SEMUA KETETUAN ALLAH
ADA HIKMAHNYA
Setiap manusia lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah
sememangnya memerlukan pasangan yang saling lengkap dan melengkapi di antara
satu sama lain sepertimana Allah menciptakan Siti Hawa untuk menjadi teman dan
pasangan kepada Nabi Adam a.s.
Hampir kesemua lelaki, mempunyai idaman untuk menjadikan
dirinya sebagai orang yang dikagumi.
Bukan saja untuk memiliki perawakan menarik tetapi juga mempunyai satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga
menjadi teladan kepada semua – disayangi oleh isteri, dihormati dan mentor
kepada anak-anak, disanjungi oleh keluarga dan masyarakat serta sekali gus mahu berjaya dalam kehidupan dunia dan
akhirat untuk mendapat keredaan Allah. Kalaulah lelaki sebegini dimiliki oleh
seorang teruna, pasti ramai wanita yang
memujanya. Oleh itu semua lelaki perlu berusaha untuk menjadi lelaki yang
sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan
oleh wanita. Jika anda mengidam
untuk mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba
untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Matlamat untuk membina sebuah
keluarga yang dilimpahi kebahagiaan dan
keberkatan bukanlah menjadi satu impian
yang tidak mampu dicapai sekiranya kita
semua mempunyai iltizam yang
tinggi untuk mencapainya. Sebagaimana kata pepatah Melayu “ Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”.
Saya pernah terbaca catatan tip bagaimana hendak menjadi “suami mithali “ yang menjadi impian oleh semua kaum hawa atau isteri. Setelah di halusi intipati tip-tip yang digariskan itu ianya satu realiti dalam kehidupan saya sendiri yang telah diuji oleh Allah setelah isteri yang disayangi dan sebagai pembantu utama dalam melayari bahtera rumah tangga kami telah ditadirkan mengalami pendarahan dalam otak pada 2 Mac tahun 2001.Beliau terpaska dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Kesan pembedahan kepala (AVM) isteri yang cantik jelita dan amat disayangi oleh ku telah mendapat kecacatan kekal sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebelah tubuh bahagian kanan telah lumpuh. Semenjak detik itu bermulalah episod sedih dan muram dalam keluarga kami.
Mungkinkah ini adalah satu musibah Allah terhadap saya sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang penah
saya lakukan sebeum ini atau satu ujian Allah untuk melihat bagaimana hambanya
yang kerdil ini dapat mengatasinya dan berusaha untuk terus melayari bahtera
walaupun dengan seribu kepayahan dan kesusahan.
Alhamdulillah hidayah Allah telah memberi kekuatan
kepada hamba yang kerdil ini bertukus
lemus mendayung bahtera keluraga bagi mencapai hala tuju yang diredaiNya
walaupun ianya terpaksa akur dengan serba kekurangan kerana isteri yang menjadi
pembantu utama sebelum ini telah ditarik nikmat kesihatan olehNya, Bermula dari
tarikh pembedahan sehinggalah kehari ini isteri tercinta telah menjadi seorang
insan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu kepada bantuan hampir hampir 100
peratus untuk mengurus kehidupan sehariannya kerana sebelah tubuh bahagian
kanan (tangan dan kaki) tidak dapat berfungsi (lumpuh).
Alhamdulillah saya
amat bersyukur kerana Allah telah memberi ketabahan untuk saya hadapainya semua
ini. Pejam celik-pejam celik kini telah melewati masa lebih 14 tahun. Jika dicongak dengan tempoh perkahwinan
kami selama 34 tahun, secara realitinya
hampir separuh masa perkahwinan kami telah dilalui dengan penderitaan kesakitan
isteri. Sugguhpun begitu Alhamdulillah saya selaku suami dan ketua keluarga
masih dapat mencapai kebahagian dalam berumah tangga semenjak hari pertama
diijab Kabul sehiggalah ke hari ini. Alhamdullilah kami telah dikurnkakan
dengan 7 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 3 perempuan. dan kini telah juga
dikurniakan 6 orang cucu.
Semenjak daripada tarikh keramat berkenaan saya terpaksa
melalui liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran, kerana
isteri yang sebelum ini menjadi “Pengurus Besar” di rumahku tidak lagi dapat
bekerja, malah ianya perlu kepada orang lain untuk mengurus keperluan
sehariannya seperti , mandi manda, makan minum, buang air besar dan kecil,
ditolak dengan kerusi sorong, dan juga untuk menyempurnakan wudud serta memakai
telukung untuk solat.
Pernah saya cubah mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia
melaui Agen Pekerjaan bagi membantu kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang
sakit. Keseluruhan kos untuk tujuan itu dihabiskan hampir RM 4,000.00, Pada
bulan pertama saya berasa amat lega kerana kerja-kerja rumah sudah ada pembantu
yang boleh diharapkan. Tetapi bila masuk bulan kedua dan ketiga mula ada
unsur-unsur yang tidak menyenangkan, Bila pulang kerumah isteri mula termenung
dan berlinang air mata, bila saya tanyakan kenapa, dengan esakan tangisan dia
mengatakan sakit kepala dan sakit hati kerana pembatu rumah tidak lagi cerdas dalam menjalankan
kerja-kerja rumah. Situasi sebegini membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan
darstik untuk memberhentikan pembantu rumah Indonesia bagi mengelakkan keadaan
sakit isteri semakin serius, kerana saya telah diberi pesanan oleh doktor
supaya menjaga hati dan emosi isteri jangan sampai ianya rungsing dan terkejut,
kerana jika berlaku secara berterusan kerungsingan akan menyebabkan berlaku
pendarahan dalam otak kali kedua, jika ini berlaku secara kerap akan
membolehkan isteri saya kembali koma dan paling serius boleh membawa maut.
Untuk itu saya dengan penuh tekad membuat keputusan memberhentikan pembantu
rumah, dan betekad untuk melakukan sendiri semua-kerja kerja rumah bagi memberi
ransangan minda isteri supaya sentiasa gembira dan ceria mudah-mudahan isteri
dapat kembali sembuh dan anak-anak masih dapat melihat dan bermanja dengan
ibunya.
Bermula pada tarkih itulah saya melakukan sendiri
kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih pakaian dan lain-lain kerja berkaitan, di samping menjaga keperluan
isterinya seperti, mandi, makan minum, mengambil wudud dan memakai telekung
untuk solat. Mujurlah saya telah ada sedikit pengalaman berhubung kerja-kerja
rumah kerna semasa bujang dahulu saya pernah membantu ibu dan kakak untuk
melakukan kerja-kerja rumah, bagi mengisi masa lapang saya yang pada ketika itu
duduk dirumah sahaja kerana sakit lutut, dan diberi cuti sakit oleh pihak
sekolah selepas saya tamat Sijil Rendah Pelajaran (LCE) pada tahun 1969.
Kini tempuh masa telah menjangkau hampir 15 tahun dan saya
dapat lakukanya sebagai satu rutin kehidupan seharian. Kesyukuran yang tidak
ada nilainya saya panjangkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyang,
kerana memberi kekuatan minda, fizikal kepada hambanya yang kerdil ini untuk
melakukan segala kerja-kerja rumah dan juga kerja di pejabat untuk menanpung
kewangan dapat disempurnakan seadanya. Yang lebih penting Allah memberi
ketenanagan dan kegembiraan di kalbu saya dalam menghadapi kehidupan yang penuh
mencabar ini. Dengan izinNya segala kerja-kerja berkenaan dapat saya lakukan
dengan mudah tanpa rasa penat dan jemu. Alhamdulillah.
Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas hidayahNya yang memberi, kekuatan,
ketabahan dan kecekalan kepada hambaNya yang begitu kerdil ini dalam menghadapi
cabaran dan dugaanNya. Bila dikenang
kembali tempoh masa yang agak lama, terdetik di hati kecil ini untuk membukukan
rutin kehidupan yang saya lalui itu
untuk menjaga isteri yang lumpuh dalam tempoh hampir 15 tahun dan berterusan
sehingga ke hari ini. Semoga catitan yang dibukukan ini dapat dijadikan bahan
bacaan kepada bakal suami atau suami yang baru menjalani rumah tanagga,
setidak-tidaknya dapat memberi sedikit info untuk di jadikan teladan dan
sempadan. Bagi saya keizinan Allah yang memberi ilham kepada saya untuk menulis
buku inil adalah satu sumbangan yang tak seberapa sebagai tanda kesekuran di
atas rahmatNya yang memberi kebahagian kepada keluarga kami yang saya
diamanahkan sebagai penerajunya.
Catatan ini mungkin dapat didijadikan sebagai satu pedoman
awal atau diambil teladan oleh para suami atau isteri yang pasangannya baru mengalami
kecacatan kekal, kerana di saat-saat awal dugaan sebegini adalah yang paling
getir, jika kita tidak sabar dan cekal hati berkemungkinan rumah tangga yang
dibina akan runtuh dan kecundang di pertengah jalan ( Saya juga pernah dihantui
perasaan untuk berkahwin satu lagi di peringkat awal dahulu). Kemungkinan ini
saya utarakan kerana mengikut catatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dalan tempoh sepuluh tahun (2003 – 2013) Jumlah pasangan Islam yang bercerai di
Malaysia purata lebih 20 ribu setahun, bilangan ini sentiasa meningkat setiap tahun dimana pada
tahu 2013 jumlahnya mencecah 28 ribu lebih. Kajian JAKIM juga mendapati mereka
yang bercerai ini adalah dari kalangan pasangan yang berkahwin kurang 6 tahun.
Faktor ini juga merupakan satu dorongan yang kuat untuk saya berkongsi bersama
pengalaman jerit-gentir yang dilalui oleh saya untuk mengurus isteri OKU
sehingga dapat bertahan ke hari ini. Malah saya amat bersyukur kerana saya
dianugarahkan olehNya ketabahan dan kecekalan hati, serta yang lebih penting
kini telah lahir satu perasaan ehsan dan belas kasihan yang amat sangat untuk
membantu isteri dan dua orang ibu yang tua dengan penuh bersemangat, malah
Allah telah kurniakan satu perasaan beruntung pula dengan apa yang diduga
olehNya ini, sebagai salah satu peluang untuk saaya berbakti bagi mendapat
pahala akhirat di penghujung usia ini.
Yang lebih terharu saya dikurniakan kesihatan yang lebih baik berbanding sebelum kedua-dua ibu tinggal
bersama keluraga kami.
Pernah beberapa rakan akrab memberitahu kepada saya, jika
situasi sebegini dialami olehnya, dia tidak yakin dapat bertahan untuk tempoh
yang begitu lama, katanya sudah lama dia akan kahwin seorang lagi untuk
mengurus keperluan harian hidupnya. Malah mereka pernah memberitahu bahawa apa
yang saya alami ini bukannya musibah tetapi adalah satu anugerah Allah kepada
saya, Seandaiannya telahan mereka itu betul, saya amat bersyukur kerana Allah
telah memilih saya sebagai hamba yang untuk di uji. Saya juga memohon
kehadaratNya supaya sentiasa memperbetulkan niat hati saya yang kerdil ini
untuk menyikirkan sebarang perasaan bangga atau riak terhadap apa yang dicatit
dalam buku kecil ini. Ya Allah ampunkanlan hamba Mu yang begitu kerdil ini.
Amin Ya Rabbil Alamin.
Mungkin ujian kedua ini Allah berikan kepada saya sekali
lagi kerana ujian pertama ke atas saya pada tahun 60an dahulu, dengan izinNya
saya dapat lalui sehinggalah saya berada pada situasi sebagai seorang pesara
pegawai perkhidmatan awam, yang telahpun mencapai umur 61 tahun 7 bulan .
Kadangkala bila saya merung nasib hidup saya semenjak kecil sehingga lah
menjadi warga emas yang di beri gelaran Tokayah oleh cucu, saban masa saya di
uji. Pada masa saya dalam ketegori belia telah dihidapi penyakit sendi lutut.
Walaupun ayah saya yang saya panggil WAN telah berikhtiar untuk mengubatinya
sama ada di klinik swasta, hospital dan melalui perubatan tradisional, penyakit
tidak juga sembuh. Malah penyakit telah sampai ke kemuncaknnya pada tahun 1969,
lutut yang bengkat itu telah mengeluarkan air kekuningan yang amat hanyir
sekali baunya. Saya redha dengan apa yang di alami dan meneruskan persekolahan
untuk peperiksaan LCE pada bulan Oktober 1996 . Saya menjalani peperiksaan di
hospital kerana perlu di rawat di dalam wad. Alhamdulillah keputusan
peperiksaan LCE, saya berjaya memperolehi kelulusan pangkat A. Mulai tarikh
itulah saya terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pumuda yang sakit
lutut dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Saya diberi cuti sakit oleh
pihak sekolah, tetapi sakit tidak juga sembuh, dengan demikian saya keseorangan
terkandas dalam pelajaran berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Pada tahun
1972 mereka semua telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam sebagai
pesiapan ke Menara Gading. Sedangkan saya terkapai-kapai di rumah dengan
melihat sijil LCE yang tidak mampu untuk
mendapat pekerjaan bagi diri ini yang sedang sakit.
Kadang kala saya menangis keseorangan dalam menghisab masa
depan saya yang tidak menentu. Untuk mempastikan saya boleh berdikari dimasa
depan apabila kedua ibu bapa sudah tiada nanti, saya mengambil keputusan untuk
belajar membaiki radio dan talevision dan harapan akan menjadi makanik Radio
/TV, namum begitu saya tidak dapat teruskan pembelajaran kerana kaki sentiasa
sakit. Sehinggalah pada tahun 1972 saya
telah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM secara calon
persendirian. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya
memperolehi pangkat dua SPM. Dan pada tahun 1975 berjaya mendapat 4 prinsipal STP dan melanjutkan pelajaran ke
USM pada tahun 1975 dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1980
diikuti dengan memperolehi ijazah Saraja Sains (Pengursan Projek) pada tahun
1992. Pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajran ke ijazah Doktor
Falsafah pada tahun 2001. Tepati terpaksa minta menarik diri kerana kesuntukan
masa untuk menjaga isteri yang sakit.
Memandangkan liku-liku kehidupan insan yang kerdil ini penuh
dengan cabaran semenjak dari remaja, belia, dewasa dan bekerja diliputi dengan
kisah-kisah duka dan mencabar, saya begitu insaf bahawa Allah sentiasa menguji
saya namun begitu Allah Yang Maha Mengetahui bahawa ujian yang diberikan itu
adalah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan saya untuk mengahadapi ujian tersebut. Saya
tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui kerana dengan menganugrahkan kesabaran dan ketahanan minda saya
dalam menghadapi cabaran hidup semejak remaja,dewasa dan dipenghujug senja usia
sentiasa diuji dengan kesakitan dan penderitaan dalam menjalani kehidupan, namu
ianya satu anugerah yang tidak ternilai kerana kekasiktan dan kesusuhan yang
sering dilalui sepanjang jalan penghidupan saya ini telah memberi kesan yang
mendalam terhdap sikap dan tingkah laku saya setiap masa, dengan kesukaran
untuk mengatasi segala kesusahan dan kesakitan yang boleh dikatakan saban masa
saya hadapinya membuatkan saya sentiasa mendekati Allah, kerana setiap masa
saya memohon doa kepadanya untuk memberi taufik dan hidayah supaya segala
kesusahan,kesakitan dan kesegsaraan yang dilalui itu dapat dihadapi dengan
jayanya. Situasi kehidupan sebegini membuatkan saya tidak terpesong jauh dari
pedoman hidup yang telah digariskan oleh Islam. Alhamdullilah.
Setelah selesai solat isyak, saya detemani oleh anak lelaki kedua menghantar isteri ke Hospital . Kami sampai
di Jabatan Kecemasan lebih kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran
dan menunggu lebih kurang hampir 2 jam lebih kerana pada masa itu ada kes
kemalangan serius, barulah doktor memanggil isteri saya masuk ke bilik pemeriksaan. Saya mengiringi isteri ke bilik
pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan supaya
isteri di masukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar
bagi menentukan apakah punca penyakit. Isteri dimasukkan ke wad lebih kurang
jam 1 pagi. Setelah selesai urusan kemasukan isteri ke wad. Saya memaklumkan
kepada isteri yang saya terpaksa balik kerumah untuk berehat dan anak lelaki
kedua kami yang akan menjaga mamanya di hospital.
Keesokan harinya saya seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh,
untuk membuat persiapan bagi mengerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan
telefon berbunyi dan saya terus mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara
anak lelaki dalam keadaan cemas “ Dady kena datang segera ke hospital , mama
tak sedar diri dekat subuh tadi” saya menjawab sepontan “ ok abang, tunggu mama
dulu, dady nak solat subuh dahulu, dady akan kesana selepas solat subuh”.
Berkebetulan azan subuh mula bergumandang, setelah selesai bercakapt dengan
anak lelaki, saya terus menunaikan solat subuh, dan setelah selesai bergegas ke hospital.
Sesampai di hospital saya dapati anak lelaki keseoranggan di wad, menunggu di sisi katil mamanya. Saya
dimaklumkan oleh anak bahawa mamanya telah di bawa ke bahagian X ray untuk
menjalani X ray di kepala dan juga menjalankan angiogram. Lebih kurang pukul 7
pagi isteri telah selesai menjalani prosidur pemeriksaan dan dia masih dalam keadaan koma. Isteri telah
dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x ray dan juga laporan anjiogram diperolehi, doktor
memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami minor stroke, dan kini
terdapat darah dalam otaknya yang menyebabkan ianya koma dan perlu kepada
bantuan alat pernafasan bagi oksigen disalur secukupnya. Juga dimaklumkan
bahawa isteri saya memerlukan pembedahan segera sebelum darah yang berada dalam
otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini berlaku
berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan
pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta kerana pakar neurosurgeon tidak
ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kita hanya
berdoa semoga dengan rawatan yang diberi pada masa itu dapat menstabilkan
keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan kepada semua keluarga
terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada perkiraan doktor
dia sudah kritikal, mungkin sudah hampir tiba masa isteri saya akan pergi selama-lamanya dalam masa
terdekat.
Bila mendengar makluman doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya
menjadi serba salah, saya bawa berbincag dengan bapa saya. Sekiranya isteri
meninggal dunia dimanakah jenazahnya akan dikebumikan nanti. Bapa pada masa itu
menasihatkan saya supaya bertenang dan banyak bersabar, serta perbanyakkan
solat hajat dan minta pertolongan Allah semoga
isteri dapat diselamatkan . Selepas solat zohor saya solat hajat memohon
kepada Allah semoga diberi jalan penyelesaian bagi menyelamatkan isteri yang
sedang tenat.
Dengan tidak disangka-sangka saya dimaklumkan oleh kakak, bahawa ada
tetamu VIP akan datang melawat isteri saya pada jam lebih kurang 2 petang.
Bila tetamu VIP datang dia meminta kerjasama doktor untuk memberi
ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP berkenaan telah
menelefon kakaknya seorang VVIP, dan dimaklumkan kakaknya akan melawat pada jam
3 petang.
Tepat jam 3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang Besar Negeri telah
datang melawat isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan
doktor menghantar isteri saya ke Hospital Swasta, di Kuala Lumpur untuk membuat pembedahan segera.
Susulan itu saya diminta oleh pihak pengurusan hospital supaya membeli sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan
isteri saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam
nanti.
Saya bersama rakan sekerja (seorang Mejor Bersara Tentera Udara D Raja
Malaysia) pergi ke Air Port. Setiba di
sana saya dimaklumkan bahawa tiket telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi
tiket yang tidak terjual untuk tempuh 2 hari berikutnya. Saya terduduk dan
sebak bila mendengarnya, penuh dengan perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada
Allah supaya diberi jalan untuk menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu.
Dalam masa memandu kereta bersama rakan ke hospital, kawan saya memberi
cadangan dia akan cuba menelefon TUDM di Sugai Besi untuk mendapat Penerbangan
Ehsan TUDM. Bila kami telefon kepada
TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP telah membuat permohonan supaya TUDM
membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar seorang pesakit dari kota Bharu ke
kuala Lumpur. Bila mendengar berita yang mengembirakan itu, saya begitu
bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi jalan bagi saya mengatasi masalah
yang begitu meruncing dan buntu serta dengan suasana kesuntukan masa yang
diperlukan.
Pihak TUDM meminta saya bersiap sedia pada jam 7.30 malam untuk berlepas
ke KL. Untuk itu juga pihak hospital meninta supaya saya membeli tiket kapal
terbang untuk pulang dari KL ke Kota Bharu kepada dua orang kakitangan hospital
( 1 doktor dan 1 Jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan.
Pada jam 8.50 malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki
Ambulan untuk ke Lapangan Terbang untuk
menaiki kapal terbang tentera yang sedang menunggu di sana.
Lebih kurang jam 9.25 malam pesawat CN235 TUDM telah berlepas ke Kuala Lumpur, semasa
dalam perjalan lebih kurang 30 minit di udara, doktor memeriksa keadaan isteri
saya yang koma dan dibantu dengan system pernafasan secara manual yang dipam
oleh Jururawat dengan menggunakan tangan
untuk menolong pernafasan isteri saya. Saya yang duduk disebelah isteri
memerhati gelagak merka berdua. Tiba-tiab laptop yang digunakan oleh doktor
kehabisan bateri menyebabkan doktor tidak dapat mengawal tekanan darah,
pernafasan dan denyutan nadi kerana paparan monitor kumputer telah padam. Doktor mula kelihatan
gelisah dan cemas, saya yang duduk di sebelah katil isteri tidak dapat berbuat
apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al Quran
dan berdoa. Apabila doktor cuba
memeriksa nadi isteri di pergelangan tangan tatapi doktor tidak dapat
mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng kepalanya di perhatikan oleh
jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya mula gelisah dan terfikir
diminda bahawa isteri akan meninggalakan
saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa
di sedari. Apa yang mampu saya lakukan
ketika itu hanyalah berdoa kepada
Allah dan membaca beberapa ayat Al Quran
yang saya hafal iaitu ayat qursi dan ayat seribu dinnar.
Dalam tempuh beberapa saat saya dalam keadaan cemasi, tiba-tiba
dikejutkan oleh suara doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya
dengan isyarat OK, dan kelihatan wajahnya mula tenang dan kembali ceria diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh
jururawat pengiring. Pada jam 10.30
malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM
penerbangan kami akan sampai di Lapangan Terbang Subang sekejap lagi.
Setiba di lapangan Terbang
subabg, kelihatani ambulan telah menanti untuk membawa kami ke Hospital
Swasta di Kuala Lumpur. Perjalanan dari lapangan terbang ke hospital Kuala
Lumpur mengambil masa hampir 1 jam.
Semasa dalam perjalanan ke hospital, kenderaan
kami terpaksa berjalan perlahan akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya
hanya mampu berdoa kepada Allah semoga perjalanan kami di permudahkan dan
isteri tercinta dapat diselamatkan.
Ketika tiba di hospital, doktor pakar neuroseurgeon telah menunggu dan sebaik sahaja tiba isteri saya di
masukkan ke wad, doktor terus membuat pemeriksaan rapi. Kemudian doktor
yang dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam
(neurosurgeon) telah memberitahu saya bahawa keadaan isteri adalah stabil.
Beliau pada masa itu sedang menjalani pembedahan yang di jangka siap pada jam 2
pagi. Doktor memberitahu, jika saya bersetuju pembedahan kepala isteri saya
akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi. Saya lantas bersetuju dengan saranan
doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil. Doktor juga memberitahu kepada
saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya mungkin mengalami lupuh di
sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan selajutnya doktor memberitahu berkemungkinan juga isteri
saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan
menjadi pendek dan kaku’.
Seterusnya saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00.
Terperanjat juga saya dibuatnya apabia mendengar sejumlah itu perlu di bayar
deposit, terfikir juga di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak
berkemampuan bagaimana hendak mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu. Nasib
baik saya mempunyai kad kredit. Deposit dijelaskan melalui kad kredit.
seterusnya saya mula membuat perhitungan bahawa jika isteri tidak
dibedah, peluang beliau untuk hidup adalah tipis. Dia terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan. Jadi saya telah
tekad supaya isteri di bedah untuk membuang darah di dalam otaknya. Saya
menjangka jika di buat pembedahan kita ada peluang 50 % samaada hidup atau
mati. Jadi saya membuat kiraan akal seorangan bahawa perlu di buat pembedan
kerana 50 % peluang hidup itu jika dicampur peluang untuk terus hidup 50%
selepas pembedahan, bermakna kita mempunyai peluang berikhtiar 50% + 25 – 30%
peluang untuk Berjaya melalui pembedahan. Setelah mengambil perkiraan
kemungkinaan risiko pembedahan dan peluang untuk sembuh selepas pembedahan adalah
lebih baik, jika kita mengambil kuputusan tanpa apa-apa tindakan hanya berserah
kepada takdir Allah sahaja. Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya
berjumpa doktor dan memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani
surat kebenaran membuat pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya
memberitahu kepada doktor “ I gave mandate to you to do anything just to save
her life, I will pray to The God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya
terus membuat panggilan telefon kepada beberpa orang kenalan, seperti SS Dato’
Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti, SS Dato’ Khadi Besar dan beberapa orange ustaz
lagi memaklumkan situasi isteri saya yang koma dan akan di bedah keesokan
harinya dan mohon mereka supaya adakan solat hajat minta selamat dan di
permudahkan segala urusan pebedahan.
Setelah semuanya selesai saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada
malam itu. Sesampai di Semenyeh, jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi.
Pada malam itu saya tidak dapat tidur dengan lena, fikiran teringat akan isteri
yang masih koma, dan cuba bayangkan apa akan terjadi kepada kami sekeluarga
sekiranya isteri tercinta tidak dapat diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal
apa akan jadi kepada tujuh orang anak
saya yang masih membesar di alam persekolahan, perlu kepada kasih sayang
seorang ibu dan juga penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi dikenangkan
bagaimana masa depan anak bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya
dapat membesar seperti anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat
selama-lamanya, dan apa akan jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat
mencurah kasih sayang dan penjagaan keperluan kehidupa seharian, bagi
menggantikan isteri yang tiada, mungkin terpaksa kawin lain, dan apa akan jadi
kepada struktur keluarga kami sebelum
ini yang membahagiakan. Bagi memenuhi masa terluang sebelum jam lapan
pagi keesokannya, untuk menenti isteri di buat pembedahan, saya bersama bapa
saudara dan sepupu mengerjakan solat hajat bagi memohon pertlongan Allah supaya
segala urusan bagi menyelamat isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna
dan segala-galanya selamat.
Keesokan harinya hampir jam 7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di
hospital menanti di wad pembedahan. Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan
pembantunya membawa isteri ke bilik pembedahan. Saya dengan penuh debaran
menunggu di luar bilik pembedahan. Pembedahan dijangka mengambil masa diantara
3 hingga 4 jam. Semasa menunggu selesai
pembedahan, saya hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon
kepada Allah semoga pembedahan Berjaya. Pada jam 11.50 pagi isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan
dan dibawa masuk ke wad ICU. Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya
akan sedar kembali dalam tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di
ruang legar bilik ICU dan hanya mampu melihat melalui tingkap cermin
sahaja. Setelah beberapa jam selepas
pembedahan isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah
normal dan terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat
bertugas untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.
Setelah berada di sisi isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri
mula dapat mengerak-gerakan tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam
4.15 petang isteri mula dapat membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan
lemah diantara sedar dan tidak sedar. Saya dengan tabah hati menunggu
perkembangan isteri di sisi katilnya sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu
dinnar. Pada jam lebih kurang 4.25 petang isteri saya membuka mata dan
mengelurakan perkataan “lapar”. Alhandulillah saya bersyukur kepada Allah yang
telah memberi kesembuhan kepada isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang
suami yang diberitahui oleh doktor bahawa isterinya mungkin tidak dapat
bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa Allah Maha Besar, dan dia mengatasi
kuasa semua makhluk lain di dunia ini. Manusia hanya merancang dan Allah yang
menentukan. Perkembangan positif ini saya maklum kepada jururawat yang
ditugaskan untuk menjaga isteri saya. Jururawat memberitahu saya adakah air jampi
yang ingin diberi kepada isteri saya , dia akan membantunya. Terkedu hati ini
mendengarnya kerana dia seorang berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang
suci cuba membantu pesakit dan keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain
memberi rawatan melalui remedi perubatan moden. Lantas saya memberi kepada
jururawat air zam-zam yang telah dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini.
Seterusnya di hari hari berikutnya isteri telah dapat memperlihat
pemulihan yang cepat dan saya tidak pernah leka menjaganya saban masa, kecuali
pada satu atau dua jam sehari akan pulang ke ruamah anak saudara yang tidak
jauh dari hospital untuk mandi manda dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan
sehingga ke hari 29. Isteri telah dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan
lanjut di hospital, Kota Bharu.
Semasa saya menjaga isteri di hospital saya telah didatangi oleh seorang
doktor dan juga pegawai pengurusan hospital, semasa berbual-bual dengan saya
doktor berkenaan berkata, sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf
otak yang di bedah untuk membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang
bersangkutan dengan” memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan
isteri awak hilang ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back
kata-kata doktor pakar bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap.
Betapa bersyukurnya saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan
masih memberi hidayah bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu
perkara lagi doktor berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri awak
dari kesakitan yang di alami adalah banyak di bantu oleh sikap awak sebagai
suami sentiasa berada di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat
sembuh. Secara berjenakan doktor mengatakan
bahawa saya adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri sehingga
isteri cepat sembuh. “bukan senang nak cari suami yang
setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas senyuman
sahaja terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah.
Semasa saya bersiap siap untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya
diberi tahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan
isteri saya adalah sebanyak RM25,000.00 lebih. Namun begitu pihak Majikan saya
telah memberi surat jaminan untuk membayar semua kos yang terlibat melalui skim
takaful Syarikat. Jika melebihi jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa
tanggung sendiri.
Pada hari ke 29 isteri telah dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta
Kuala Lumur, dan diminta meneruskan rawatan lanjut di hospital di Kota Bharu.
Untuk membawa pulang isteri saya telah membeli tiket kapal terbang MAS dari
Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu. Semasa membawa naik isteri ke kapal
terbang isteri perlu di gendung kerana masih tidak boleh berjalan.
Daripada detik-detik cemas yang saya lalui bersam isteri tersayang,
suasana rumah tangga kami yang sebelum ini penuh dengan cinta dan kasih sayang,
telah mula muram kerana isteri yang sakit perlu kepada orang lain membantunya bagi membolehkkan ianya mendapat
keperluan seharian. Bermula pada tarikh tersebut saya mula berfikir bagaimana
saya hendak menjaga isteri yang sakit serta memerlukan penjagaan sepanjang
masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi membesar anak-anak yang kesemuanya
masih menutut. Pelbagai fikiran bercelaru dalam minda saya ketika itu dan hanya
berserah kepada Allah supaya segala urusan saya dan keluarga di permudahkan. .
Amin………………..
Disebalik dugaan ada hikmah.
Kami bersyukur kehadrat Allah Subahanawtala, kerana dengan
limpah rahmat dan hdayahNya, kami suami isteri sehingga ke saat ini (Ikatan
rumah tangga hampir 35 tahun) masih dapat menyemarak cinta kami dengan penuh
kebahagiaan. Namun begitu kami juga di
uji olehNya dengan insiden yang agak ganjil dan menakutkan.
Insiden ini pada mulanya telah menimpa saya pada tahun 1990.
Setelah kembali bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri apabila tempoh
kontrak 2 tahun dipinjamkan ke Pejabat Institute Tadbir Awam (INTAN) wilayah
Timur. Saya telah diugaskan sebagai Penolong Pengarah (Pentadbiran dan
Kewangan) di Jabatan Perhutanan Negeri. Jawatan ini adalah jawatan baru yang
diwujudkan. Pada tarikh melapur diri saya hanya datang ke pejabat baru untuk
melapur diri sahaja. Keesokan hari terpaksa pulang ke Kuala Lumpur, untuk
meneruskan Kursus Pesediaan bagi Mengikuti Ijazah Lanjutan yang masih berbaki
satu bulan lagi. Sebulan kemudian saya datang untuk bertugas di Jabatan
berkenaan. Semasa saya ke pejabat Pengarah, dimaklumkann bahawa bilik untuk
saya belum lagi ada dan beliau mengarah beberapa kakitanagan utuk membersih
bilik untuk saya. Keesokan harinya saya datang ke pejabat seperti biasa dan
cuba meneliti “SENARAI TUGAS” bagi mendapat gambaran lebih terperinci dan
merancang apa tindakan yang perlu di ambil bagi menyempurnakan tugas saya.
Setelah beberapa hari bertugas dan telah mengenali di antara
semua kakitangan di pejabat. dalam pada saya sedang bebincang dengan Pembantu
Tadbir Rendah. Dia beberapa kali memaklumkan kepada saya bahawa di pejabat ini
ada gangguan makhlus halus, terutama di waktu petang dan malam hari, pernah
staf berjumpa dengan orang yang tiada kepala, terdengar suara wanita minta
tolong dan menangis. Pada masa itu saya maklumkan kepada kakitangan berkenaan
bahawa saya tidak takut sangat kepada hantu, kerana saya yakin hantu hanya
dapat menakutkan manusia sahaja tapi tidak dapat mematikan manusia, Yang Maha
Berkuasa ialah Allah. Kita sebagai orang Islam tidak perlu tunduk dengan
hasutsan syaitan dan iblis atau hantu. Jika diganggu kita bacalah beberapa ayat
Al- Quran atau melaungkan azam, nescaya dia akan lari dengan izin Allah.
Setelah berkerja di pejabat baru itu masuk hari ke 25,
berkebetulan pada malam itu kita umat Islam mengadakan solat sunat tarawikh.
Seperti biasa selepas berbuka puasa saya ke masjid untuk solat Isyak dan solat
sunat tarawikh. Semasa saya mengerjakan solat sunah sebelum solat Isyak maghrib
saya terasa macam hendak demam dan badan rasa panas sedikit. Setelah muazim
ikamah, solat Isyak dimulakan oleh imam, saya mengikuti bersama untuk solat
isyak berjumaah. Setelah masuk raakaat kedua, semasa sedangan mengituti imam
membaca surah, tiba-tiba yang berasa mahu buang anging kentut, walaubagaimanpun
tidak ada bunyi dan bau kentut. Saya timbul perasaan was-was dengan tiba-tiba
tumit saya terasa macam ada cucukan
paku, beberapa saat kemudian di dada saya di bahagian jantung terasa sakit dan
denyutan jantung semaking kuat, mata mula berpinar seperti orang pening dan
difikiran timbul perasaan saya akan mati, mugkin tak sempat untuk sempurnakan
solat, badan mula berpeluh, dengan kuat semangat saya meneruskan solat isyak
berjemaah dan berkata dalam hati biarlah saya mati dalam solat jika sudah
sampai masanya.
Setelah selesai solat saya berdoa ringkas terus turun masjid
dan pulang ke rumah, sesampai di rumah perasaan berdebar masih ada tapi agak
berkurangan sedikit, lantas memanggil isteri saya untuk ke hospital bagi
mendapat pemeriksaan doktor, dalam fikiran mungkin saya tersilat makan atau
minum semasa berbuka puasa petang tadi. Sesampai di hospital HA membuat ujian tekanan darah dan ujian gula dalam darah.
Keputusan ujian mendapati semua dalam keadaan normal. Setelah doktor membuat
pemerisaan saya diberitahu keadaan fizikal tubuh adalah normal, apa yang
terjadi mungkin badan letih dan ada banyak tekanan kerja di pejabat. Saya
dibernarkan pulang dan diberi ubat. Setelah makan ubat saya terus tidor. Pada
malam berkenaan saya tidakk tunaikan solat terawikh. Pada keesokan pagi isteri
mengejutkan saya untuk bersahur, saya bangun makan sahur dan setelah azan subuh
dilaungkan oleh muazim, saya solat subuh, selepas takbir ratuihram dan membaca
doa iftitah sedikit demi sedikit perasaasn takut datang semula, dada mula
begedebar dan denyuntan jantug semaking kecang, saya mula berikir aka akan mati
seperti semasa solat isyak sebelum ini. Walaubagaimanpun saya meneruskan solat
sehingga selesai.
Pada pagi hari berikutnya saya menelefon ayah yang tinggal
di Pasir Puteh dia terus daatang ke rumah saya, setibanya di rumah saya ayah
telah membuat air tawar dengan membaca ayat-ayat Al Quraan dan di suruh saya
minum. Setelah minum air jampi ayah suasana perasaan takut dan gedebar mula
berkurangan. Ayah lantas memberitahu saya , “Han ni terkena buatan orang”. Saya
hanya menganggukkan kepada sahaja.terfikir sejenak, siapalah yang membuat
kerja-kerja semacam ini, kerana di pejabat tuaga kita adalah membantu untuk
memudahkan kerja-kerja pengurusan pejabat, bukanya untuk mencari kesalah
kakitangan lain.
Semenjak daripada peristiwa itu, setiap kali masuk waktu
sebahayang timbul perasaan takut di dalam minda saya. Ketakutan semakin kuat
pada waktu asar dan maghrib. Walaubagaimana pun saya cuba melawan ketakutan itu
dengan membaca beberapa ayat-ayat Quran yang dipanggi sebagai ayat siffa’.
Semenjak kejadia pertama itu, dikuti pula beberapa kejadian saya diganggu oleh
perasan takut dan tidak yakin untuk hidup pada setiap kali melakukan solat
fardu. Walaubagaimana pun saya tetap bertekad melawan perasaan tersebut demi
menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah. Seeperkara lagi apabila saya dimaklumkan
ada orang yang saya kenal telah meninggal menyebabkan saya jadi terkejut dan
datang perasaan dalam minda bahawa saya juga akan mati, fikiran jadi gelisah
dan perasaan takut datang menggangu dan badan saya jadi berpeluh dan
mengem\entar. Bila keadaan saya semakin serius, bekebutlan ada seorang kenalan
yang bertugas sebagai Pengarah Hospital Kuala Krai Dr Maryiam Abraham. Saya
cuba mendapat nasihannya. Dia menasihati saya supaya pergi berjumpa paikistrik.
Beberapa hari selepas itu, saya jumpa Doktor Paikistrik,
Hospital Kota Bharu. Beliau mendignosis saya melalui perbualan dan menyakan
beberapa soalan. Rumusan dari pada pertemuan itu beliau mengatakan saya stress
dan terlampau komitment dengan kerja. Belaiu telah memberi ubat untuk mengawal
emosi saya dari tekanan dan murung. Penyakit yang saya alami ini diistilahkan
sebagai “exeinty dan panic attack”. Saya beri ubat zanex – alprazolam 0.5 mg
sebiji sehari. Bila saya makan ubat ini ia dapat mengawal perasaan cemas dan
takut yang saya alamai setiap kali mengerjakan solat dan juga apabila terkjut
medengar berita orang mati. Sugguhpun begitu ubat itu hanya dapat memberi
ketenangan untuk sementara sahaja.
Bagi mengati penyakit yang agak mesteri itu, ayah saya
membawa saya berjumpa beberapa orang ustaz yang mengamalkan perubatan Islam.
Setelah diberi air yang dijampi dengan ayat-ayat Al Quran saya dinasihatkan
supaya memgamalakan membaca beberap ayat-ayat shifa’ sebagai pendinding untuk
menghalang daripada di ganggui oleh makhluk halus. Kebanyakan ustaz atau bomoh
yang merawat saya mengatakan saya telah terkena santau atau ilmu sihir yang
dibuat oleh orang-orang tertentu yang rasa cembur dengan kejayaan dan
kebahagian hidup kami sekluarga. Dalam tanggapan ini saya tidak begitu yakin sangat kerana bagi saya jika
kita percara kepada telahan sebegitu kerana mengikut pandangan beberapa orang
ustaz yang pernah saya mendengan ceramah mereka mengatakan jika percaya kepada
pendapat atau ramalan ianya boleh menyebabkan boleh merosak akidah kita. Apa
yang lebih ditakuti oleh saya jika ini berlaku menyebabakan kita di akhirat
kelak tidak akan dapat masyuk syurga Allah. Allah mengatakan bahawa dosa syirik
adalah tempatnya di dalam nereka jahanam.
Satu pengajran yang boleh saya ambil dari penyakit misteri
yang saya alami ini, apabila saya mendekati kepada Allah dengan mempastikan
solat 5 waktu di buat diawal waktu, di lakukan secara berjemaah di masjid dan
juga menjadikan kerja rutin membaca ayat-ayat suci Al Quran pada setiap hari,
penyakit ganjil dan perasaan cemas dan takaut itu telah secara beransur-ansur
dapat dikurangkan. Setelah rutin sebegini yang lakukan lebih 10 tahun, penyakit
gangguan itu telah dapat saya kurangkan secra mininima mungkin pada setiap
hari. Kini boleh dikatakan penyakit itu telah tiada dan saya juga merasakan
satu kebaikan pula kerana daripada amalan membaca Al Quran secara rutin itu
membolehkan saya mengafal beberapa surah penting seperti surah Al Mulk; surah
Jin; Surah Al Rahman; Srah Yasin.
Satu lagi pengajaran yang saya perlohi disepanjang rawatan
mengubati sakit ganjil itu, terdap juga seorang yang bergelar ustaz, dan dia
boleh di katakana tersohor kerana sering ke udara di bebrapa buah stesyen
televisyen. Semasa saya pergi ke pusat
rawatannya saya dapati dia mebuat rawatan secara berkempulan ( satu rawatan
pesakit di minta duduk di atas sejadah dan berlunjur ke arah kiblat diminta
membaca selawat ke atas nabi di sepanjang masa dia menjalankan rawatan. Setelai
selesai rawatan pesakit di kehendaki mendaftar kepada pembantunya didalam sebuah
buku, dan iberi beberapa ubatan serti air jampi, buku doa-doa , CD untuk
merawat penyakit sihir, dan pelekat ayart Al Quran yang dikatakan dapat
menghalang makhuluk halus dari memasuki rumah pesakit. Apa yang menjadi
kemuskilan saya caj yang dikenakan itu agak mahal, contoh : untuk pedaftaran -
RM85.CD- RM25, Buku doa- RM15; pelekat
ayar Al Quraan, RM25..dan beberapa ubatan lain sperti, madu syifa’; keselurahan
caj yang dikenakan antara RM150 hingga RM200 seorang. Jika satu sesi di merawat
untuk 15 orang, jumlah caj dikenakan lebih kurang RM2,250. Saya difahamkan pada
satu hari dia dapat merewat 300 orang; jummlah caj yang dikenakan berjumlah
RM45,000.. Pusat berkenaan mengadakan jadula rawatan 3 kali seminggu bermakan
caj yang dipunggut adalah beerjumlah RM135,000. Dan sebulan caj berjumlah
RM540,000. Jika satistik ini betul bermakana purata rawatan itu dapat
memperolehi pendapatan yang lumayan daripada kesakitan dan kesusahan yang di
alami oleh pesakit.
Satu insiden yang saya alami semas saya mendapat rawatan di pusat berkeaan semasa
mendaftar untuk tentutan caj bayaran terdapat seorang makcik yang tidak mampu
nak bayar kerana membawa duit hanya RM50 sahja. Katanya kebiasaan rawatan
secara Islam tidak diletakkan harga dan di beri kebebasan untuk memberi
sumbangan. Bila diberitahu jumlah caj pendaftaran RM85.00 dan caj-caj lain
seperti minyak yang dijampi dan doa, air tawar dan beberapa alatan lagi
berjumlah RM150.00. Kelihatan raut wajahnya yang muram dan terkejut dan
menampakkan penuh kekesalan, Pembatu Pusat Rawatan berkenaan dengan pantas
memberitahu “ yang bakinya makacik boleh bayar pada masa untuk rawatan
susulan”. Subahanallah inikah satu situasi yang memperlihatkan kebenaran ayat
Al Quran yang mana Allah memberi ingatakan kepada orang orang beriman supaya
janganlah menggunakan ayat-ayat Allah untuk mendapat kepetingan duniawi.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.