di kepala dan juga menjalankan angiogram. Lebih kurang pukul 7 pagi isteri telah selesai menjalani prosidur pemeriksaan dan dia  masih dalam keadaan koma. Isteri telah dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x ray  dan juga laporan anjiogram diperolehi, doktor memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami minor stroke, dan kini terdapat darah dalam otaknya yang menyebabkan ianya koma dan perlu kepada bantuan alat pernafasan bagi oksigen disalur secukupnya. Juga dimaklumkan bahawa isteri saya memerlukan pembedahan segera sebelum darah yang berada dalam otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini berlaku berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta kerana pakar neurosurgeon tidak ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kita hanya berdoa semoga dengan rawatan yang diberi pada masa itu dapat menstabilkan keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan kepada semua keluarga terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada perkiraan doktor dia sudah kritikal, mungkin sudah hampir tiba masa isteri saya  akan pergi selama-lamanya dalam masa terdekat.

Bila mendengar makluman doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya menjadi serba salah, saya bawa berbincag dengan bapa saya. Sekiranya isteri meninggal dunia dimanakah jenazahnya akan dikebumikan nanti. Bapa pada masa itu menasihatkan saya supaya bertenang dan banyak bersabar, serta perbanyakkan solat hajat dan minta pertolongan Allah semoga  isteri dapat diselamatkan . Selepas solat zohor saya solat hajat memohon kepada Allah semoga diberi jalan penyelesaian bagi menyelamatkan isteri yang sedang tenat.

Dengan tidak disangka-sangka saya dimaklumkan oleh kakak, bahawa ada tetamu VIP akan datang melawat isteri saya pada jam lebih kurang 2 petang. Bila  tetamu VIP datang  dia meminta kerjasama doktor untuk memberi ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP berkenaan telah menelefon kakaknya seorang VVIP, dan dimaklumkan kakaknya akan melawat pada jam 3 petang. 

Tepat jam 3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang Besar Negeri telah datang melawat isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan doktor menghantar isteri saya ke Hospital Swasta, di Kuala  Lumpur untuk membuat pembedahan segera. Susulan itu saya diminta oleh pihak pengurusan hospital supaya membeli  sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan isteri saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam nanti. 

Saya bersama rakan sekerja (seorang Mejor Bersara Tentera Udara D Raja Malaysia) pergi ke Air Port.  Setiba di sana saya dimaklumkan bahawa tiket telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi tiket yang tidak terjual untuk tempuh 2 hari berikutnya. Saya terduduk dan sebak bila mendengarnya, penuh dengan perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada Allah supaya diberi jalan untuk menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu. Dalam masa memandu kereta bersama rakan ke hospital, kawan saya memberi cadangan dia akan cuba menelefon TUDM di Sugai Besi untuk mendapat Penerbangan Ehsan TUDM.  Bila kami telefon kepada TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP telah membuat permohonan supaya TUDM membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar seorang pesakit dari kota Bharu ke kuala Lumpur. Bila mendengar berita yang mengembirakan itu, saya begitu bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi jalan bagi saya mengatasi masalah yang begitu meruncing dan buntu serta dengan suasana kesuntukan masa yang diperlukan.

Pihak TUDM meminta saya bersiap sedia pada jam 7.30 malam untuk berlepas ke KL. Untuk itu juga pihak hospital meninta supaya saya membeli tiket kapal terbang untuk pulang dari KL ke Kota Bharu kepada dua orang kakitangan hospital ( 1 doktor dan 1 Jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan. Pada jam 8.50 malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki Ambulan untuk ke Lapangan Terbang  untuk menaiki kapal terbang tentera yang sedang menunggu di sana.

Lebih kurang jam 9.25 malam pesawat CN235  TUDM telah berlepas ke Kuala Lumpur, semasa dalam perjalan lebih kurang 30 minit di udara, doktor memeriksa keadaan isteri saya yang koma dan dibantu dengan system pernafasan secara manual yang dipam oleh Jururawat  dengan menggunakan tangan untuk menolong pernafasan isteri saya. Saya yang duduk disebelah isteri memerhati gelagak merka berdua. Tiba-tiab laptop yang digunakan oleh doktor kehabisan bateri menyebabkan doktor tidak dapat mengawal tekanan darah, pernafasan dan denyutan nadi kerana paparan monitor  kumputer telah padam. Doktor mula kelihatan gelisah dan cemas, saya yang duduk di sebelah katil isteri tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berdoa. Apabila doktor  cuba memeriksa nadi isteri di pergelangan tangan tatapi doktor tidak dapat mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng kepalanya di perhatikan oleh jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya mula gelisah dan terfikir diminda  bahawa isteri akan meninggalakan saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa di sedari. Apa yang mampu saya lakukan  ketika itu hanyalah berdoa  kepada Allah dan membaca beberapa ayat  Al Quran yang saya hafal iaitu ayat qursi dan ayat seribu dinnar. 

Dalam tempuh beberapa saat saya dalam keadaan cemasi, tiba-tiba dikejutkan oleh suara doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya dengan isyarat OK, dan kelihatan wajahnya mula tenang dan kembali ceria  diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh jururawat pengiring.  Pada jam 10.30 malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM  penerbangan kami akan sampai di Lapangan Terbang Subang sekejap lagi. 

Setiba di lapangan Terbang   subabg, kelihatani ambulan telah menanti untuk membawa kami ke Hospital Swasta di Kuala Lumpur. Perjalanan dari lapangan terbang ke hospital Kuala Lumpur  mengambil masa hampir 1 jam. Semasa dalam perjalanan ke hospital,  kenderaan kami terpaksa berjalan perlahan akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga perjalanan kami di permudahkan dan isteri tercinta  dapat diselamatkan.
Ketika tiba di hospital, doktor pakar neuroseurgeon telah menunggu dan sebaik sahaja tiba isteri saya di masukkan ke wad, doktor terus membuat pemeriksaan rapi. Kemudian doktor yang  dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam (neurosurgeon) telah memberitahu saya bahawa keadaan isteri adalah stabil. Beliau pada masa itu sedang menjalani pembedahan yang di jangka siap pada jam 2 pagi. Doktor memberitahu, jika saya bersetuju pembedahan kepala isteri saya akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi. Saya lantas bersetuju dengan saranan doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil. Doktor juga memberitahu kepada saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya mungkin mengalami lupuh di sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan selajutnya  doktor memberitahu berkemungkinan juga isteri saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan  menjadi pendek dan kaku’. 

Seterusnya saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00. Terperanjat juga saya dibuatnya apabia mendengar sejumlah itu perlu di bayar deposit, terfikir juga di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak berkemampuan bagaimana hendak mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu. Nasib baik saya mempunyai kad kredit. Deposit dijelaskan melalui kad kredit.

seterusnya saya mula membuat perhitungan bahawa jika isteri tidak dibedah, peluang beliau untuk hidup adalah tipis. Dia terpaksa bergantung  kepada mesin pernafasan. Jadi saya telah tekad supaya isteri di bedah untuk membuang darah di dalam otaknya. Saya menjangka jika di buat pembedahan kita ada peluang 50 % samaada hidup atau mati. Jadi saya membuat kiraan akal seorangan bahawa perlu di buat pembedan kerana 50 % peluang hidup itu jika dicampur peluang untuk terus hidup 50% selepas pembedahan, bermakna kita mempunyai peluang berikhtiar 50% + 25 – 30% peluang untuk Berjaya melalui pembedahan. Setelah mengambil perkiraan kemungkinaan risiko pembedahan dan peluang untuk sembuh selepas pembedahan adalah lebih baik, jika kita mengambil kuputusan tanpa apa-apa tindakan hanya berserah kepada takdir Allah sahaja. Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya berjumpa doktor dan memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran membuat pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya memberitahu kepada doktor “ I gave mandate to you to do anything just to save her life, I will pray to The God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya terus membuat panggilan telefon kepada beberpa orang kenalan, seperti SS Dato’ Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti, SS Dato’ Khadi Besar dan beberapa orange ustaz lagi memaklumkan situasi isteri saya yang koma dan akan di bedah keesokan harinya dan mohon mereka supaya adakan solat hajat minta selamat dan di permudahkan segala urusan pebedahan.

Setelah semuanya selesai saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada malam itu. Sesampai di Semenyeh, jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Pada malam itu saya tidak dapat tidur dengan lena, fikiran teringat akan isteri yang masih koma, dan cuba bayangkan apa akan terjadi kepada kami sekeluarga sekiranya isteri tercinta tidak dapat diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal apa akan jadi  kepada tujuh orang anak saya yang masih membesar di alam persekolahan, perlu kepada kasih sayang seorang ibu dan juga penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi dikenangkan bagaimana masa depan anak bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya dapat membesar seperti anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat selama-lamanya, dan apa akan jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat mencurah kasih sayang dan penjagaan keperluan kehidupa seharian, bagi menggantikan isteri yang tiada, mungkin terpaksa kawin lain, dan apa akan jadi kepada struktur keluarga kami sebelum  ini yang membahagiakan. Bagi memenuhi masa terluang sebelum jam lapan pagi keesokannya, untuk menenti isteri di buat pembedahan, saya bersama bapa saudara dan sepupu mengerjakan solat hajat bagi memohon pertlongan Allah supaya segala urusan bagi menyelamat isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna dan segala-galanya selamat.

Keesokan harinya hampir jam 7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di hospital menanti di wad pembedahan. Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan pembantunya membawa isteri ke bilik pembedahan. Saya dengan penuh debaran menunggu di luar bilik pembedahan. Pembedahan dijangka mengambil masa diantara 3 hingga 4 jam.  Semasa menunggu selesai pembedahan, saya hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon kepada Allah semoga pembedahan Berjaya. Pada jam 11.50 pagi  isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dibawa masuk ke wad ICU. Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya akan sedar kembali dalam tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di ruang legar bilik ICU dan hanya mampu melihat melalui tingkap cermin sahaja.  Setelah beberapa jam selepas pembedahan isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah normal dan terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat bertugas untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.

Setelah berada di sisi isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri mula dapat mengerak-gerakan tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam 4.15 petang isteri mula dapat membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan lemah diantara sedar dan tidak sedar. Saya dengan tabah hati menunggu perkembangan isteri di sisi katilnya sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu dinnar. Pada jam lebih kurang 4.25 petang isteri saya membuka mata dan mengelurakan perkataan “lapar”. Alhandulillah saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan kepada isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang suami yang diberitahui oleh doktor bahawa isterinya mungkin tidak dapat bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa Allah Maha Besar, dan dia mengatasi kuasa semua makhluk lain di dunia ini. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Perkembangan positif ini saya maklum kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga isteri saya. Jururawat memberitahu saya adakah air jampi yang ingin diberi kepada isteri saya , dia akan membantunya. Terkedu hati ini mendengarnya kerana dia seorang berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang suci cuba membantu pesakit dan keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain memberi rawatan melalui remedi perubatan moden. Lantas saya memberi kepada jururawat air zam-zam yang telah dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini. 

Seterusnya di hari hari berikutnya isteri telah dapat memperlihat pemulihan yang cepat dan saya tidak pernah leka menjaganya saban masa, kecuali pada satu atau dua jam sehari akan pulang ke ruamah anak saudara yang tidak jauh dari hospital untuk mandi manda dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan sehingga ke hari 29. Isteri telah dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan lanjut di hospital, Kota Bharu. 

Semasa saya menjaga isteri di hospital saya telah didatangi oleh seorang doktor dan juga pegawai pengurusan hospital, semasa berbual-bual dengan saya doktor berkenaan berkata, sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf otak yang di bedah untuk membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang bersangkutan dengan” memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan isteri awak hilang ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back kata-kata doktor pakar bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap. Betapa bersyukurnya saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan masih memberi hidayah bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu perkara lagi doktor berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri awak dari kesakitan yang di alami adalah banyak di bantu oleh sikap awak sebagai suami sentiasa berada di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat sembuh.  Secara berjenakan doktor mengatakan bahawa saya adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri sehingga isteri  cepat  sembuh. “bukan senang nak cari suami yang setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas senyuman sahaja terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah.

Semasa saya bersiap siap untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya diberi tahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan isteri saya adalah sebanyak RM25,000.00 lebih. Namun begitu pihak Majikan saya telah memberi surat jaminan untuk membayar semua kos yang terlibat melalui skim takaful Syarikat. Jika melebihi jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa tanggung sendiri.

Pada hari ke 29 isteri telah dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta Kuala Lumur, dan diminta meneruskan rawatan lanjut di hospital di Kota Bharu. Untuk membawa pulang isteri saya telah membeli tiket kapal terbang MAS dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu. Semasa membawa naik isteri ke kapal terbang isteri perlu di gendung kerana masih tidak boleh berjalan.

Daripada detik-detik cemas yang saya lalui bersam isteri tersayang, suasana rumah tangga kami yang sebelum ini penuh dengan cinta dan kasih sayang, telah mula muram kerana isteri yang sakit perlu kepada orang lain  membantunya bagi membolehkkan ianya mendapat keperluan seharian. Bermula pada tarikh tersebut saya mula berfikir bagaimana saya hendak menjaga isteri yang sakit serta memerlukan penjagaan sepanjang masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi membesar anak-anak yang kesemuanya masih menutut. Pelbagai fikiran bercelaru dalam minda saya ketika itu dan hanya berserah kepada Allah supaya segala urusan saya dan keluarga di permudahkan. . Amin………………..



No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.